Kenapa Saya Tak Kahwin?

Assalamualaikum. Baru tadi sis terbaca tentang perempuan tak pandai masak tak layak di jadikan isteri, tak layak hantaran mahal. Menyirap pulak rasa. Amboi amboi. Dengan duit hantaran tu boleh jadi tiket untuk jadikan perempuan hamba abdi ke macam mana. Cuba mulut tu jaga sikit ye kaum adam.

Jadi harini sis nak bercerita kenapa sis tak kawin lagi untuk bagi penjelasan.

1. Tak nak jadi perampas suami orang. You admit it girls. Ramai lelaki baik baik. Alim, sopan semua dah di ambil di cop orang. Jadi sis paling benci golongan sondol menyondol ni dan tak nak pun. Common sense lah lelaki. Ikut sunnah,tapi sakitkan isteri pertama, agak2 rasa benda tu dapat pahala ke tak?

2. Komitmen terlampau tinggi. Sekarang nak kawin semua kena grand. Paling tidak habiskan duit untuk majlis sanding semua. Tak buat nanti kena kutuk pulak kan.

3. Calon yang sesuai tak ada. Kenapa semua lelaki yang datang kat sis ni semua laki org yang gatal (sis tak layan pun), jenis tak solat, suka melucah tak tentu pasal, panas baran, playboy. Tak ada lagi setakat ni yang betul serius. Pendek kata ramai sampah lah. Lelaki ni tak boleh ke tak payah merokok ea? Tak pun kalau merokok pun jangan lah merokok depan perempuan. Sis alergik sakit dada tau tak. Busuk pulak tu bau rokok. Kalau nak mati, mati sorang2 je. Jangan buat orang lain jadi second hand smoker.

4. Ayah sis lagi sayang sis dari lelaki2 di luar sana. Bila jadi anak ayah ni tau2 jelah. Kau tengking sikit pun tak boleh tau. Sis paling benci lelaki yang suka marah2 suka nak tengking2 orang. Calon suami nanti kalau nak marah jangan tinggikan suara. Nak pesan nanti pakai whatsapp ke. Tak delah berbunyi. Sis pernah kenal seorang lelaki ni. Marah sebab tak angkat call. Bye2 bro. Ayah aku kalau aku tak angkat call, mesej tanya. Tak pun kalau lepas tu call lagi tanya busy ke tak. Kau siape nak marah2 aku. Haha

5. Entah la tapi maybe sis rasa sis benci kebanyakan lelaki. Ramai yang suka main2. Pastu guna ayat nak tambah bini buat gurau. Benda tu SO NOT FUNNY AT ALL. Mungkin jugak trauma lah sebab dulu ayah sis pernah nak kawin 2 kan. Padahal kami bukannye senang sangat. Mak sis tak redha dan tension. Masa kecil selalu kena pukul herdik marah. Perempuan bila marah akan lepaskan marah kat anak anak. Dah besar ni baru sis elok dengan family. Kadang kadang tu terfikir kalau ayah tak berubah, sakitkan hati mak. Mungkin sis jadi anak derhaka sekarang. Mungkin kalau ayah berpisah dengan mak sis tak kan ambil kisah tentang ayah. Kalau mereput pun tak kisah, nak biar hidup kat rumah orang tua je. Tapi tu fikir jelah. Tak buat lagi. Sebab sis selalu tak sampai hati kalau nak buat benda jahat.

Ape pun tulah sebab2 sis tak kawin lagi. Adams, behave okay. I hate playboy. Kalau tak kawin pun tak pe dari terseksa. Share lah sikit uolls punya sebab girls, kenapa tak kawin lagi? Sis seronok baca komen. Thanks.

– Alma

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *