INI Bukan Novel/drama/movie..tp kisah hidup sy yg sbnr semoga menjadi kekuatan pada Cik F..
Sy faham perasaan Sis..sungguh sy faham. Sebab saya dah lalui semua tu.. arwah Ayah meninggal sakit jantung masa umur 4 tahun, arwah Mak yg suri rumah kn bekerja membesar 7 anak yg kecik2, dulu janda dipandang sgt teruk oleh masyarakat.. Allah duga kami lagi, mak meninggal kanser usus…sy jaga arwah mak operation, radio, kimo sampai arwah koma dan meninggal sehari sebelum percubaan SPM..kadang2 rs mcm terdengar kata2 arwah, "Mak rasa macam ikan..disiang dan dibelah sini sana", bergenang air mata..kadang2 bila org post kat fb, kena membahgiakan ibubapa, berkat doa ibubapa..dah sy mcm mn?..Sis..Sy dapat berita kematian arwah ibu semasa disekolah dan dgn baju sekolah mandikan jenazah, uruskan semua…arwah nenek pun sama..disekolah dpt berita kematian dan dgn baju sekolah mandikan jenazah, kafan, kubur….nenek dan datuk belah ayah dan belah mak semua dah tiada…dgn saudara mara yg tidak membantu malah ambil kesempatan terhadap kami yg tiada siapa2..tiada apa2..makan nasi dgn garam perkara biasa..sungguh susah…
TAPI walaupun tanpa doa abah, mak, tok, wan, atuk dan aki… alhamdulillah Allah ada..ingat janji Allah yg dia sentiasa ada.
Bila nak cerita pasal dugaan..ia sentiasa berterusan(Anggaplah Allah sayang kite)..kisah kita akan berjalan selagi masih hidup..
Allah kurniakan kami berjaya dalam pelajaran..tapi dia duga lagi, kerana kami tiada sesiapa..akak sy dipukul & dibelasah suaminya hampir setiap hari dgn ibu mertua yg dgn selamba dihari ry bile kami melawat kakak yg sakit mengandung dirumahnya berkata "suami akak tu baik, biasalah kalo pukul2 tu"..sungguh tersentap kami..bila akak bercerai tuhan duga dia dgn suami perangai yg sm..byk sgt mcm2 dugaan yg sy dan adik beradik terima..duduk asrama dari umur 10 tahun..disihir sampai dihantar ke rumah orang gila..ada yg hampir di perkosa..dan berbagai lagi..
Sy pun bukan sentiasa kuat..sehingga beberapa bulan yg lalu sy hampir setiap hari doa Allah cabut nyawa dalam iman secepat mungkin..hampir tiap hari google macam mana nak mati cepat tapi bukan dikira bunuh diri kerana takut masuk neraka..
TAPI sis satu je..Allah tu ada..jaga hubungan kita dgn dia. Susah mana pun jaga makan minum biar dari sumber yg halal..jaga solat, puasa..cuba bersedekah walaupun seringgit kpd yg lebih susah..jangan takut, kuatkan semangat..jika sy dan yg lain2 diluar sana boleh hadapi, sis juga boleh..sy doakan sis dan keluarga dikurniakan kekuatan, kebahagian didunia dan akhirat. Amin.
– YATIM PIATU