Kerana Nafsu Aku Hampir Diculik?

Salam, readers2 IIUM Confession sihat ke tu? Nama aku Ben. Apa-apa pun terima kasihlah admin kalau confession ni disiarkan.

Ceritanya berlaku apabila aku like story sorang pompuan ni kat telegram, masa tu contact tu nama laki tapi aku sendiri tak ingat sapa owner nombor tu dulu sebab time PKP banyak aku save nombor orang nak cari member lah konon.

Pastu, beberapa minit tu dia dm cakap, “hi”. Aku pun balas je lah. 

Pastu dia cakap, “hi sayang” aku pun macam pompuan ni dah kenapa tiba2 panggil sayang.

Aku pun layan je lah sebab tengok gambar profile tu lawa jugak pompuan ni, pastu dia tanya soalan aku jawab. Dia tanya lagi aku jawab. Dia tanya lagi aku jawab lagi. 

Bila aku tanya pula dia mesti macam elak soalan tu ataupun dia tukar topik. Aku pun tak mintak gambar dia pasal profile tu dah ada gambar tapi aku rasa bukan gambar dia tu. Lupa nak cakap nama dia Zana.

Aku dengan dia pun borak2 dia. Tiba2 dia borak l*cah. Aku ni dahlah iman lemah lagi2 dapat tahu jugak dia ni kaki camtu jugak. Pastu dia cakap dia nak tengok gambar aku. 

Aku pun tunjuk lah tapi aku send yang self-destruct timer, kalau tak faham senang citer kalau kau send dekat orang gambar ke video ke kau boleh set berapa lama dia boleh tengok, tapi dia nak save ke, forward ke, record ke, takleh sebab privacy.

Pastu dia cakap nak send yang biasa. Aku mula2 tak nak pun send biasa pastu dia ayat lah “send biasalah baru nampak ikhlas nak berkawan” aku macam ok.

Pastu dia mintak gambar pelik2 plak aku pun ikut je, rasa macam kena pukau dengan hanyut je apa dia suruh. Aku ikut je tapi bila aku mintak gambar pelik2 dia. Dia tak nak share plak dia cakap “nanti dia habis st*m baru dia share” aku macam ok2.

Kadang2 kalau aku mintak gambar2 pelik dia asyik bagi alasan sama je dengan macam2 alasan lain lagi.

Dia cakap dia umur 24 tahun dan bini orang pastu bila aku mintak gambar dia dengan suami dia. Selalu tukar topik.

Dia cakap kalau jumpa dengan dia nanti lepas buat benda2 l*cah dengan dia baru dia bagi tahu semua info tentang dia.

Haritu aku ada tanya dia kerja apa, pastu dia cakap kerja sendiri. Aku pun ok2. 

Pastu dia cakap dia tak puas dengan husband dia. Dia suka aku sebab hensem dengan body aku tu type dia walaupun aku sendiri tak rasa macam tu. Bukan tak bersyukur just sedar diri.

Nak di pendekkan cerita… Ada sekali tu dia ajak aku jumpa dia. Aku cakap ok je. Pastu dia cakap nanti dia datang sendiri jumpa aku. Kitorang ni takdelah dekat sangat jauh sangat pun tak tapi bukan satu negeri. Pandai2 lah korang teka. 

Akhirnya hari yang di tunggu pun datang pastu dia cakap jumpa kat mana pastu kitorang pun bincang2 pastu jumpa.

Sebelum nak sambung cerita. Aku ni 22 tahun, masih lagi fasal2 nak kenal dunia sebab tu berani jumpa pompuan camtu walaupun banyak yang suspicious tentang pompuan ni.

Sebab tu ada perpatah “kerana nafsu manusia jadi teruk” ehh ada ke. Sebab aku rasa macam pernah dengar.

Ada ke tak ada yang penting pepatah tu lebih kurang camtulah  kalau korang ingat korang tulislah dekat komen section.

Hah sambung balik cerita. Bila time jumpa tu dia cakap dia nak ambik aku. Aku pun cakap ok2. Pastu aku pun jumpa kereta dia tu. Dia tak cakap pun dia datang dengan kereta apa.

Pastu dia ada cakap sebelum ni dia nak main dengan aku dalam kereta. Bila aku pi kat kereta tu aku nampak driver tapi bukan pompuan tu tau. Driver tu laki pakai mask biru dia cakap akak tu suruh aku pergi homestay.

Aku pun cakap ok. Tengok2 aku lari sebenarnya iyalah mula2 pompuan tu cakap dia nak ambik tiba2 orang lain yang ambik pastu bila selesai lari tu alhamdulillah aku selamat sampai rumah. 

Pastu aku pun buka fon akak tu cakap, “Kenapa lari? Akak dah order grab ambik adik”.

Aku cakap dalam hati agak2 lah nak tipu grab tak naik kereta lama dan tak pernah lagi aku naik grab kereta kelisa yang datang tu kereta kelisa oren.

Lagilah aku suspicious sebab mula2 tu dia cakap dia ambik dengan main dalam kereta tengok2 grab yang ambik dan pi homestay tapi sehari sebelum tu dia ajak jumpa aku pun on je lah.

Pastu aku tertidur. Iyalah sebab aku tanya jadi ke pastu dia cakap insyaallah. Korang faham2 lah insyaallah melayu ni camna  sebab tu aku tertidur dan tak excited pun.

Tapi sebelum tu pun aku doa dekat Allah tolonglah aku. Harap2 plan ni tak jadi walaupun dalam hati nak je sebenarnya.

Bangun tidur tu alhamdulillah plan ni tak jadi. Pastu dia ajak aku jumpa lagi malam ni. Sebelum keluar rumah tu aku baca “Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim” 3 kali. 

Mula keluar rumah tu hati aku ok je takde rasa tak sedap hati. Pastu aku keluar rumah sebab dia dah sampai dulu patutnya aku sampai dulu aku jadi malas nak tunggu sebab aku teringat kisah semalam dia cakap tak jelas dan takut kena scam. 

Bila dia sampai dia mesej dengan call. Bila aku nak call balik tak boleh sebab dia dah setting dia je boleh call aku. Aku tak boleh call dia lagilah aku suspicious pastu bila jumpa driver tu lagilah tak sedap hati aku.

Sebelum jumpa tu aku teringat ada orang cakap kalau situasi macam tu elok ikut naluri sebab naluri ni kan Allah yang cipta dan aku fikir boleh percaya ke pompuan ni entah2 dia nak culik aku atau sebagainya,

Pasal gambar sebenar dia pun aku tak tahu, nak video call lambat lagi aku buat pasal aku ni jenis pemalu dengan member sama jantina pun aku malu video call kalau tak silap aku tu masa video call dengan member aku tu pun 6 tahun lepas. 

Kalau nak kira tak lebih pun 5 kali buat video call sepanjang hidup, tapi kenapa aku tak call dia awal2 eh pelik jugak.

Last tu dia marah2 aku. Dulu dipanggil sayang, adik, tiba2 jadi kau dan dia mengata dekat aku, alhamdulillah aku tak rasa apa2.

Aku minta maaf sangat2 kalau cerita ni macam berterabur dan panjang. Miyane. Gomen’nasa.

Aku pun malas nak baca balik kalau nampak tulisan tu salah faham2 je lah. Harap korang dapat ambik benda yang positif dan dapat tahu benda baru :)

– Ben 10 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit