Kerinduan Abah

Semalam hari bapa. aku tak sambut hari bapa. tapi bila terjadi perkara yang menyedihkan, aku jadi teringat sangat dengan arwah abah dan emak. Abah dah tinggalkan kami hampir 2 tahun. Emak dah tinggalkan kami dah masuk 9 tahun. Aku anak bongsu dari dua beradik. boleh bayangkan betapa rapat dan manja aku dengan mereka. Lepas emak pergi, aku betul-betul kehilangan, tapi aku masih ada abah. aku jadi lagi manja dan bergantung sepenuhnya dengan abah. masa belajar,kami terpaksa tinggalkan abah seorang kat rumah, tapi dia cool. sebab dia masih kerja. masih ade life sendiri. abah dengan aku rapat sangat. dia cerita semua dengan aku. kalau dia balik pejabat, mesti dia cerita apa jadi kat pejabat hari tu, dia pergi jumpa siapa, meeting kat mana. masa aku tahun akhir belajar, abah cerita pasal sakit2 yang dia ada. biasa lah makin berumur makin banyak sakitnya. aku ingat biasa2 je. lepas habis belajar, aku balik rumah, cari kerja. bila duduk serumah dengan abah sendiri memang seronok, lagi dimanjakan. ada gaji pun guna untuk berseronok je. semua nak, abah mesti bagi. bagi abah, anak dia ade 2 orang je, kat siapa lagi dia nak habiskan duit dia. walaupun duduk serumah,aku mesti call dia. paling2 pun sekali sehari masa kat tempat kerja. nak nak sakit abah makin kuat tapi dia masih kuat untuk bekerja. kata abah, kalau tak kerja duduk rumah takde buat apa lagi sakit. baik kerja, boleh jumpa orang. abah selalu sokong aku, tak pernah halang aku buat keputusan sendiri. dia segala-gala buat aku. aku pernah cakap dengan dia, aku tak nak kahwin sebab nak jaga abah. lepastu dia membebel lepas abah takde, siapa nak jaga anak abah pulak. abah pergi macam tu je. tiba-tiba sakit, masuk hospital. tak sedarkan diri dan pergi buat selamanya. bila dia pergi, aku rasa hidup dirampas, direntap. sakit kehilangan tu tiada tandingan. aku terlalu bergantung dengan abah,bila dia dah tak ada, aku lost. aku taktau nak buat apa. aku taktau cari nasihat dengan siapa, aku taktau nak mengadu dengan siapa. siapa yang boleh sayang aku macam abah? tapi sekurangnya sebelum dia pergi aku sempat minta maaf dengan dia. mungkin Allah gerakkan hati aku untuk minta maaf dengan dia masa dalam wad. sekurangnya aku ada ketenangan di situ. hari tu, aku cuma pandang dia dan terasa aku tak cukup baik sebagai anak dia. dosa-dosa aku buat selama ni, dia yang tanggung. zaman-zaman sosial aku, apa yang pernah aku buat belakang dia. aku datang dan peluk dia, cakap minta maaf sampai nangis.. abah pun pelik. tapi abah happy go lucky. dia cakap dia maafkan semua salah anak2 dia. 3 hari lepas tu, abah pergi.

walaupun abah dah tak ada, Allah bagi aku kekuatan nak menghadapi hari seterusnya. aku masih boleh tersenyum. sebab aku redha dengan ada dan qadar. walaupun ada hari aku menangis bertanya kenapa aku? kenapa abah pergi? ada hari aku menangis teruk kerana rindu terlampau. lepas 2bulan abah meninggal, aku kahwin. sebab aku taknak abah terseksa dalam kubur tanggung dosa aku. selesai akad nikah, hati aku lega,sekurangnya mereka tak terseksa sebab aku. itu lah semampu aku buat. perkahwinan aku bukan tidak dirancang, cuma dipercepatkan.hati sentiasa bersangka baik dengan rencana Allah. cuma kadang, bila ada masalah atau aku sedih, suami tak sama macam abah. cinta suami takkan pernah sama dengan kasih sayang abah. cuma Allah bagi pengganti agar aku tak keseorangan.

rumahtangga mana tak dilanda badai, cuma kadang-kadang aku terfikir, kan bagus kalau abah ada.

– missing daughter

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *