kerana REDHA ALLAH pada mereka.

Assalamualaikum semua..gementar pulak nk tulis kat sini..haha sebab sini antara tempat-tempat yang aku habiskan masa membaca dan menambah pengetahuan (?). Hati ini tertarik nk kongsi pengalaman setelah terbaca BANYAK post mengenai IBU, MAK, MAMA. Bagi pengenalan, mak aku garang..hehe..adik beradik 3 lelaki 2 perempuan and aku anak sulung.

Sejujurnyakan lah, aku faham perasaan confessor-confessor yang merasakan dirinya dipergunakan sewenang-wenangnya oleh ibu mereka. Faham sangat, macam takda nama lain nk sebut selain kita kan. Memula memang fed up, bayangkan baru habis kemas rumah, etc..tiba-tiba nama naik utk buat other chores. Tapi kan bagi aku la, bila mak suruh buat macam-macam tu, bukan ke maksudnya dia senang dengan kita? MEANS like kita antara ANAK yang dia senang nak suruh bukan sebab kita ni dia benci. TIDAK. Tapi sebab kita ni jenis tak membantah and buat je. Lagipun kalau kita ikhlas tolong mak kan dapat PAHALA FREE.. Sekarang aku macam faham kenapa la mak selalu suruh aku, sebabnya dia senang nak bercakap dengan aku. Sebab adik-adik aku jarang nk bercakap dengan dia. Aku pernah gak mengadu kat member baik aku psl mak aku tapi apa yang dia cakap tu buat ak sentap sampai hari ini. “Beruntung kau masih dapat dengar suara mak kau suruh kau macam-macam. Cuba ko tukar tempat dengan aku, mak aku dah takda weh. Takda sapa nk suruh aku buat macam-macam tu. Bersyukurlah beb sebab REDHA MAK AYAH KO TU REDHA ALLAH S.W.T JUGA. Sometimes we people often take things for granted. When it is gone, there is no coming back, no turning back”.

Merungut? Aku manusia weh, kekadang aku merungut jugak..tapi bila aku tengok balik muka mak aku masa dia tidur, aku rasa berbaloi aku penat untuk dia. Sebab dulu, dia penat jugak jaga makan minum aku sampai aku besar. Kalau nak dikira semua tu, apalah sangat dengan tolong dia buat macam-macam, basuh pinggan, beli barang. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan segala yang dia dah sediakan untuk aku. Mak marah pon sebab sayang. Tiada mak yang tak sayang anak, percayalah sebab ALLAH S.W.T dah cipta makhluk dia lengkap dengan perasaan sayang. Bersyukurlah kita ni kain buruk mak, at least kita masih berguna untuk dia. Buruk mana mak kita perlakukan kita, PERCAYALAH ALLAH S.W.T tu MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL, DAN MAHA MENGASIHANI. SESUNGGUHNYA MAK KITA TU SEBENARNYA ANUGERAH ALLAH S.W.T KEPADA KITA. Lagipun sekarang kita status ANAK. Bila status kita tu tukar pada EMAK/ABAH, percayalah kita sendiri akan faham kenapa mereka dulu buat kita macam tu.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1] Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad. Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda: “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]. Kalau tak cukup yang ini, DALAM AL-QURAN PUN ADA [LUQMAN 31:14] [AL-AHQAF 46:15]. KITA PEMBELA MEREKA, INGATLAH ANAK.

SEKIAN

– akak sulung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *