Tadi aku baru lepas baca confession angah pasal jemaah. Dan sebagai seorang anak dalam keluarga berjemaah ni aku paham sangat sangat la perasaan kau. Aku lahir lahir dah kena berjemaah. Program jemaah dari kecik sampai la ke besar ade saje program. Dan di setiap fasa program pembesaran tu aku dah ade geng. Geng yg ade perasaan yg sama macam kau rasa tu. Kau tak keseorangan angah. Dan aku percaya golongan kita ni minoroti. Tak ramai yg ade jalan cerita hidup macam kita.
Kami bila program. Akan buat hal sendiri. Tapi bukan benda jahat la. Just malam malam lepas dah habis slot kitorang keluar jalan sesama. Cerita pasal life sesama. Nak cakap dekat sini. Kau angah kena cari jalan jugak untuk rasa kebebasan tu. Aku tak cakap jemaah ni mengongkong hidup seseorang. Tapi ianya boleh terjadi kongkongan. Dia bila dari kecik merasa benda ni dia akan timbul suatu bentuk tekanan.
Yang ni aku cerita dari sudut sebagai anak yg lahir terus kena masuk jemaah. Kau yg memang memilih jalan jemaah ni sebab diri sendiri atau ajakan naqib di universiti tu sudut lain. Kau tak merasa Tekanan yg aku cerita sebagai anak yg lahir dalam keluarga jemaah. Kau boleh la nak berjzkk dekat naqib kau di ruangan komen.
Ade yang 'mencari' kebaikan pada confession angah ni. Dan aku tak tau la kalau buta ke apa. Tapi takpe. AKu boleh tolong highlight. Angah confess tu sebab nak bagitau kat orang jemaah. Kalau ade anak esok lusa. Jangan bagi anak kau tu creepy dengan jemaah. Dia kalau dari kecik dah ade 'tekanan creepy' tu. Esok lusa kau nampak la produk hasil keluaran creepy tersebut.
Sekarang aku dah lepas zaman universiti. Dah kerja. Segala fasa fasa program jemaah. Aku perati individu kebanyakan jemaah. Kau memang tak boleh lari dari skeptikal terhadap orang berjemaah. Lagi lagi orang yg beru berhijrah sehari dua dah ber ana anta antuma antum. Dan dalam hati aku akan wish 'welcome to the new world'.
So bagi golongan golongan yg senasib dengan angah dan aku ni. Aku nak pesan. Pentingkan keluarga. Jangan sebab jemaah kita dalam keluarga sendiri bermasam muka. Contoh ayah masam muka sebab kau tak join usrah jemaah. Kekadang expectation keluarga berjemaah ni lain macam sikit. So itu kalau nak handle kena ade skill sikit la. haha
Jemaah ni cuma medium sahaja. Kat sini aku tak nak doktrin pasal jemaah hasan bana pe lanc. Tapi. Aku nak pesan. Berjemaah ni bagus. Proctect kau dari anasir luar yg lagi dahsyat. Tak kira la kau dari line mana. Tapi bila kau dah dalam line agama tuhan ni. Beringat sikit la cara berjemaah tu. Sama sama nak dapat redho tuhan kan. Jangan la gaduh gaduh jemaah mana yg akan masuk syurga dulu.
Untuk parent parent yg baru nak berjinak hantar anak masuk program jemaah tu. Bermuamallah lah dengan anak elok elok. Kuatkan hubungan jemaah dalam keluarga dulu. Jangan la dirotan anak tu kalau tak nak join. Itu pandai pandai kau la nak buat cemana. Buat anak reti. Takkan skill didik anak tak reti. Cara kau didik anak sekarang la yg akan tentukan perangai dia akan datang.
Sebelum aku tutup confession ni. Ade je manusia yg lahir dalam keluarga berjemaah ni happy go lucky dengan life dia yang macam tu. Dia tak pernah kondem golongan macam aku ni. Sebab selalunya orang akan kondem aku "Kau sepatutnya bersyukur sebab dah ada dalam keluarga jemaah ni dari kecik". Tapi dorang paham kitorang ni macam mana. Dan aku respect orang orang macam dia. Mungkin jalan cerita kita berbeza. Aku diuji dengan yg macam ni. Kau diuji dengan yg macam tu.
Sekian dari saya
Anjeli
– Anjeli
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
I got question..sy x join mane2 jemaah dan sy agak alergik dgAn jemaah..sbb selama yg sy nampak,mereka cepat menghukum dan kdg2 acah2 islamic..tp,sy rse,bukan salah jemaah..tp salah individu..tp,kalau individu jemaah tu hasilnya mcm tu,kesimpulannya,jemaah tu yg membentuk nya jd cmtu..
Soalan sy,kenapa sy nampak jemaah ni seolah mcm “mendoktrinkan”..kenapa perlu ada puak dan jemaah ni..dan kdg2,sesetengah jemaah ni belong to certain political party..dan melalui jemaah ni la ideologi politik tu didoktrinkan kepada budak2 yg kdg2 diperbodohkan..mcm dkat kampus asasi Uia,ade pengkaderan jemaah yg kdg2 “naqibah dan naqib” paksa jugak pergi walaupun parent x izin..so,sy pelik tntg jemaah ni..bg sy usrah tu x salah..nak jemaah pun x salah..tp pelik,kenapa timbul isu kawen sesama jemaah saje and x leh kawen lain2 jemaah..
Sy tnye sbb sy pelik and sbb sy alami sendiri..