Terima kasih IIUM jika sudi siarkan cerita cerita aku ni.Aku rasa terpanggil nak tulis pasal wanita bekerja selepas membaca beberapa isu yang panas baru2 ni. Ya,semestinya aku seorang wanita yang berkerja,malah seorang isteri dan juga ibu. Baru2 ni sibuk netizen viralkan pasal budak sekolah yang kekurangan kasih sayang ibu sebab ibunya bekerja?Macam2 ragam dan komen jugak la aku baca dari netizen terutamanya SURIRUMAH sepenuh masa yang mengecam ibu budak tu.
Kita tak tahu situasi sebenar keluarga budak tu janganlah memandai nak buat andaian sendiri dan melemparkan tuduhan macam2 ke atas ibunya. Kalau keje misi dan polis tu memang kita dah tahu sibuk,faham2 aje la tak payah nak banyak komen yang tak relevan.Antaranya ialah, suruh ibunya berhenti jadi surirumah la, kejar harta dunia la dan macam2 lagi.Korang ni siapa suka2 hati nak suruh orang berhenti kerja, lepas tu korang nak tolong bagi duit ke kat dia. Kejar harta dunia? Berapa sangatla gaji polis dengan misi kat malaysia ni,bukan sampai 10 ribu pun. Tahu tak mereka tu dah korbankan masa dengan keluarga sendiri sebab nak berkhidmat kepada orang awam macam kamu lah yang hanya tahu bercakap saja.
Ada orang bekerja sebab minat,masa sekolah mesti semua orang ada cita2 nak jadi apa kan bila dah besar nanti.Masa aku sekolah dulu masa cikgu tanya tak pernah aku dengar ada orang cakap dah besar nanti nak jadi surirumah sepenuh masa je.Ada orang kerja sebab terpaksa nak cari duit lebih,kalau diberi pilihan semua orang nak duduk rumah je jaga anak2 dan suami itupun kalau suami gajinya serba mampu,x semuanya serba mampu terutama lagi zaman pak jib sekarang ni.Kena sama2 kerja untuk tampung perbelanjaan keluarga.
Semua jawatan dalam apa2 bidang pekerjaan sekarang ni mesti ada wanita.Penting tau adanya wanita ni.Cuba bayangkan kalau semua wanita kat malaysia ni jadi surirumah, lepastu pergi klinik, hospital yang check korang semua lelaki,misi lelaki,doktor pun lelaki nak ke?? Ini yang aku tak faham. Ramai yang bangga sangat bila jadi surirumah siap pandang rendah ibu yang bekerja lagi lepastu pergi hospital demand nak doktor wanita? Kalau ada kes polis pula, rogol misalnya,mestila polis wanita yang akan uruskan mangsa,kalau dengan lelaki selesa ke, isteri kene pukul dengan suami,pergi balai mana lagi selesa nak mengadu dengan pegawai wanita ke lelaki.
Satu lagi isu yang panas sekarang ni pasal pasangan suami isteri yang kena tangkap khalwat kat hotel tu, tiada pegawai wanita yang menemani isterinya masa nak pakai baju.Ada juga netizen komen mana pegawai wanita? mana? mana? kalau ada pun wanita itu perlu mengikuti serbuan 2,3 pagi tau tinggalkan suami dan anak di rumah.Kalau Cikgu pula semuanya lelaki, percayakah anda,yakinkah anda meninggalkan anak anak disekolah sendirian,anak perempuan terutamanya.Dah la zaman sekarang ni macam2 dengan isu pedophilia lagi.Jangan ingat di kalangan professional mereka ni tak wujud ya.Nampak tak betapa pentingya wanita dalam sesetengah bidang pekerjaan. Wanita yang bekerja adalah untuk PRIVACY wanita juga.
Sekurang kurangnya wanita-wanita yang bekerja terutamanya yang beruniform, mereka memberi khidmat dan sumbangan kepada bangsa,agama dan negara.Yang bangga sangat jadi surirumah tu selain memberi sumbangan kepada keluarga sendiri apa lagi sumbangan korang pada bangsa dan negara.Kalau takde tak payah la nak kecam orang dan demand sangat ye. Hargai dan berterima kasih la kepada mereka yang akan membantu anda juga bila diperlukan nanti,kalau tak suka dan tak nak terima kenyataan ini, ada nak perempuan tak payah la hantar belajar tinggi tinggi, ajarlah memasak dan menguruskan rumahtangga je nak suruh wanita jadi ibu sepenuh masa kan.Aku tak kata semuanya ini aku tujukan kepada surirumah yang pentingkan diri sendiri yang hanya tahu kecam orang.Semua orang ada peranan masing2 jadi anda hanya perlu memahami situasi dan keadaan bukan mengecam membabi buta macam anda bagus sangat.Sekian,terima kasih.
– Aku Ibu Bekerja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit