Salahkah Menjauh Diri Dari Darah Daging Sendiri

Mula mula sekali kalau dalam kalangan keluarga aku yang baca ni mesti terus dapat tahu.

Tapi aku nak ceritakan jugak apa yang ada di benak hati.. kerana aku selalu dilabel kurang ajar sedangkan apa yang dilalui adalah layanan dari mereka sendiri.

Aku ni lahir dalam keluarga yang sederhana dan tinggal berdekatan dengan atuk dan nenek sendiri… semuanya baik hinggalah ayah aku sakit dan meninggal dunia.

Ayah aku ni memang sangat taat dekat mak ayah dia sampai pernah gaduh dengan mak sebab benda ni. Aku tak kisah cuma dalam Islam nafkah..

Suami pada isteri dan anak baru mak ayah dia bila dah kahwin.

Setiap kali ayah beli makanan ke apa apa mesti atuk dan nenek kena beli double dari rumah kami sebab ada makcik dan pakcik kat rumah mereka.

Pakcik makcik aku ni kerja pegawai majoriti tapi nak beli apa apa ke duit ke mesti minta dengan ayah aku lagi.

Ayah aku ni function sangat sampai nombor akaun adik beradik dengan anak saudara dia semua dia ada dan curi curi bagi duit kat diaorang tiap bulan..

Itu pun kantoi masa dia sakit kami acces fon arwah.

Pakcik makcik aku plak suka sangat minta dengan ayah aku.. Ayah aku ni kerja kampung tapi mewah sebab kat kampung kan kos sara hidup rendah tak macam bandar.

Kau bayangkan nak makan ke nak beli apa apa ke mesti nak libatkan ayah aku sampai kami anak anak terasa hati.

Nak dijadikan cerita ayah aku meninggal sorang pun tak datang melawat. Harta ayah aku mestilah direbut oleh mak ayah dia dan adik beradik dia sendiri…

Tapi ayah aku ni takde apa pun sebab semua tu mak aku punya cuma ayah aku ni kerja cari duit saja.

Adik aku dan aku sekolah kau bayangkan sepuluh sen pun takde nak diberikan nafkah oleh yang bertanggungjawab..

Last paling kemuncak isu harta yang katanya arwah janji nak bagi dekat mak ayah dia balik kalau dia meninggal sedangkan kami semua tak pernah tahu.

Kami bagi jer semua yang diaorang nak sebab malas nak bagi arwah siksa dalam kubur sebab harta dia tinggal yang sebenarnya sikit saja.

Yelah kerja kat bandar bukan berduit terpaksa lah rebut yang ada di kampung ni.

Cuma aku sampai sekarang buat tak tahu sebab sakit hati dan meluat tapi tulah dilabel anak saudara kurang ajar dan habis dihebohkan kepada saudara lain.

Part lucu rumah atuk nenek penuh gambar family tapi satu pun takde family aku sebab yelah ayah aku mati mana nak bagi duit ke harta dah kat mereka.

Banyak lagi bab lain cuma nak pesan kau nak rebut harta dari anak yatim dan kau tu sebenarnya yang bertanggungjawab beri nafkah kepada anak anak yatim.

Kepada semua yang dah kahwin lebihkan mak ayah takpe tapi jgn sampai nasib anak bini sendiri terabai dihina semuanya sebab takde keadilan masa kau ada inikan pula lepas meninggal.

Aku respect mak aku sebab sabar dan faham cuma untuk darah daging pakcik makcik aku tu aku sampai sekarang tak boleh terima cara layanan sebelum dan selepas ayah aku meninggal terhadap kami sekeluarga.

Hutang ayah aku tolong selesaikan, harta benda kat kampung ayah aku settle kan bila dia takde kau buat anak anak dia macam sampah.

Jangan salahkan orang lain bila dia kurang ajar kadang kena cermin sama apa yang kau buat dekat orang lain.

Entah lah kalau faham sebenarnya nafkah isteri dalam tempoh edah dan nafkah anak anak si mati adalah pada waris lelaki sampai anak tu dah dewasa baru boleh ikut faraid.

Bukan faraid dulu lepastu dah dapat anak simati kau buat macam tak wujud.

Aku tetap percaya pada janji Allah tentang harta anak yatim dan kifarah atas asbab penganiayaan..

Cuma berdosa dan salahkah aku terus menjauhkan diri dan buat tak tahu dengan saudara mara yang macam ni.

Thanks pembaca..

– Pian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *