Cashier Je

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selama ini saya dapat baca confession daripada segelintir masyarakat dan hari ini saya ingin berkongsi penilaian saya menurut sisi pandangan seorang cashier.

Saya merupakan seorang cashier yang baru sahaja kerja selama 10 bulan di sebuah pasaraya. Selama bekerja di pasaraya ini kami diajar untuk menjadi seorang yang penuh adab tapi kadang2 sebagai manusia kita ini cepat upset bila orang layan kita macam seketul batu di tepi jalan dan sebab itu tuan2 semua mesti dapat lihat cashier pekerja yang muka paling masam sekali sebab mereka berhadapan dengan bermacam manusia. Pasaraya yang saya sebut ni berasal dari jepun dan sudah semestinya kami diajar untuk serve customer dengan standard of procedure yang mereka sediakan. Senyum, greet dan thank you. Cukup sampai situ.

Saya cuma terkilan dengan segelintir masyarakat yang kurang didikan dan adab ketika membuat pembayaran. Kadang2 bila staff dari pasaraya nak buat pembayaran selalu customer akan potong queue sebab apa? Sebab mereka adalah customer dan mereka perlu dilayan dahulu. Jangan begitu kawan2, kita semua adalah sama. Semua orang di Malaysia adalah pengguna dan mereka berhak mendapat giliran untuk bayar barang mereka.

Selain itu, kami juga manusia tuan2 juga manusia dan mestilah kita perlu saling menghormati, mesti dulu pun sekolah dan ibu bapa tuan2 pun ajar perkara yang baik. Duit yang tuan2 keluarkan dari dompet minta tolonglah jangan letak atas kaunter, berikan di atas tangan cashier sebab kami dah hulur tangan ada segelintir suka sangat letak kat atas kaunter. Cuba kalau baki dan resit tuan2 kami letak atas kaunter sedangkan tuan2 dah hulur tangan mestila terkial2 nak kutip lagi2 kalau tengah queue. Tak baiklah macam itu apa salahnya bagi dekat tangan kan. Tuan2 pun sebenarnya earned our respect dengan tindakan tuan2. Belum lagi customer yang campak card atau duit dekat kaunter. Berapi hati ini. Lagi satu kalau tak mahu resit jangan lah buang merata2 apatah lagi di atas kaunter. Pasaraya ini ada sediakan tong sampah. Buanglah di dalamnya dan didiklah jadi masyarakat yang suka akan kebersihan.

Apa yang saya lihat di Malaysia ini, customernya kebanyakan berpelajaran tapi pelajaran letak dekat kepala lutut mereka(maknanya pelajaran mereka tidak berjaya). Pernah sekali seorang customer beli satu barang Mix&Match. Barang mix and match selalunya beli 2 atau 3 barang baru ada diskaun. Maka muncullah seorang pengguna yang kurang berpendidikan, beliau beli 2 susu yang ada Mix &Match diskaun dekat kaunter kawan saya tetapi lain perasa jadi Mix&Match tak keluar diskaun. Cashier tu dah terangkan kalau beli yang sama baru harga lebih murah contohnya: beli satu RM7.90 tapi beli 2 RM13.00. Customer tu masih tak faham dan siap supervisor datang untuk terangkan pada customer yang tersebut. Dengan ego yang tinggi sifat tak mahu kalah boleh dia cakap “hey, saya addmath A+ tau awak jangan ajar saya kalau beli dua lagi murah”. Kesian cashier tu. Sampai dah habis buat pembelian pun dia bising2 cakap jangan peningkan orang la apa la. Kali ini memang customer not always right. Kenapa? Sebab mereka tak bekerja di sini jadi mereka tak boleh claim they are right.

Kawan2 cashier saya 80% ada pendidikan. Sebahagiannya ada diploma, degree dan master. Mereka jadi cashier sebenarnya sedang tunggu peluang pekerjaan lain tapi tak kunjung tiba. Janji pekerjaan yang mereka halal dan dari sumber yang berkat. Saya tahu ramai fikir kami ini hanya setakat spm dan tidak dapat sambung belajar dan pandang pekerjaan kami ini kecil. Tak apalah biasalah tu.

Customer tiada suara. Yang ini saya tak tahu nak cakap apa. Bila kita greet dan tanya kad ahli diam tak berkata. Tup tup tiba2 terkeluar kad ahli. Sorry time tu memang tak boleh swipe lagi ya tuan2. Kami minta maaf sekiranya point anda tidak masuk. Nak rebat voucher dari point yang banyak tu pun tak boleh ya. Tolonglah buka mulut , kami dah bertanya jawablah mulut dan suara kan ada. Gunalah sebaiknya. Kami sebagai cashier ni berdoa dalam hati tau supaya Allah tarik balik nikmat suara yang dianugerahkan kepada tuan2 sebab geram(maaf ya). Saya pernah jumpa customer bisu dan mereka selagi boleh nak berusaha supaya boleh berkomunikasi dengan kami guna isyarat.

Pernah sampai satu customer ini saya pernah tegur, encik takde suara ke? Dan keajaiban pun berlaku tiba2 dia sebut ha? Dengan muka berkerut2. Hulur kad ahli tapi muka pandang lain bagi dengan jari Ya Allah dulu tak belajar pendidikan islam ke moral ke sivik ke. Hmmm..

Wahai tuan2 sekalian kalau tuan2 rasa barang di sesebuah pasaraya mahal rasanya tak perlulah nak complain dekat cashier kaunter, tuan2 boleh jimatkan masa tuan2 dan pengguna lain di customer service sana. Sudah tahu barang2 di sini mahal, jangan datang sini pergilah tempat lain dan kedai2 lain yang menjual harga lebih murah. Dah tahu harga mahal kenapa masih datang sini beli, kami pun tak sakit hati dengar bebelan tuan2. Simple je tuan2. Lagi satu tuan2 sekalian, bila kami ucapkan terima kasih, saya cadangkan tuan2 sebutlah sama2 atau anggukkan kepala sebab perbuatan tuan2 itu membuat kami sebagai cashier rasa dihargai dan boleh menaikkan mood kerja kami.
Apa2 pun yang tuan2 lakukan kepada seorang cashier adalah terkesan dalam hati dan rutin harian mereka. Jangan sampai suatu hari nanti anak2 tuan2 melihat perilaku kita yang buruk dan mengikut jejak tersebut. Terima kasih. Semoga tuan2 semua dalam limpah rahmatnya.

#masihadacashieryangberpekerti
#hiduplahsalingmenghormati
#banyaklagipengalamanlainkalisambung

– Mans

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit