Assalamualaikum buat semua pembaca,
Saya merupakan seorang pelajar OKU pendengaran. Walaupun sudah menggunakan alat bantuan pendengaran, namun pendengaran saya masih belum pitch perfect lagi. Menyebabkan kadang2 ada delay in receiving and processing information.
Saya merupakan pelajar undergrad sains yang menghampiri tahun akhir saya.
Sepanjang pembesaran saya, saya senantiasa merasakan kecacatan saya adalah satu penghalang. Sudah berapa kali jugalah saya fail dalam subjek subjek di tempat pengajian saya. Disebabkan saya cacat sejak lahir, maka saya telah membiarkan dan membiasakan kecacatan ini mendefinekan diri saya siapa,walaupun saya sudah sedaya upaya untuk tidak membiarkan ia mendefinekan siapa saya.
Lembab.
Pekak.
Gagap.
Bodoh.
Sepanjang hidup saya, jarang benar saya mendapat kata-kata semangat yang membolehkan saya go the distance. Acap kali hanya saya sahaja yang memberi semangat kepada diri saya sendiri. Dengan keluarnya result semester lepas baru-baru ini, saya rasa sebenarnya saya memang bodoh. Fail subjek lagi. Saya selalu merasakan saya ni adalah burden kepada parents saya. Susah nak membahagiakan kedua ibu bapa saya dengan pencapaian akademik saya. Bukan saya tak cuba. Saya sudah cuba. Usaha.
Namun, siapalah saya untuk meminta professor professor saya memberi perhatian lebih kepada saya sewaktu kuliah. Segan pula nak minta mereka bercakap lebih slow atau lebih jelas sewaktu kuliah agar saya boleh memahami lecture dengan mudahnya.
Saya selalu bermimpi, berangan-angan, siapakah diri saya di alternate universe? Mungkinkah beliau adalah seorang yang sempurna pendengarannya? Yang bijak? Yang mampu mendengar dan menyimpan maklumat dengan lebih baik? macam mana hidup saya kalau saya tidak mengalami kecacatan ini?
Saya nak jadi better. Smarter. More useful. But at this point, saya rasa saya hanyalah seorang burden kepada keluarga, masyarakat dan negara, walaupun dah usaha banyak mana…………
– Adam Malik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
i feel u adam malik
xde sape yg gagal pn dlm hidup ni.. adek sy juga seorang oku.. slow learner.. sedikit autism.. tp semua org sayangkan dia.. perhatian sume pada adek sy… adakah adek sy jga seorang yg gagal.? setiap org ade ujian yg berbeza
Dude..aku rasa ko patut cerita keadaan ko kat lecturer ko. Diorang tak kisah. Yang penting ada effort. Tapi tu lah tak semua orang faham keadaan kita. Kena terima hakikat tu. Aku lagi dekat atas wheelchair susah nak gerak sana sini. At least boleh tanya kawan2. Aku failed 7 kali. Siap satu special exam. Rileks la. Effort memang kena lebih. Sabar der. Insya Allah bila grad tu nanti akan rasa puas hati tak kira lah berapa pointer kita sebab effort kita lebih dari orang lain. Chill brotha.
Terus terang nak akui.. saya pernah ada seorang pelajar yang OKU. Pelajar tu pekak dan jari dia hanya ada sikit je.. mulanya saya tak tahu dia pekak.. saya selalu mengajukan soalan kepada dia.. dan sering mengandaikan dia berkhayal dalam kelas.. saya rasa macam nak marah je. Tapi… setelah dimaklumkan oleh pelajar-pelajar lain sewaktu sesi tamat.. barulah saya tahu pelajar itu OKU.. selepas itu.. saya cuba bagi tumpuan lebih kepada dia.. cuba pelbagai cara untuk pastikan pelajar tersebut juga boleh faham seperti orang lain.. Alhamdulillah..pelajar itu lulus cemerlang dengan usaha dia sendiri. dalam erti kata yang lain.. sekiranya ada pelajar yang mempunyai kekurangan seperti ini..maklumkanlah kepada pensyarah..guru..agar mereka boleh mengunakan teknik-teknik yang bersesuaian dalam pengajaran.. Adil kiranya dapat memberikan pendidikan kepada semua.. bagi saya macam tu la…
Ada cuba consult dgn lecturer tak after class?
Sedihnyaa. Baru tadi tertengok post budak laki tu seorg yg istimewa dr segi pendengaran jgk…tp bab masak terrer. Ayah dia tinggalkn dia sbb mungkin malu dgn kekurgn dia. Dan mak dia plk stroke. Dia kata…
“Ramai tanya macam mana saya yg org pekak boleh belajar universiti dulu. Okay saya cerita kan. Saya faham ramai fikirkan orang pekak tak boleh dengar. Tapi sebaliknya ada kelebihan orang pekak. Orang pekak sebenarnya berusaha dgn lebih gigih daripada orang yg mendengar sebab mereka tak dapat dengar dan hanya boleh bergantung kpd input visual, contohnya tambahkan pengetahuan dgn cara dapatkn buku2 rujukan, refers sumber internet, sibuk bertanya kpd lecturer atau kawan sekelas jika tak faham.
That’s all I have to say about! ☺️”
Cuba kamu tgok balik, Dri awl sem Sampai skg sem akhir kamu struggle…kira hebatt dahh la tu berjaya tempuh sem demi sem. Lagipun mungkin awk ada supporter yg kuatt dr kluarga awk kn. Maka ayah sentiasa ada. InshaaAllahhh boleh.
Brotha , aku tak tau sapa kau tp meh friend gn aku . Add aku.
Aku ni pun adalah salah seorang memakai alat pendengaran. Boleh dgr tp tak pitch perfect.
Nak tau x , dulu masa aku start dr sekolah menengah pakai benda alah tu, aku confident low sgt…mujurlah ade member kls yg slalu ade trima aku smpai dh jd bff umo 23 thn ni. Sebab apa? Sbb diaorrg tau not good to insult people yg ade sakit mcm aku mcm kau. Ehh aku dulu pon org hina ckp :
1) Pekak
2)Bodoh xdgr ke ?
3)aku mls ckp nan ko…pekak badak sumbu
Sampai aku masuk uni. Aku masih menerima hinaan tu tp aku prove aku tk layan pon. Lecture pon sempoi layan. Sabar.
Sbb tau condition aku, kau jujur je bro. Bcs one day u will realise yg org slalu trima kau adalah manusia paling terbaik…cthnya mak bapak kau. Kwn2 wpun blh dikira but that more good dr kwn2 fakers bro.
Consult with u lecturer. Ask them to undertand u health. Bro pekak boleh sembuh sbnrnya. Aku act dh xpakai tp aku msti jaga pantang makan je. Kalau x mampus kaula sapa ckp dgn aku stress memanjang hahahaha
By the way, kau cuba lah kuat . Aku berpuluh tahun boleh tahan,kau mesti boleh.
Kau tak gagal, kau dah usaha. Kau cuma kena yakin dgn allah.
Berpuluh kali gagal bukan bermakna kau forever loser. Remember, allah with a person yg selalu yakin dgn kuasa dia.
Aku tau kau baca jangan jd silent reader, add je aku. Aku boleh tlg kau bab motivasi padahal diri sndiri pon sakit ati sampai skang apesal telinga masih sama…hahaha.
Okaylah, be strong enough!
Problemnya adalah ko sendiri,belum cuba tapi dah anggap gagal. Consult lecturer dan bagitau masalah ko,dia bukan kejam sgt dia pun ade hati perut. Ko pun jgn kejam terhadap diri sdri ok
Paham sgt dgn situasi ni…students pekak memang kena usaha lebih lagi drpd student yg x mengalami kecacatan ni. Dunia universiti berbeza ngn dunia sekolah. Sebab kat sekolh pengajaran cikgu berfokuskan kepada visual, sentuhan dll. Kat u, lecturer mana peduli sgt kan? Sya tau pun sebab sya mengajar murid deaf kt sekolah. Never give up! Bgtaulah kekurangan awk kt lecturers tu.
I know you are strong. You should be proud of yourself because you manage to further your study till degree. Joining many programs in uia itself. Pegang byk jawatan. You already prove that you are far more better than some of us. Perggh. Serious i salute you. Even me myself rasa susah untuk catch up with some of the lectures. But one thing you should never forget, you are what you define yourself. Surround yourself with some understandable friends and ask their help. Mungkin boleh terus jumpa lecturers personally and explain to them. Our lecturers sgt2 understandable people. Don’t be sad brother, Allah knows the hardships that you undergo better than me and other creatures. May allah ease your studies and future undertakings. Ameen
Nor Jalilah Norhisham this.
Ni student uia.. Kami kenal je dy.. Mmg pengguna alat bantu dgr.