Kepercayaan Dan Pengkhianatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera utk semua warga IIUM confessions. Pertama sekali, ak nak ucapkan terima kasih kat admin sekiranya kisah ak ni disiarkan. Utk pengetahuan korg ak bukanlah warga UIA tp ak ialah pelajar degree kat salah satu universiti awam kat Malaysia. Aku peminat page ni so ak tergerak hati nak story kisah ak ni kat sini.

Kisah ak ni berkisar berkenaan kepercayaan dan pengkhianatan. Ok, kisah bermula mcm ni. Masa tu ak tahun2 (engineering) dan salah satu subjek teras yang aku dan budak2 kos ak kena ambik ialah design (ak rasa student engineering mmng xkan lari dari design.. hehe betul x?). Utk sem tu, lecturer assign group utk kitorg (mix jantina dan bangsa). Dalam group ak ad 4 org, ak, Aida, Ahmad dan Elsa…( bukan nama sebenar ye). Lecturer bagi tugasan utk buat satu design peralatan yg boleh digunakan masa kecemasan. Si Elsa merupakan ketua utk group ak. So, kalau ada tugasan, dia yang akan compile dan send kat lecturer. Yg ak perasan pasal Elsa ni, dia kurg percaya dngn hasil kerja org lain even hasil kerja kitorg yg satu group dngn dia ni. Kiranya, kebanyakan tugasan dia nak buat sendiri. Ak, Aida dan Ahmad ada jugak bersuara pasal buat tugasan ni tp ayat yg dia selalu guna “takpa-takpa saya buat”. Kadang2 bila ak, Aida atau Ahmad dh siapkan part kitorg dan send kat dia, macam biasa dia akan compile dan hantar kat lecturer, tp bukan menggunakan ap yg kitorg buat, dia guna apa yg dia sendiri buat. Nmpk x ketidakpercayaan di situ? At least ckp dan suruh kitorg betulkan kalau ada sebarang kepincangan dlm hasil keje kitorg. Satu benda yang ak suka dan tabik pasal Elsa ni, dia mmng rajin dan selalu dekan ( Jngn salah paham, ni tak bermaksud yg ak buat confession ni sbb ak jeles kat dia ok).

Bila dh masuk pertengahan sem tu, lecturer panggil group ak dan beberapa group lain utk jumpak dia sebab dia nak cakap pasal satu design competition yg dia nak kitorg join. Unfortunately, competition tu hnya nak 3 org utk setiap group. Tp…group ak ad 4 org!!! Jd lecturer ni nak kitorg decide sndri sapa yg akan masuk dan sapa yg xdapat masuk.. then leader hantar nama yg masuk kat dia sebelum pagi esok. Lps kelas, ak, Ahmad ngan Aida ni pon gi la sembang ngan leader kitorg iaitu Elsa utk bincang dan decide sapa yg nak masuk dan xmau masuk. Then, Elsa ni balas kat kitorg… ”Saya sakit kepala la, nnti kita bincang. Saya keluar kelas dulu”….Kemudian ak, Aida ngan Ahmad pon berhuhuhuu…. (Sbnrnye kitorg trdiam…mayb dia sakit so xleh bincang.. jd kitorg cuba bersangka positif dan paham situasi dia).

Sbnrnye bnyk kali kitorg cuba utk contact dia utk bincang dan decide org yg akan masuk competition tu tp dia buat endah tak endah. Malam tu, dia pm ak kt fb utk tnya detail2 ak…So ak pon bgila. Keesokan harinya, budak group ak pon dok brcrita yg Elsa tanya detail diri mlm td. Jadi kitorg ni tertanya2 la sapa yg masuk dan sapa yg xmasuk competition tu.. Lps tu kitorg tnya dia pasal tu dan dia kata yg dia dh bg detail2 yg masuk competition kat lecturer dan dia xnak bgitau nama sapa yg dia bg sbb kita akan bekerja secara satu team. So ak rasa mcm…WHAT??? PERLU KE KAU BUAT MCM TU??.. SEMUA KEPUTUSAN KAU BUAT SENDIRI??… Perilaku dia seolah2 menafikan hak kitorg sbgai ahli group dia.. (ya itulah yg ak rasa masa tu T_T ). Terpikir jgk nak cerita kat lecturer pasal ni tp mcm x proper pulak sebb ni masalah group, xperlulah sampai lecturer tahu.

Even ak dh rasa xsyok diperlakukan seperti itu, tp ak still buat keje2 group dngn baik. Ak xdelah nak berdendam ker apa pasal peristiwa tu. Keje2 persediaan utk competition tu pon ak still buat even ak xtau sapa yg masuk. Aida ngan Ahmad pon sama..still buat keje2 group sebaiknya. Ak still ingt masa tu si Elsa tu kata yg kita akan buat persediaan competition tu sama2 dan akan bahagikan hadiah kat semua even nama salah seorg drpd kami xde dlm competition tu (Tetiba plak rasa nak nanges bila ingat pasal ni sbb janji hanya tinggal janji sebenrnya…huhuhu)

Kemudian, kami dapat berita menggembirakan drpd lecturer yg group kami tersenarai utk peringkat seterusnya. So, mcm biasa kena la buat task seterusnya utk competition tu.. detail2 task pihak pengurusan dh emelkan kat semua peserta. Then, ak pon check la emel ak…… Ak pon pelik lah.. kenapa xdak pon emel yg dimaksudkan tu dlm inbox emel ak. Sejak tulah ak tau yg sebenrnye org yg dibuang dripada competition tu ialah ak. Then ak pm dia utk sahkan pasal ni..mmng betul pon ak lah org yg dibuang tu…. Dan alasan yg dia bg amatlah x munasabah. Alasannya adalah sbb ak balas mcj fb dia lambat masa mlm dia mintak detail ak tu.. (Weh.. klo ikut logik, takkan la ak nk on9 fb 24 jam utk balas mcj dia awal).. Sejak dri kejadian tu ak dh kurg dngn dia dan klo boleh ak dh xnak ambik tau pasal competition tu. Tp Aida ngan Ahmad kata jomlah tolong kitorg. Ak dngn berat hati pon menurut je sbb ak xnk hampakan kwn2 ak. Ak sebenrnye rasa geram sbb ak tau pasal benda ni secara sendiri dan bukannya melalui dia, Elsa. Kalau dia crita baik2 dan jelaskan hal ni kat ak awal2, ak boleh terima.

Dipendekkan cerita, diorg menang dlm design competition (Tempat keberapa diorg menang dirahsiakan..hehe). Bbrapa mlm sebelum pertandingan akhir tu, si Elsa ni tukar habis presantation slide yg si Ahmad dan Aida ni buat (mayb dia x percaya ngan keje diorg ni). Kiranya dia tukar tanpa pengetahuan diorg ni. Lps tu dia dok serabut sorg2 sbb bnyk keje yg x setel lg utk pertandingan akhir tu.. (Pada pendapat ak tu pertandingan berkumpulan dan bukannya individu.. dia sndiri yg nak menyusahkan diri).

Kemudian hal pembahagian hadiah. Masa pembahagian hadiah ni lah berlaku pergaduhan besar. Boleh pulak si Elsa ni kata dia akan dapat duit hadiah lg banyk drpd dua org kwn ak tu sbb dia buat keje lgi bnyk. Dia dapat cecah ribu dan kwn ak ni ratus je. Boleh ka mcm tu? Ak bengang sngt bila dapat tau pasal tu. Kalau dia xmau share hadiah tu ngan ak takpa, tp dngn budak team dia kot dia buat mcm tu. Tu keje berkumpulan, bukannya individu. Dia sendiri yg xmau guna ap yg diorg ni buat then kata dia buat bnyk keja..Haish..tulah org kata pasal duit boleh bawak bergaduh!

So, moral of the story, kalau keje berkumpulan tu pandai2 la bahagikan keje secara berkumpulan. Jngn terlalu pentingkan diri sendiri dan sangka diri tu hebat sampai tak hiraukan org lain. Ak pon tak perfect dan kadang2 terbuat jgk benda mcm ni. Jadi, sama-samalah kita memperbaiki diri.

– February

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit