Aku L (bukan nama sebenar). Berusia suku abad. Aku nak ceritakan hidup aku sebagai seorang yang dalam proses menjadi hikikomori.
Hikikomori ialah satu frasa yang asal dari Jepun yang bermaksud seseorang yang tidak bersosial. Hanya hidup di bilik dan ada sesetengah tidak bekerja.
Walaupun hikikomori ini sinonim dengan lelaki, aku ialah seorang perempuan.
Hampir 4 bulan aku telah berhenti kerja di ibu kota kerana dipaksa pulang boleh keluargaku atas alasan aku satu-satunya anak perempuan.
Walaupun gaji aku disana agak besar bagi graduan baru dan aku ceria hidup di sana, aku tidak mengabaikan keluargaku.
Aku akan pulang sebulan sekali. Kadang-kadang dua kali dalam sebulan.
Aku kurang minat dengan call jadi aku selalu mesej keluargaku walaupun mereka tidak membalasnya.
Namun mereka tetap suruh aku pulang kerana alasan risau, jauh, dan aku anak perempuan.
Mereka memaksaku pulang dengan mencarikan kerja untukku menggunakan kabel mereka. Aku ulang dengan terpaksa dan hanya bertahun seminggu sahaja bekerja.
Aku tidak gemar menggunakan kabel kerana aku tahu jika aku buat silap, rakan sekerja akan terus memberitahu ibu bapaku.
Lalu ibu bapaku akan menceritakan semuanya kepada anak saudara dan aku dipandang serong.
Aku meninta izin untuk kerja di ibu kota sekali lagi,
Namun ditolak hanya dengan alasan yang sama meskipun mendapat peluang pekerjaan yang lebih fleksibel waktu bekerjanya daripada pekerjaan aku sebelum ini.
Aku akur. Aku duduk di rumah. Jika itu yang mereka inginkan aku akan mengurungkan diriku dalam rumah. Lebih tempat dalam bilik aku sendiri.
Yelah jaga lembu sekandang lebih mudah daripada jaga seorang anak perempuan.
Oh ya. Aku mempunyai bf dan aku menyatakan hasrat aku ingin berkahwin semasa aku bekerja,
Tetapi ditolak ibu bapaku kerana alasan aku masih muda, belum mempunyai saving, kami belum mempunyai rumah sendiri dan sebagainya.
Plan asalku ialah aku ingin pulang ke ibu kota dan memohon kerja di sana.
Baru-baru ini aku juga mendapat tawaran temu duga di sekor kerajaan. Tawaran kerja ini adalah jawatan dalam bidang yang aku minat.
Aku mendapatkannya tanpa menggunakan kabel. Tapi aku terpaksa melupakannya hanya kerana keluarga.
Kini aku hanya mengurung diriku dalam bilik, bermain game, menonton anime atau filem, dan membaca komik.
Aku hanya keluar bilik untuk melakukan kerja rumah sedikit jika tiada orang di rumah.
Aku mengelak berjumpa keluargaku kerana sakit hati, dan bila berjumpa atau tersempak jika aku ingin mengambil makanan atau ke tandas, aku hanya akan berdua diri. Mereka juga begitu.
Duit atau sumber pendapatan ku tiada. Tetapi di rumah akan ada makanan. Aku tidak perlu bersusah payah bekerja untuk duit.
Aku hanya perlu duduk di rumah untuk menjaga hati keluarga.
Lebih baik aku duduk di bilik untuk menjaga hatiku daripada sakit hati bergaul dengan mereka.
Sedih, kecewa, sudah lali dan aku dah tak mampu menangis lagi. Rasa ketinggalan, rasa loser, ya. Tapi apalah yang aku hanya mampu buat
Aku tidak dapat membuat apa-apa keputusan dalam hidupku. Lebih baik aku hanya hiburkan diriku di dalam bilikku sendiri dan duniaku sendiri.
Masa depan? Tiada siapa kesah masa depan ku. Dan bila aku ingin mencapai dan membina masa depan ku, akhirnya musnah juga kerana ibu bapaku. Berkali-kali..
Jadi buat apa mencuba. Aku selesa menjadi hikikomori. Cuma terkadang bosan dan pilu.
Tapi apalah sangat perasaanku. Lebih baik aku mencari kegembiraanku menjadi hikikomori di Malaysia ini.
– L (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit