KERJA
Assalamualaikum admin dan pembaca sekalian. Mohon pendapat anda semua. Aku rasa give up sangat. Aku rasa diri aku susah, tapi aku yakin ada lagi susah dari aku. Aku kerja kerani je. Dah 6 bulan kerja. No allowance !!!!! Perubata pon takda hokay. Selama 6 bulan ni gaji bersih aku RM1000.00 sahaja. Dengan kehidupan sekarang aku rasa susah nya nak rotate duit aku ni.
Bukan aku tak bersyukur, alhamdulillah aku diberi pekerjaan, tapi aku tak dapat nak bagi parents aku duit. Aku sampai pinjam kat mak, abah, adik aku duit. Parents aku bukan orang senang. Tapi alhamdulillah ada la juga duit untuk makan.
Sebulan aku kerja, aku beli kereta. Ni aku dah fikir panjang. Tapi kereta tu keperluan aku ke tempat kerja dan untuk bawa parents aku kemana-mana. Beli kerta paling murah je. Aku fikir, kalau aku tak beli kereta, macamana nak pergi kerja, macamana nak hantar adik aku check-up. Btw adik aku memang kene pergi check-up kat hospital besar setahun 4 kali. Sebelum ni pinjam kereta orang je.
Untuk gaji aku RM1000.00 tu, aku dapat bayar kereta RM500.00.. Then duit minyak, makan. Saving pon tak dapat, nak bagi parents pon tak dapat.
Ya Allah, kecikkan nilai matawang sekarang ni. Aku sedih sangat. Kalau time kereta kene service, memang hujung bulan kene mintak parents duit.
Aku nak kerja lain, tapi kerja sekarang ni kan susah nak dapat. Mohon doakan aku dimewahkan rezeki.
– Farha