Kerana Orang Ketiga II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kerana-orang-ketiga/).

Hi semua. Assalamualaikum. Baru terbaca cerita yang pertama dah di siarkan. Aku sebenarnya bukanlah suka menulis. Cuma tergerak hati untuk menulis untuk memberi pengajaran kepada pasangan suami isteri.

Btw, selamat mengundi rakyat Malaysia. Cerita ini ditulis semasa aku tengah bosan bertugas sebagai sukarelawan PRU.

Ok jom teruskan. Perkenalan Man dengan Esah baru sahaja 6 bulan. Di temukan secara tidak sengaja. Dan mereka telah bertukar nombor telefon. Mula-mula konon texting biasa. Kemudian keluar makan sama-sama dan akhirnyaaaaa…

Biar aku ceritakan apa yang berlaku sepanjang mereka bercinta tanpa pengetahuan aku. Man sangat mengongkong aku.

Nak keluar kena bagitahu semua maklumat. Kemana, dengan siapa, kena share location, kena selfie dan sebagainya. Kadang-kadang memang sampai bergaduh kerana aku terasa suami terlalu mengongkong.

Keluar dengan anak pun dituduh pergi dating. Keluar dengan kawan, apatah lagi. Aku bertahan walaupun sejujurnya aku rimas. Aku perlukan me time aku juga. Aku terlampau stress sehinggalah aku terpaksa mengikuti stress management therapy.

Semasa therapy, therapist ada bertanya, “Puan pernah ada me time? Pernah buat apa puan suka?”.

Aku tak boleh jawab sebab aku tak pernah ada me time. Dan tak pernah ada kesempatan untuk buat apa yang aku suka. Ye, masa aku sangat padat. Kerja, anak-anak dan keluarga.

Aku pernah bertanya kepada Man, kenapa dia curang? Jawapannya, kerana aku terlampau sibuk dan tidak punya masa yang banyak bersama dia.

Ketika suamiku terkantoi, aku tanya padanya, siapa Esah. Katanya Esah seorang isteri dan ibu, tetapi rumah tangga dia juga bermasalah.

Ketika peristiwa itu terjadi, katanya Esah dalam kes mahkamah, bahkan aku sendiri pernah bertanya kepada Esah. Katanya, dia telah diceraikan dab sedang dalam iddah.

Terkejutnya aku apabila mengetahui mereka merancang untuk bernikah setelah Esah tamat iddah.

Kakak, abang dan adik sekalian, apa yang aku patut rasa ye? Hancur berderai hati aku. Aku menangis. Aku tanya pada Man, apa kurangnya aku, sehingga dia perlakukan aku sebegitu.

Aku ajak mereka bersua muka. Aku nyatakan apa yang aku rasa. Esah berkali kali minta maaf. Katanya ini semua takdir Allah. Takdir??

Perlukah aku salahkan takdir?? Berdosakah aku kalau aku katakan ini bukan takdir, tapi kesalahan dan kebodohan mereka sendiri?

Dua kekasih tersebut telah mengaku kesalahan mereka. Tapi aku masih belum rasa tenang. Terasa sesuatu yang tak kena. Diam-diam, aku cuba korek apa yang aku boleh. Ketika ini aku kusut teramat.

Tapi aku kuatkan semangat aku. Dan..aku terjumpa sesuatu yang aku rasakan mereka telah melebihi batas.

Aku cuba slow talk dengan Man. Akhirnya, man mengaku telah bersama dengan Esah. Aku diam. Tak ada air mata untuk ku tangisi lagi. Aku panggil Esah. Aku ajak woman talk dengan dia. Esah mengaku. Beberapa kali katanya mereka bersama.

Aku tersangat marah. Aku katakan pada mereka, sekiranya Esah anak dara atau bujang, aku pasti izinkan mereka bernikah.

Tapi, Esah isteri orang. Esah seorang ibu, sama seperti aku. Mana mungkin aku paksa Esah bercerai hanya utk bersama dengan suamiku. Aku marah pada suamiku.

Bodohnya Man kerana sanggup berzina dengan isteri orang. Oh, aku pernah dituduh berzina ye. Tapi demi Allah aku tidak pernah buat perkara terkutuk tu.

Aku juga marah dengan Esah. Sanggup dia memperbodohkan rumah tangga dia. Malu aku dengan anak-anaknya. Allah.. Allah.. sedihnya aku hanya Dia yang tahu.

Akhirnya aku menyerah diri ke hospital. Pakar psikiatri kerana kondisi aku makin melarat. Aku cuba bunuh diri. Aku benci diri aku sendiri.

Aku salahkan diri aku kerana suamiku sanggup buat begitu. Aku terpaksa ambil cuti panjang kerana aku tak mampu berhadapan dengan sesiapa. Aku sakit.

Tidur malam terganggu. Menangis tak kira masa. Namun, depan anak-anak, aku berlagak kuat. Aku tunjuk akulah ibu yang paling hebat untuk mereka. Aku pura pura senyum supaya mereka gembira.

Mandi adalah me time aku ketika itu. Itulah masa aku menangis. Muhasabah diri.

Aku mula dekatkan diri dengan Allah. Tahajjud. Solat taubat. Istikharah. Aku buat semuanya supaya aku tenang. Aku lemah selemah-lemah nya ketika ini.

Cuti yang panjang aku tidak terasa mahu pulang kepada Man. Aku jijik. Bukan dengan Man, tetapi dengan diri aku sendiri.

Aku rasakan aku tak setanding Esah. Aku rasakan Esah melebihi aku dikala ini. Aku rasakan aku manusia paling malang sekali.

Ok. I need a break. Sedih ketika aku menaip kerita kali ini. Lagipun aku nak solat kejap. Waktu mengundi pun dah nak habis. Nak fokus kerja dulu. Nanti aku sambung lagi ya.

Terima kasih kerana sudi mendengar. Semoga semua dalam rahmat Allah.

– Ani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *