Kerasnya Hidup Berniaga

Assalamualaikum semua. Aku baru beberapa bulan berniaga. Tu pun berniaga terpaksa kerana mertua aku yang suruh kami jaga restoran mereka.

Mereka duduk di negeri lain. Kami pula di negeri lain. Mereka pula tiba-tiba membuka kedai di negeri tempat suami saya bekerja.

Jadi siapa yang perlu jaga restoran? Ha aku dengan suami akulah jawabnya.

Ekonomi sekarang merudum. Jadi aku memang terasa betul dengan harga barang yang naik macam nak gila.

Nak guna minyak botol pun aduhai terseksa betul. Macam manalah korang yang dah lama berniaga ni teruskan perniagaan?

Aku ni kalau ada ilmu aku okay lagi nak berniaga tapi memang aku kecundang bila kena paksa buat benda yang baru. Nak menangis pun tak boleh lama lama.

Sekarang aku cuma redha dengan ketentuan.

Cuma aku nak tanyalah kepada mereka yang berniaga. Macam manalah korang survive.

Aku kalau ikutkan nak jual murah tapi aku duduk dekat sabah semuanya mahal nak mati. Puas aku cari tempat untuk borong barang keperluan.

Aku ada juga bertanya di sana sini tapi tak dilayan juga. Entahlah memang aku selalu rasa nak menangis tengok sales yang makin lama makin menurun.

Aku ada buat food delivery pink tu tapi terkejut nya aku melihat harga dia. Tahu tak dorang ambil 33% interest then akan dikenakan 6% lagi cukai.

Memang sinilah lubuk rezeki aku tapi sekejap je. Bila aku dapat tahu interest selama ni aku salah kira. Aku ubahlah harga. Memang susah orang nak membeli.

Allahu. Kalau ni kedai aku saja. Aku okay tapi ni kedai orang. Yang tersepitnya aku. Bila untung sikit kami pula kena marah.

Jadi tolonglah wahai yang membaca. Tolong bagitahu aku tips berniaga dekat sabah terutamanya. Harga ayam paling murah RM12 sekilo tau. Memang gila betul.

Aku tak faham macam mana orang boleh berniaga dekat sini. Aku faham konsep rezeki tapi konsep kira-kira ni aku memang fail.

Bantulah aku bagi tips. Janganlah suruh aku berhenti sebab benda tu tak boleh nego. Selagi masih belum bankrupt kedai tu mesti berjalan.

Cuma aku risaukan pekerja kedaiku saja. Memang niat aku nak gajikan mereka dengan jumlah lebih tinggi tapi melihat pada kadar keuntungan. Aku rasa sedih sebab aku tak boleh buat sedemikian..

Aku mohon doa dan juga tips untuk berniaga in general dan juga tips berniaga di sabah.

– Peniaga Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *