Terima kasih Admin approve cerita aku.. Sebenarnya dekat sini ak nk kongsi sedikit kisah silam aku.. Cerita berkisah mengenai bapaku.. Setakat dek kena kerengga, libas paip, makan kaki & tangan, batang mop, dan semua seangkatannya sudah familiar bagi aku.. Sejak berumur 7 tahun ak dah lali dengan penamparnya. Hmpir setiap hari pipiku yg ala pau nie kebas dek kena tangan je. Cara hukuman yg bapakku lakukan ialah secara khalayak ramai iaitu didepan kejiranan kampung,biasalah duduk di kampung rumah dekat2. Mungkin ini jalan yg bapak ak amik untuk memberi pengajran kepada aku. Tetapi bgi aku.. itu tidak memberi impak malah membentuk kebencian,dendam terhadp bapak aku. Biasalah budak baru nak up, masih mentah lagi dalam kehidupan dunia ini. Sejak dari sekolah rendah rasa kebencian yang amat telah dipupuk terhadap bapakku. Untuk pengetahuan korng, bapak ak nie bekas komando x silap ak dri trup neklus iaitu antara komando yg terawal di Malaysia ditubuhkan. Sifat bengis dan amarahnya x terkata. Pantang org kampung mengata pasal ak, abis ak dilanyaknya. Salah ke
betul ke memang ak dibalunnya tnpa usul periksa. Ad masa tu, ak bergaduh di sekolah, sampai bibir budak tu kena jahit 5 jarum walhalnya budak itu menghina aku seorang yg miskin. Yela mana x nye, dengan kasut pallas koyak rabak, baju compang camping, beg yg lunyai dan itu semua bekas recycle akak aku. Yela, zaman sekolah rendah manatau nk dressup.haha. Kebetulan pula, budak yg ak pukul tu 1 kampung, abis cerita ak dicanang. Cerita terus sampai ke pengetahuan bapakku apabila kehadiran ibubapa murid tersebut. Habis mak bapak ak di sumpah seranah nya, ak menyorok di tepi jendela, mengintai perbualan mereka. Dalam seketika, bapakku lantas mendapatkan aku di dalam bilik mengheret aku dihalaman rumah, dan mencapai batu yg besar untuk menghempas kepala ak,”Budak nie kepala keras macam batu, nk ajarnya dengan batu” kata bapakku, lantas mak aku menahan bapakku dri melakukkannya. Tercengang dan kaku ibubapa murid tersebut melihat ak diperlakukkan seperti itu. Aku ingin menceritakan pekara sebenar, tetapi pekikkan bapak membuat ak diam seribu bahasa. Sebab,
jiakalau aku bersuara lagi, lagi teruk ak dihenyaknya. Dari situ la bermula titik permulaan bagi aku untuk belajar bersungguh2 agar dapat sekolah berasrama supaya dapat menjauhkan diri dari bapakku. Walaupun setiap kali peperiksaan besar seperti UPSR,PMR,SPM ak mendapat cemerlang, tidak pernah terukir perkataan tahniah dari mulut bapakku. Kadang kala aku rasa seperti tidak mempunyai bapak didalam hidup ini. Selepas tamat pengajian, ak terus dapat kerja di Kuala Lumpur. Sekali lagi aku cuba mengasingkan diri dari bapakku. Pada suatu malam, selepas selesai solat magrib, bapak memanggil ak beborak di beranda rumah.Kata bapak smbil menunjuk ke arah pokok mangga “Ingat lagi x pokok mangga yang bapak kerenggakan ko?”.. “Ingt x pokok buluh itu yg membantai ko?”.. “Ingt x batu yg besar itu pernah nk hinggap di kepala ko? “Dalam kegelapan malam tersebut, kelihatan airmata bapakku menuruni laju di pipinya. Tidak pernah aku melihat bapakku menangis, walaupun sewaktu pemergian datukku. Bapakku paling susah menangis.”Bapak buat semua ni untuk kau ingt”.. Lantas aku memeluk bapakku, kerna tidak sanggup ak melihat airmata seorang bapak. Dan tidak lama lagi adalah hari majlis perkahwinanku. Hari yang paling ak tunggu2kan. Yela, mana taknya, aku dh berbaik2 ngan bapakku, dan pula dapat bakal bini yg molek gitu. Dalam kegembiraan itu, semasa minggu terakhir di opis sebelum majlis perkahwinan aku berlansung, aku mendapat panggilan, dari mak, yang menyatakan bapak aku dimasukkan kedalam ICU akibat barah otak tahap 4. Ak segera pulang ke kampung halaman. Aku sempat berjumpa bapakku buat kali terakhir di hospital, kelihatan wayar dan tiub berselirat di tubuhnya.. Ak menjadi sebak, kaki ku terketar2 tidak mampu bediri seraya lemah tubuh badanku ini.Bapakku yang dulu gagah kini terlantar. Sambil tangan melambai kearah ku, lalu aku menghampirinya sambil bapakku membisik dengan suara yang lemah “Mungkin pernah ko membenci aku, dan itulah yang aku mahukan supaya suatu masa apabila aku pergi, aku tidak mahu melihat airmata ko mengalir, cukuplah airmata masa kanak2 ko, aku perlihatkan”. Aku hampir hilang arah. Sebenarnya semasa aku di Universiti, ak dh mula baik2 dengan bapakku hasil pertolangan mak.Dan sejak dari tu pekara yang paling geruni ialah hilangnya kedua ibubapaku di muka bumi ini. Selama ini, mak, bapak dan kakakku telah menyembunyikan penyakit dari sampai ke pengetahuan aku. Kata mak dan kakak, ”Ayah ko dh puas melihat ko menangis masa kecik, dia x mahu lihat ko menangis diusia dewasa. Dia nak ko kental sepertinya”. Semuanya sudah 2bulan berlalu, kini ak sering teringatkan bapaku. Bagi aku, pekara yg paling sakit ialah merindui org yg pernah tinggal kenangan pada kita.. AKU RINDU KO BAPAK!!..
– empatduakosong
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit