Salam semua. Aku tak tahu macam mana nak cerita. Tapi aku punya hati ni hari2 sedih dengan sikap suami. Ye aku tahu, aku memang tak sempurna langsung. Tapi aku ada hati dan perasaan.
Ok aku cerita sikit macam mana kita lalui hari2 kitaorang sebagai suami isteri..
Ok bangun pagi, pergi kerja. Balik kerja. Aku ni kadang tu OT sampai pukul 7.30pm (selalu nya OT lah sebab nak duit lebih) akan sampai rumah dalam pukul 8pm.
Suami hari2 balik on time pukul 6pm dia dah sampai rumah dah. Kalau hari tu aku nak masak, aku akan minta dia keluarkan bahan2 untuk aku masak & masakkan nasi.
Ok lepas tu aku akan masak lah balik kerja tu. Suami memang dari pukul 6pm hingga 8pm dah rehat2 la. Aku ni je baru nak balik rumah kelam kabut masak untuk dia. Kalau hari tak masak tu aku tenang2 la tak kelam kabut sangat.
Dia tepat 8.30pm akan main game dengan kawan2 dia sampai pukul 11pm. Dah tu aku tercongok lah ye tak ada buat mende dengar je laki bising2 main game.
Aku sumpah tak marah dia nak main game hari2 kalau dia jalankan tanggungjawab dia. Ni buang sampah pun, sampah dah naik berulat weh, nak kena aku pekik baru dia nak pergi buang.
Kenapa eh kau tak boleh ke tengok sikit benda2 dalam rumah ni apa yang tak beres kau tolong lah? Pastu pinggan dalam sink?? Aku jugak ke??
Dah macam bibik dah aku ni dalam rumah. Kau tu goyang telur main game je. Toilet aku jugak bersihkan. Vacuum aku jugak, mop aku jugak. Ko rasa?
Ok lepas tu, aku ni walaupon suami macam tu, perempuan (iaitu: aku) ni kan bodoh, still nak mengendeng2 dengan dia, nak menarik perhatian dia, nak kasih sayang dari dia. Tapi dia ni tak pernah paham aku nak semua tu dari dia.
Sekarang ni kitaorang dah 6 tahun kahwin (belum ada anak lagi) aku memang selalu je mengamuk kat dia sebab benda2 ni, tapi dia still sama je perangai tak kisah kan aku tu.
Aku ni macam terhegeh tau, bila lah suami ni nak datang dekat aku lepas dia habis main game pukul 11pm tu.
Aku memang banyak kali cakap, saya nak kasih sayang, saya nak awak belai, saya nak manja2. Kalau aku yang mulakan dulu, dia memang tak layan sangat pon. Sebok sangat dengan talipon tu.
Lepas 11pm dia habis main game, dia akan layan laman social pulak sampai pukul 12am. Dah tu bila nya nak bagi aku kasih sayang! Aku ni pukul 11:30pm macam tu dah nak tidur, esok kerja.
Serius dah banyak kali je aku mengamuk dan luah perasaan kat dia pasal benda2 ni. Kalau bicang pon macam tak ada jawapan.
Pasal hubungan kelamin pun, kau bayangkan dia ni 3 bulan sekali baru nak buat dengan aku kau tak rasa ke aku ni emosi macam mana? Aku pun manusia biasa. Sekarang ni, pertengahan bulan July cukup 2 bulan kita orang tak buat.
Aku memang cakap je kat dia, cukup 2 bulan nak pergi mahkamah. Dia sikit pon tak heran sebab tahu aku ni sembang je.
Tapi, normal ke lelaki macam ni? Aku sampai tak tahu nak ajak dia macam mana dah.
Mungkin sebab aku ni tak cantik, tak kurus sebab tu dah tak selera lah kot?
Bukan tak cuba untuk kurus, aku memang aktif pergi bersukan sekarang sebab nak hilangkan bosan, dekat rumah suami bukan heran pon dengan aku. Baik aku buat macam-macam aktiviti sendiri atau dengan kawan-kawan.
Aku ni pun banyak kali je cakap kalau tak suka pulangkan lah aku kat mak bapak aku, aku hari-hari cakap kat dia, siap sebut nak balik duduk rumah mak selamanya.
Aku ni sampai hari-hari dalam hati doa ceraikan lah aku ni kalau buat jiwa aku seksa macam ni. Aku hari-hari sedih.
Ok pasal kewangan pulak. Semua benda kitaorang bayar half, rumah sewa bayar half, kereta bayar half, bill elektrik n bill air je tak, dia bayar sorang. Dah la company dia tak bayar kwsp, pastu dapat gaji pon lambat, selalunya 10hb ke atas baru dapat gaji.
Aku ni lah yang kena dahulukan semuanya nanti dia dah gaji baru dia bayar balik. Aku nak mintak pape pun memang susah nak dapat sebab dia pon cukup-cukup je duitnya. Aku ni masak untuk dia sebab nak tolong dia biar dia bawak bekal pergi kerja.
Aku pergi kerja tak bawak bekal, suami je bawak. Dah la kawangan pon tak boleh nak provide, kasih sayang dan batin pon tak boleh nak bagi jugak.
Kalau batin cukup, kewangan tak cukup aku boleh je tutup mata sebab aku bekerja kan, in facts sekarang ni pon aku tak ada pon nak mintak dia macam-macam sebab tahu kewangan dia.
Aku beli semua barang sendiri, shopping raya pon guna duit sendiri. Kalau Barang rumah dah habis aku la tolong topup. Padahal gaji kitaorang sama je nilai.
Dia siap buat part time grab lagi bila dia ada masa atau bila duit dia tak cukup nak survive sampai next gaji.
Sekarang ni tak tahulah macam mana, aku hari-hari doa pisahkan je lah aku ni dengan dia. Kalau susah2 sangat tak boleh pisah, mati kan je lah aku.
Aku banyak kali je cakap nak pisah (dosa tau!) tapi dia tak nak. Aku taknak hati ni sedih hari2, kat office aku ni jadi orang yang emosi sebab kat rumah tak happy.
Tolong lah berubah, hari2 aku cakap dengan dia pasal benda ni, tapi tak ada perubahan pun. Macam mana lagi nak merayu.
Aku cuma minta kasih sayang je, dibelai, dimanja. Tak mintak duit dia pun! Aku susah pun aku tak mintak dia sebab tahu dia pon tak boleh tolong, terpaksa la aku pinjam dekat mak aku.
Ni bulan 5 haritu kitaorang sambut anniversary. dia balik kerja dia langsung tak layan aku. Tapi sempat dia paw aku makanan beli kat grab sebab aku tak masak aku ingatkan ada la kan pegang-pegang tangan duduk kat sofa, peluk2 ke.
Tak ada pun weh. Dia buat bodoh je tengok movie sampai malam. Aku mmg nangis dah kat bucu katil sebab tak ada orang layan sedih anniversary di sambut macam ni.
Tak pergi keluar makan2 sebab dia pun belum gaji. Aku pon malas jugak nak keluar, aku tak nak keluar duit.
Aku sekarang tengah gigih simpan duit sebab saving dah tak ada. Aku pon tak mintak langsung nak di sambut pergi makan2 or jalan2 sebab aku tahu kewangan masing2.
Tapi kau peluk lah aku cium lah aku belai lah aku. Aku ni, dia sampai je rumah dari kerja aku terus peluk dia, tapi dia so so je la cepat-cepat nak lepas sebab nak pergi mandi.
Tengok, betapa terhegeh nya aku kan. Apa lah salah layan lah aku sikit peluk erat2 ke.
Tah la, ke aku yang complicated? Ke aku je yang over. Aku kadang tu reflect balik, aku ke yang entah pape, benda remeh je. Tapi dah 6 tahun macam ni.
Isteri yang pilu,
– Kaca Berderai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit