kepada Kedahan & Kaii

Assalamualaikum.
.
Terima kasih Kedahan di atas respond.
terima kasih semua pengomen. sis ada he baca komen-komen tu semua sebagai silent reader. segan nak reply. tapi semua sis take note.
.
.
kebergantungan kepada Allah tu tak kuat.
betul. sebelum ni sis banyak jugak lalai. buat pun ala kadar cukup syarat je. btl lah apa yang sis/bro kedahan cakap tu. syukran. :)
.
.
kepada Kaii.
.
Allah bagi balasan dekat bro, balasan dunia. mungkin kerana Dia masih sayang bro. dengan sakit tu, dosa bro insya Allah akan dihapuskan, dan azab akhirat insya Allah akan diringankan. sis pernah alami sakit yang mana lambat nak sembuh.
sis nangis-nangis jugak bila entah nak sembuh sebab tak larat sakit. (padahal tak teruk mana pun sakitnya)
.
kawan sis cakap,

"Allah sayang kita, Allah kafarah dosa kita didunia mungkin sebab Allah nak bagi ruang untuk kita berehat di akhirat."

ya, sakit betul rasanya bila kita menghidap penyakit. tapi bersangka baiklah kepada Allah dan bertaubatlah dengan sepenuh hati.
.
jom lah kita sama-sama cuba hadirkan hati sepenuhnya setiap masa hanya kerana Allah, dengan penuh rasa cinta kepada Tuhan yang Maha Agung.
Semoga Allah permudahkan.

syafakallah kaii.

dan yang membaca, jazakumullahu khairan. :)

– Miss A

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *