Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab beri peluang utk aku confess. Waktu menaip ni aku baru bangun tidur (jam 12pm). Punya teruk puasa aku kali ni Allah swt saja yg tahu. Mana tak nya lepas sahur td aku baru balik dari kerja (monitor concreting). Terawihnya langsung hilang kemana. Ruginya aku Ramadhan kali ni.
Sebelum aku panjang lebar lg, aku kenal kan serba sedikit ttg diriku ttg kerja ku. Aku graduate dari USM dlm dua tahun lepas. Lepas graduate aku pun dapat kerja sebagai seorg site engineer(jurutera tapak) dekat satu company yang bukan Islam 100%. Aku xsalah kan mereka dlm bab tidak tahu lgsg psl Islam sbb tugas kita seorg muslim yg perlu educate mereka apa itu Islam. Tp kdg kdg tu aku jd sedih bila org Islam sendiri yg xmenunjukkan yg dia tu seorg Islam. Dan yg paling teruk kalau kerja dengan company mcm ni mereka akan sesah kau mcm kau xda limit. Tiap tiap hari masuk 8.30am balik 3am. Korg jgn fikir OT eh. Biasanya level engineer OT xde tau. Kalau mcm aku dorg bagi belanja makan saja. Teruk kerja construction. Mental n fizikal sama sama kena kuat.
Aku sudah bekerja selama 2 tahun dlm sektor pembinaan ni. Mungkin bg mereka yg dlm sektor yg sama akan cakap aku masih mentah masih muda dlm sektor ni. Ya aku mengaku dlm menimba ilmu kita xkan pernah menjadi pandai sbb lg kita banyak belajar lagi banyak yg kita tak tahu. Pasal ilmu ditapak bina aku xmahu cerita. Tp dlm tempoh 2 tahun aku byk melihat betapa kotornya sektor pembinaan ni. Kotor ni bkn maksud kotor bermain tanah, berpeluh, main concrete. Aku akan cerita kotor yg ku maksudkan. Dari atas sampai kebawah. Dari top management sampailah ke kongsikong (buruh tapak bina). Niat ku bukan mahu buka aib seorg yg bekerja di tapak bina. Tapi hanya ingin membuka mata golongan kita.
Dalam suasana kerja ku ada beberapa jenis manusia yg bg aku semua celaka(maaf aku xtau nk kasi yg sopan). Rasuah, main perempuan, main nombor ekor, minum arak kalau xda semua ni bukan tapak pembinaan lah. Aku cerita sedikit pasal org yg suka ambil rasuah. Hadiah, under table, minta rokok berkotak kotak, saguhati, dinner, lunch, semua jenis ni bg aku adalah rasuah. Aku xfaham kenapa perlunya ada amalan rasuah ni kt site. Aku cuba elakkan benda ni berlaku dgn bt xlayan bila dorg minta. Biasanya yg minta ni bkn secara direct tp kita boleh perasan pasal tu bila kerja kita betul tp asyik kena kacau benda tu xkena benda ni xkena. Yang minta secara direct pun ada. Jenis ni mmg muka xtau malu lgsg. Malu aku bila yg paling suka amalkan adalah org Islam sendiri bangsa aku sendiri. Alangkah indahnya kerja kita bila rasuah langsung xdiamalkan.
Pasal main perempuan ni aku xmahu cerita sbb benda ni aku xpernah nampak itu antara dia dengan Allah swt. Seterusnya org yg suka main nombor ekor. Di site biasanya ada seorg yang aku rsa dia ni tukang beli nombor ekor. Benda ni mcm xda apa yg salah kt site. Kdg tu ade sorg yg menang mgkn beribu n ada yg puluh ribu. Esok nya ada lah KFC berbucket bucket kt site ataupun Redbull berkaton. Sedih bila fikir bagi anak bini makan dgn hasil begitu.
Bg aku bila bergaul dgn org mcm ni kt site janji dia xkacau aku sudah lah. Mungkin Allah swt sudah tarik hati kecil mereka untuk jd sangat keras hati. Inilah environment kerja ku. Mahu ke xmahu ke aku terpaksa lalui nya untuk kelangsungan hidup. Kadang kadang bila fikir balik aku nak je berhenti kerja ni. Mungkin sedikit pesanan dari aku kepada yg baru ingin memilih haluan kerja hindarkan kerja site.
Sayu sungguh Ramadhan aku tahun ni.
-Bayuberduri-
– Bayuberduri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Ashraf Press
Sabarlah..maybe ujian dr Allah swt pada kita..nak tgok kuat tak kita..dan apa yg kita bole buat untuk menjadikan tapak site lebih baikmm
Saya minta tuan.. Hadirkanlah diri ke seminar IMKK dr azizan utk kenali potensi diri..
penah dah rasa, skrg resign buat business online
all the best. kerja memang kena kerja, tapi bila ada peluang or time cuti, guna masa tu sehabis baik. utk diri sendiri, family, utk pencipta ☺️
nak cuti raya pon tak senang hati sebab tak boleh cuti lama, site cuti kejap je ikut subcon. sy dah rasa cukup la dgn construction ni
Penah rase. Dulu aku kije kt sebuah hotel kt kL..mse tu awl kawen. Hotel tu pulak 1 building dgn opis laki aku so mse tu aku aggp sbg rezeki la kan dpt kije situ. Lepas 4bulan kije, ade police rush kt hotel tu. Ade underground punya pelacuran. Aku terkejut gile. Bile duk sembang2 dgn senior opis, & operation manager – dia cakap yg income drpd ayam2 tu pn masuk revenue hotel. Depa ade satu level khas utk ayam2 tu sume. Start drpd tu perasaan aku berbelah bagi. Suami plak cakap ikut suke aku nk terus kije atau benti je terus. Then bile dpt taw aku peknen, aku nekad utk benti kije. Biarla hidup hnya cukup2 mkn je xmampu nk bermewah2. Asalkn income yg masuk tu bersih. Skrg aku hnya surirumah berdegree. Jaga anak sendiri xde nk risau sakit demam anak. Mkn minum dia terjaga. Xde bercampur dgn budak2 lain yg mungkin bwak penyakit. Umo dh setahun 2bln pn baru sekali je demam. Mgkin ni hikmah yg Allah bg bile aku decide utk benti kije dlu.
Ya aku faham..sbb ak juga bekerja seperti dikau…tambah2 bulan puasa tgk manusia yg xpuasa di site..dari yg pangkat besar sampai ke bangla, nepal..kuatkan iman,kuatkan hati,nescaya terjaga diri…
Faizah Zakaria
Sebnrnya..sush nk jawab…trngok dpt env macam mana kan..tp i love my job….my site.my all.hahaha
Faizah Zakaria been there before.. keje site memang banyak menguji. Pasal rasuah dengan main perempuan tu memang wujud. Pernah jumpa dengan orang yg ada title haji bagi rasuah untuk dapat projek.Jadi semua atas diri sendiri. Pasal terawih, tak dapat buat dekat masjid, dekat rumah atau opis boleh. Sama jugak dengan baca al-quran. Boleh baca dalam kereta atau dekat opis. So,kena pandai manage sendiri masa. Apa pun semoga confessor ni bertabah.
Suhaimie Hamad amek baca ni. Amek pngajaran hahah
Alhamdulillah..ak bersih sewaktu li..walaupon duit petycash sllu xckup pupah tapau..hahaha
*pipah
Dok baik mi fitnoh aku ??
Ak sruh mu baca utk mu nok keje nati2
InsyaALLAH undercntrol..haha
Teruskn hdup amal maaruf nahi mungkar. Ingt hri mati tak kira bila n di mna, jga solat n jgn tglkn al quran..bawalah rezeki halal n berkat utk famli..semoga allah merahmati
Saiful Sani
Mintk3 lah tk keje dlm suasana cmtu nnti
Amad Aizuddin Goden
Oi.apsal ko tag aku? Hahaha
Haha ko kan dlm bidang ni haha
Hehe..bak redbull sekatun daus. Haha
Yang xboleh trima, dok minta “belanja” makan tu level2 haji.. Belanja tu klo ikhlas kita nk belanja tp klo meminta2 tu..hermm..kalau x belanja, mmg keja kena kacau la..xda salah pon, sengaja cari salah lain..huhu..
Pasal main pmpn tu..bkn tktau…sedihnye. Ade org tu cite, kje site construction cmtu la. yg kkitgn kerajaan pn sme kuat p siam. Lyn pelacur. Pastu jnis main pmpn pastu share2 kt grup wasap gmbar pmpn pelacur tu sblm n slps bersama. Bini2 kt umh baikkk sgt. Lgsg tktau kte suami dye duk bt kje setan kt bklng. Yg dh tua2 pn sama ja. Ya allah rosak la ank2 muda yg nk baik2 skit tu. Hbess jd culture shock klo d klilingi org mcmtu.plk tu dok Join grup wasap share pglmn loklaq depa dlm tu.
Shahrah Man
Syaiful Nizam..jg2..jgn terjebak..rezeki yg halal je untuk family..
Bersabarlah.. semuanya dari diri kita sendiri juga…
Ku paham..moga ada rezki kat tmpat lain.byk2 la doa
Setiap peringkat ada ujiannya, setiap pangkat ada cabarannya, tuan perlu bnyk bergaul dgn org seperti mereka utk tarik mereka. Barangkali masa muda mereka selalu begitu..tuan bukan saja boleh lihat di darat, di laut udara semuanya ada
Aku nak mencelah. Aku pun graduate civil engineering. Aku penah dgr cita dari ramai senior senior yg keja dlm bidang pembinaan ni. Aku mengaku, apa kau ckp ni totally tepat 100% . Sampai tahap ada senior ni dah tak tahan then dia benti dari keje civil ni then dia berniaga. Lesen dia, dia lelong je. Tapi dia lelong bukan ikut suka hati je. Dia pastikan orang yang beli lesen dia tu orang yang bebas dari benda benda syaitan ni. Dia pesan, ko dah masuk bidang ni, iman kau, mental kau semua kena padu. Dia kata kau nak jumpa orang macam syaitan ni terutama yg Islam dlm bidang ni mmg mudah sngt. Bersepah kau boleh jumpa. Tp dia ckp, terpulang ah kat diri kau. Kau ah yg tentu semua benda. Iman kau. Mental kau. Kau yg kena kawal. Btw, goodluck kepada semua yg terlibat dalam bidang ni. Moga kita tabah. Aamiin.
Brader Zam
Carilah kerja lain.
Muhamad Alif
I feel u bro/sis. Tempat aku keje jadi kuli pun ade mcm nie. Tapi saya x kuat, saya decide utk berhenti.
Zulhilmi Kasim
Azmeen Azlan
Fatimatul Asma
Emma Zulaiha Zulkifli
Ahmad Taufiq Rosli
Habib Lokman
Sempat gk merasa kje site dlu.. Masuk kul 8 balik kul 2 pagi centu. Mengantuk tk yah ckp. Sampai boleh terlelap atas motor. Haha
Benda2 yg hang list kan tu mmg ade.. Kuat dgn xkuat je. Yg mtk duit / hadiah pn ramai. Melayu. Orang kita. Malu. Agk2 kalau nk try keje baru try la pm. Nty aku tlg passkan cv kt HR. Tp kje consultant firm la. Ade rezeki nty dorang panggil. Try nah
Fatin Nabilah Mansor teringat cite kau
Serious its so true.. Baru ni lepak ngn bdk site ade lagi cite..bahahaha
Nurfaten Nabila Rose Shazilah Nurul Sabihah Mohd Noordin habis la bakal bakal site engine nii
pernah intern dekat construction company. mmg macam tu life dorg. Hari tu dorg ada ajak pergi karaoke , hahaha.. mmg tak la nak pergi..