Kerana Berangan Itu Tidak Salah

salam pembaca iium conversation . harap admin terbitkan cerita aku. pengenalan diri aku miss berangan sebab aku suka berangan. yarss!! kerana berangan itu tak salah dan tak perlu bayar.

okey aku nak share sikit tentang diri aku. aku dari kecil dah di ajar berdikari oleh parent since dorang pon bukan orang yang senang dulu. dari umur 8tahun aku start kerja cuci pinggan kedai kawan mak. malam tolong mak buat kueh pepagi sebelum pergi sekolah naik motor dengan abang aku yang tua setahun dari aku pergi hantar kueh kedai kedai dekat rumah untuk dijual.

dipendekkan cerita aku dari kecik suka berangan, cakap sorang sorang. rumah aku dekat dengan MRSM so setiap kali lalu depan sekolah tu, aku akan cakap dekat bapak aku, “satu hari nanti orang akan masuk mara” bapak aku senyum jer. dalam kepala dah berangan best nya belajar dekat mrsm . cakap englishhh. wuuuu conokkkk nya!!! hahahahha. dalam keluarga aku yang dapat lebih rezeki sikit bab kepandaian nih. jadi aku sorang je setakat nih yang dapat masuk universiti ,tapi kakak dan abang aku semua baik2 dan bertanggungjawab. dorang dah bekerja dah sekarang,okey sambung pasal mrsm tadi… tapi malang nya result upsr aku hanya dapat 3A2B mana layak nak mohon mara. so aku berangan lagi nak masuk sekolah kluster kecemerlangan. kawan kawan aku ramai pergi. aku cemburu. sekali lagi aku diuji. aku xdapat masuk. takpeee, aku berangan lagi… hidup aku kan suka berangan. so aku teruskan angan angan aku nak masuk sekolah kluster tu. pasal mrsm aku dah lupakan dah sedar diri tak berapa pandai. hahahahha! so form 3 aku pulun PMR. jujur aku nih malas, hahahahahha. memang orang suka berangan nih malas. so aku berangan nak result cantik. apa aku buat study, walaupon cikgu pon dah sakit jiwa mengajar aku. berdiri atas kerusi setiap kali kelas english dan dicampak buku itu biasa pada aku. hahahhaha. kisah lahhh. aku doa berangan usaha walaupon macamtuh lahhh. huhuhu. berkat doa dan angan2. aku dapat 7A1B . tekad yang kuat walaupon xde duit nak masuk sekolah kluster tuh sebab skolah tuh 90km dri rumah aku. hahahhahahaah. so aku ajak bapak aku pergi mohon duit-duit saguhati dari government , zakat negeri so ada lah duit sikit untuk aku masuk dan pergi sekolah tu. so yes aku masuk sekolah kluster kecemerlangan yang aku nak sangat tu. tapi banyak benda yang diuji dekat sekolah tu, diuji dengan kawan2. dengan kewangan yang tak cukup. kau bayangkan aku hanya bawak rm30 untuk 2minggu. rm10 tambang bas pergi dan rm10 tambang bas balik. rm10 shja yang ada untuk survive 14hari kadang sebulan tu. ikat perut beli donut rm0.30 shja sehari. bawak air masak 3litre. orang lain bawak fon aku belek kuku je .tapi aku bersyukur semua tuh ujian yang membuatkan aku matang. aku cari jalan nak buat bisnes. aku cari supplier jual simkad. dalam sebulan aku dapat 200 lebih dah kaya sangat dah masa tu. so aku dapatlah tampung hidup. balik beli macam macam untuk adik2. bahagia wakk. hehhehehe. banyak sangat ujian. tapi takpe aku percaya Allah tuh ada

habis SPM aku dapat matrik. tapi aku tak pergi sbb aku bodoh masa tuh. ahahhahahaha. buta antara kaca dan permata. so aku masuk diploma di kolej mara. guess what? ingat tak aku pernah bagitahu bapak aku yang aku akan masuk mara satu hari nanti!?? yes! aku buat engineering dengan kolej mara. hahahahaha. hasil angan angan mat jenin aku . aku dapat masuk uni under MARA. Aku teruskan hidup aku di university tanpa mintak duit dari parent. terima kasih Allah terima kasih mak ayah ajarkan aku cara hidup berdikari .

angan angan aku seterusnya nak masuk ipg sebelum aku dapat masuk university . aku nak sangat jadi cikgu. nak sangat sampai nangis2. hahahhahahaha. tapiii sayang dua kali aku interview ipg aku tak dapat. mungkin Allah lebih tahu kenapa aku tak dapat. Allah susun cantik sangat, dalam masa aku study, aku dapat part time jadi cikgu tuisyen. hahahhahaha. seee? kerana berangan nak jadi cikgu dapat jd cikgu tuisyen pon jadilah. dalam masa yang sama aku pernah buat bouquet nak bagi hadiah kawan. so tengah2 buat bouquet berangan lah, cakap sorang sorang. walaupon hodoh ku gagah kan jua. sem 4 aku dapat call dri kawan tolong buatkan event birthday untuk girlfriend dia. maka dari situlah bermula Bisnes event dan bouquet aku yang aku berangan tadi sampai lah sekarang. hahahahaha. doakan bisnes aku berkembang maju.

next,aku suka shopping .so aku akan pergi satu mall ni. yang agak terkemuka di kota raya. ada satu kedai yang berjenama. kedai dia besar. aku takut nak masuk. serious .nak lalu short cut pon takot nakkk . malu kita orang miskin nak masuk kedai mahal2. mampu tengok dari luar sahaja. hahahhahaha. manada duit nak beli barang dalam tuh mahal2. tengok pekerja pon huishh pakai bergaya semacam. so aku berangan lah kalau lah dapat masuk shopping dalam nih. makk aihh bahagia nya. satu hari akak aku tolong hantarkan resume untuk part time di kedai tu. malang tak dapat. sebab aku gigil takut masuk interviewhahahah. aku redha je nak. so setiap kalinpergi situ akubhanya oandang dari jauh dan berangan shopping dalam tuh. setelah 2 tahun berangan tak sudah nak shopping dalam tuh. kau tahu!? aku dapat kerja dekat situ beb!!! sekarang dah bertambun baju brand tuh. ya Allah tak tahu nak bersyukur macam mana. berangan lah anak anak. kerana angan angan mu akan jadi impian dan cita cita. angan yang dorang rasa angan kosong sebenarnya angan angan yang akan mendatangkan kejayaan pada mu. cuma ingat lah dan berserah Serta percaya seratus peratus kepada Allah. maaf kalau cerita saya kelaut. doakanlah saya teruskan angan angan saya menjadi pensyarah untuk mendidik bangsa. saya tengah berusaha ni!! semoga Allah memakbulkan setiap doa kalian. doakan saya menjadi seorang pensyarah dan mampu bawak mak ayah saya naik haji dan ke jepun sebab tu impian mereka. (lap air mata bila teringat mak ayah) doa mak ayah penguat perjalanan hidup anak mu ini.

– miss berangan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit