Kerja Cashier 3 Hari

Assalamualaikum semua dan selamat berpuasa. Nama aku liya,umur 18. Cerita yang aku nak sampaikan ni berkaitan pengalaman aku jadi cashier untuk 3 hari. Kenapa 3 hari je? Nanti korang akan tahu sendiri.

Kisahnya bermula bila aku habis spm.biasalah selalunya budak habis spm akn cari kerja untuk duit poket. Aku pon bukan jenis orang yang mengharapkan duit ibu ayah walaupun aku masih dibawah tanggungan mereka.so bermulalah misi aku mencari kerja.fuhh baru aku tahu betapa susahnya nak cari kerja. Lagi2 aku duduk dekat pekan je, and peluang pekerjaan tak byk macam kat bandar. Macam2 tempat aku apply dari supermarket besar sampailah ke kedai kecil.lepastu dapat call dari supermarket ni suruh aku dtg interview. Aku pon okaylah cuba je nasib. Waktu interview tu aku confident aku boleh dapat sbb dari cara aku jawab mcm yakin gitu.hahaha tapi hampehh.aku tak dapat pon kerja situ, maybe ada something yang kurang pada aku. Tapi aku redha je, takdelah frust bagai.

Lepastu aku try pulak apply kat kedai kek, kedai fon tapi semua tak dapat. Balik2 suruh isi number and nama. Call nyer idokk. Nak tunggu dia call tu punyalah excited mcm kau tunggu bf kau call,walaupun aku takde bf..hahaha tapi tulah, tunggu punya tunggu tak call2 pon. So aku cari tempat lain.aku apply pulak kat another supermarket. Kat tempat aku ni ada 2 big supermarket,so setelah yg first tu aku kena reject, besarlah harapan aku untuk dapat kat supermarket ni. Kira macam ni jelah peluang kerja yg terakhir.so aku pon gi interview. Kerja supermarket je pon ade interview ko! Supervisor tu tanya soalan biasa2 je pasal family, pasal study apa semua. Pastu dia cakap aku nak kerja bahagian apa. Aku cakap tak kisah,yang mana ada kosong. Dia kata tinggal cashier je ade kosong,yg lain dah penuh.aku pon okaylah jadi cashier, gaji pon boleh tahan besar.

Lepas seminggu macam tu dia call, bagitahu aku dapat kerja. Happy gila aku time tu. So bermulalah hari pertama sebagai pekerja which is the beginning of my nightmares.sebagai pekrerja baru,aku dilatih oleh kakak2 cashier yg pada pandangan aku kerek giler(bukan semua ade jugak yg baik).dia ajar aku macam nak taknak and dari expression muka dia pon aku dah tahu dia malas nak ajar aku. So tugas pertama aku adalah lipat plastik. Well pasaraya lain aku tengok takdepun kena lipat plastik, tapi pasaraya ni pelik sikit.masa aku lipat plastik tu,ada customer nak bayar.waktu tu aku duduk jelah lipat plastik lagi, pastu akak cashier tu tegur..kalau ada customer kena diri. Aku pon baru perasan kesalahan aku and cepat2 berdiri.

Yang jadi masalah besar kat sini ialah kakak2 cashier yang perasan bagus pastu kuat mengumpat.kakak yang tegur aku masa aku tak bangun tu memang kerek. Waktu tu dia jadi packer and ada customer tapi dia tak bangun pon.pulak tu boleh pulak bersembang dgn budak kaunter sebelah. Aku macam..ehhh bukan haritu kau kata kalau ada customer wajib bangun ke. Ni ape citer pulak? Aku tak kisah kalau kena tegur bila buat salah, tapi aku paling menyampah bila orang yang tegur tu buat boleh pulak. Tu satu, kakak2 cashier kat sini kuat mengumpat. Kat kaunter sini dia ngumpat pasal budak kaunter sana. Kat kaunter sana dia ngumpat pasal budak kaunter sini. Orang cakap bermuka muka. So aku sebagai orang baru selalulah jadi tempat dia buruk burukkan orang. Kalau dia boleh cerita buruk orang lain kat aku, tak mustahil dia boleh cerita buruk pasal aku kat orang lain.

Lagi satu yang aku perasan, diorang ni semua tak solat. Ada yang solat tapi berapa ketul je, itupon takut2 nak solat sebab takut akak senior tahu.maklumlah jadi cashier ni kau kena sentiasa bukak kaunter, tak boleh tutup suka hati.aku nak solat pon rasa serba salah sebab bukan aku sorang jaga kaunter.aku budak baru, so ada kakak yg guide aku dekat kaunter.sepanjang 3 hari tu memang aku tak solat dan aku rasa berdosa sangat. Dahlah aku tengah tunggu result spm, aku takut kalau dosa aku ni bagi kesan kat result spm aku .waktu ni aku memang dah nekad nak berhenti. Oh ye aku lupa,sepanjang aku jadi cashier,dah banyak kali jugak aku scan arak which is haram hukumnya.aku dah search kat internet and siap tengok youtube lagi sebab nak dapat kepastian. Memang betul,haram hukumnya.aku takut sebab secara tak rasminya aku tergolong dalam 10 orang yang dilaknat allah kerana terlibat dengan arak.allahu aku tahu aku berdosa.

So esoknya aku beranikan diri jumpa supervisor.aku bagitahu dia aku nak berhenti sebab aku nak tolong ibu aku berniaga. Aku tahu bohong tu salah, tapi aku dah tak jumpa alasan lain untuk menampakkan aku berhenti dengan cara baik. Mula2 supervisor tu macam marah aku, tapi aku dah buat keputusan muktamad. Dia pon terima tapi aku tak dapat satu sen pon gajilah.aku okay je sebab aku percaya rezeki tu di tangan allah. Bila dah berhenti aku rasa lega sangat..and alhamdulillah result spm aku pon cemerlang walaupun tak dapat straight A. Mungkin semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Allah jentik hati aku untuk berhenti kerja situ sebab allah nak yang terbaik untuk aku. Sampai hari ni, aku tak pernah menyesal berhenti kerja dan dalam masa yang sama, aku bersyukur sebab dapat pengalaman bekerja walaupun 3 hari je

Pesanan aku untuk semua, tak kisah pekerjaan apa yang kita buat sekalipun, jangan abai tanggungjawab kita pada Allah. Dan pastikan gaji kita bersih dari unsur gharar(tidak sahih). Sebab duit tulah yang akan jadi darah daging kita..kalau halal sumbernya,insyaallah segalanya akan dipermudahkan.

– Liya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *