Harap admin approve post ni.
Aku seorang student tapi bukan student uia laa.
Aku suka menjahit. Dulu cita2 aku nak jadi fashion designer hahah. Aku memang suka jahit2 baju ni..
Tapi mak ayah aku tak suka sangat.
Result spm aku dulu boleh kata teruk jugak lah, Tak dapat mana2 tawaran sambung belajar ke ipta, aku dapat kolej swasta, tapi sekarang dah naik taraf jadi universiti.
Aku bukannya nak belajar sangat, aku takut bila aku masuk ipt ni aku tak dapat nak bawak, aku takut aku hampa kan lagi mak ayah aku macam time spm dulu. Aku tau, aku tak pandai macam adik beradik yg lain..
Selalu kena compare, selalu kena marah, apa yg aku buat semuanya tak kena. Hmm..
Takpe, aku faham ..
Tapi Alhamdulillah setakat ni setiap sem pointer aku 3.0 above tu pun aku dah bersyukur sangat2..
Tapi still kena compare, abang aku pointer dia 3.8 something, aku pulak 3.5 macam tu je.
Mak ayah aku memang selalu lebihkan abang aku.
Aku ni siapa lah kan.. Tak layak pun dapat attention daripada diorang.
Bodoh pulak tu. Hmm
Aku ambil diploma je. Aku fikir lepas ni aku tak nak kerja, aku nak menjahit. Nak jadi tailor..
Aku memang suka sangat menjahit, tapi mak aku macam tak suka. Dia nak aku kerja jugak lepas habis belajar ni.
Masalahnya aku masuk sini belajar pun sebab diorang yg suruh, aku ada jugak keinginan aku .. Ikutkan aku memang dah malas sangat dah nak belajar, tapi sebab fikir diorang tu mak ayah aku je.
Hina sangat ke nak jadi tailor?
Tau lah kerja ni apa lah sangat nak dibandingkan dengan orang lain, jadi doktor, engineer .. Gaji beribu.. Compare dengan kerja yg macam ni, memang orang takkan pandang pun.
Otak aku ni bukannya pandai sangat bab2 nak belajar ni. Aku fikir lepas ni nak buat bisnes. Malas nak kerja dengan orang.
Ikut lah orang nak cakap apa pun dekat aku, aku tak kisah.
Tapi ni parents aku sendiri yg jatuhkan semangat aku, nampak gaya memang diorang tak suka betul aku menjahit ..
Adik beradik aku pun membahan aku, cakap macam2.. Aku tahan sabar je ni ..
Aku tau aku dah tak boleh nak bergantung dekat sapa2 lagi dah.
Sekarang ni aku hanya boleh bergantung dengan diri sendiri je.
Aku harap aku boleh terus bertahan..
Takpe, one day aku akan bukti kan jugak tak semestinya jadi seorang tailor ni tak boleh berjaya.
– kakak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit