Kerana CintaMu Ya Allah

Assalamualaikum.
Terima kasih admin atas peluang ini.

Sesungguhnya benarlah hidup ini tidak terlepas dari dugaan dan ujian. Sepertimana Firman Allah: ” Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Alankabut :2 )

Saya seorang isteri dan ibu berusia 47 tahun. Saya melalui 40 tahun kehidupan dengan dugaan-dugaan kecil. Bersyukur dengan nikmat Allah yang tak terhingga ini walaupun saya bukanlah dilahirkan sebagai anak hartawan atau jutawan. Allah memberikan saya banyak kenikmatan. Fizikal yang sihat dan sempurna sehingga kini. Di saat wanita mengalami perubahan fizikal menjelang berkahwin dan beranak-pinak, saya masih kekal ‘maintain’ di usia yang meningkat. Diberi pula rezeki yang kian bertambah dari hari ke sehari, suami yang baik tetapi tegas dan bertanggung jawab, anak-anak sihat dan tidak terjebak pada perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak terhitung nikmat-nikmat lain. Baiknya Allah pada saya. Padahal saya bukanlah hambanya yg sempurna imannya. Dikurniakan akhlak yang baik, pun satu anugerah dimana hakikatnya segala aib saya ditutup olehnya.

Dugaan saya yg agak besar sedikit ketika suami cuba ‘test market’ di hujung2 usia 30an. Namun..dengan kebaikan dan kemurahan dari Allah, dapat diatasi dengan sebaik2nya. Padahal waktu saya melalui saat getir itu..bagaikan hendak runtuh langit. Itulah ujian. Kami suami isteri masih kukuh ikatan kasih sayangnya. Terima kasih Allah.

Tetapi ujian yang paling besar dilalui oleh saya bilamana saya pula diuji dengan tarikan lelaki dan nafsu. Mula2 tertarik lah kan. Asalnya saya menolak. Dalam hati ‘Apa ni?’. Tidak pernah terfikir di fikiran untuk menjadi isteri curang. Tapi makin ditolak, makin tertarik pula. Itulah ujian besar sebenar saya. Selama beberapa tahun saya bertolak dan tarik. Dalam berjaya ditarik saya ada berjumpa dengan lelaki itu. Tarikkan nafsu juga sangat kuat. Untuk pengetahuan, sewaktu berjumpa, saya tidaklah sampai terlanjur dan melakukan dosa2 besar.
Dalam hati selalu menyesal dan berdoa supaya dapat keluar dari kesalahan itu. Bukan mudah sebenarnya. Kejahatan itu sebenarnya sangat kuat tarikannya. Kita memerlukan kekuatan iman yang tinggi.
Tapi sepertimana yang saya katakan tadi, Allah itu Maha Baik. Dia beri saya dugaan, tapi dia sering beri saya jalan keluar. Suami yang sentiasa baik memberi saya kekuatan untuk meninggalkan kesalahan saya. 5 tahun juga saya berusaha. Dan Allah yang maha pengasih dan penyayang sentiasa memberi saya peluang dan menutup aib saya dari pengetahuan suami dan orang lain. Allahuakhbar. Sehinggakan saya terpaksa menolak panggilan umrah disebabkan saya merasakan diri belum cukup bersih di sisiNya. Saya berusaha membersihkan diri saya dan Alhamdulillah pada hujung tahun ini, saya benar-benar bersedia dan akan menyahut panggilan umrah dan kasih sayang dari Allah. ‘Ya Allah, sesungguhnya aku tinggalkan tuntutan dan keindahan nafsu itu kerana cintamu Ya Allah.’

Bukan mudah sebenarnya. Hasutan syaitan itu amat kuat. Hanya satu yang saya fikirkan, setelah 40 tahun Allah memberikan jalan2 kebaikkan untuk menuju ke syurga, masakan hanya kerana 1 dugaan di hujung usia 40 tahun ini, saya hendak menjerumuskan diri saya ke neraka. Astaghfirullah, senangnya jalan untuk ke nerakamu Ya Allah. Rasulullah bersabda, Jika seorang wanita menjalankan shalat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kedalam Jannah dari pintu manapun yang kamu suka.” (HR Ahmad).

Namun saya sedar, selagi kita bernafas, ujian ini belum berakhir. Saya perlu terus berjuang melawan dugaan dan nafsu duniawi. Syaitan tidak akan pernah berhenti dari usaha membawa kita ke neraka walaupun di saat penghujung nyawa. ‘Ya Allah, ampuni lah aku. Jauhilah aku dari perkara-perkara yang menjadi kemurkaanmu Ya Allah’.
Teman-teman, doakan saya dan saudara-saudara islam yang lain agar terhindar dari perkara-perkara yang membawa kita ke neraka jahanam.

Semoga kisah saya menjadi inspirasi untuk wanita-wanita dan adik-adik yang menghadapi dugaan serupa. Semoga kita semua terhindar dari perkara-perkara keji dan mungkar.

Andai buruk di mata semua, maafkan saya. Jangan dikeji kerana hanya akan memalitkan dosa pada diri kalian. Saya juga tak perlu dipuji kerana selagi saya bernafas, perjuangan saya belum selesai.
Perjuangan menuju ke syurga.

Terima kasih dan Assalamualaikum.

– Kak A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit