Kerja Part Time – 11:29 PM

Kerja Part Time – https://iiumc.com/forumv2/

Assalamualaikum. Thanks admin if sudi baca. Terpulang admin nak share atau tak. Just nak luahkan ape yg dirasa dalam hati ni. Nak post kat fb takut ramai yg kecam kata aku acah² alim. Lagipon aku nak jaga hati banyak pihak. Taknak disebabkan aku post benda macam ni dekat wall fb aku, ramai hati yg terguris atau ramai salah anggap dengan aku. So sape yang kenal aku, tolong husnuzon. Aku hanya nak luahkan apa yang terbuku kat hati.

Ringkasan. Aku student final year course engineering. Background family, ayah pesara mak tak bekerja so life biasa² je tak susah tak kaya. Before ayah aku bersara, aku agak senang jugak la. Boleh dikatakan tiap² bulan ayah aku kasi duit tambah lagi dengan duit ptptn. Suku dari duit ptptn yang aku pinjam tu aku simpan dalam bank incase aku terdesak perlukan duit. Then after ayah aku bersara, aku tak la senang macam dulu. Maknanya ayah aku takde la bagi aku duit macam dulu. Makan pakai semua cukup je cuma biasalah kita manusia biasa, aku ada keinginan untuk makan sedap², berjalan sana sini, beli barang² yang aku ingini. So aku decide kalau aku nak semua tu aku kena usaha sendiri carik duit jangan susahkan mak ayah minta duit. So aku buat part time keje. Aku bagitau mak aku je sebabnya mak aku sporting. Kalau aku bagitau ayah aku mesti dia tak kasi, mesti dia suruh aku focus study then dia kasi duit kalau aku tak cukup. Sebagai anak aku malu nak minta duit kat parents lagi² mereka dah tak bekerja. Kesian. Cukup lah parents aku focus kat adik aku yang nak masuk universiti, aku taknak tambahkan beban lagi. Mungkin akan ada yg cakap, "dah tahu susah tak payah la nak beli macam²".. tapi kan aku cakap aku manusia biasa yang ada keinginan nak makan kfc, pizza, nak beli baju elok² sikit, berjalan dengan member². Maybe ade jugak yang bercakap "ambik la duit ptptn yg aku simpan dulu". And of course no! Bukan jenis aku dah menyimpan duit kat bank then disebabkan nak enjoy aku pergi korek balik. Menyimpan demi masa depan. So aku kena usaha sendiri lah as long pelajaran aku tak terabai dan tak menyusahkan mak ayah. I have big dream after graduation. Boleh la aku menyimpan skali duit part time aku.

So aku pon buat lah part time keje dekat satu tempat ni. Letih. Tapi takpe sebab aku kena usaha benda yang aku nak. Alhamdulillah ok je cuma jadi tak ok bila aku dapat tahu tempat aku bekerja tu ada hidangkan arak kepada non-muslim. Mula² aku anggap takpelah sebab serve dekat non-muslim, kalau muslim baru dikira bersubahat. Sebabkan aku rasa was-was, lepastu aku ni ilmu agama tidaklah terlalu tinggi, aku bertanya pada ustaz dan ustazah. Dan jawapannya HARAM. Ustazah tu cakap walaupon contoh lori carlsberg berada ditepi jalan sebab tayar pancit dan kita bantu betulkan tayarnya tetap haram. Malahan ustaz juga cakap, semua pekerjaan berunsur arak adalah haram walaupon guard kilang itu. Disebabkan aku nak kan keberkatan, aku decide untuk berhenti (tak bermaksud sapa yang terus bekerja tu duit gaji tak berkat. Mohon jangan kecil hati). Mungkin Allah tengah uji aku sama ada aku lebih utamakan hukum ataupon duit. Dan for sure aku utamakan hukum. Aku tak pasti kenapa dalam hati aku rasa kecewa sangat. Sampaikan aku keluar awal dari library bila dapat tahu. Mood aku totally hilang. Aku tak pasti aku kecewa sebab ape. Maybe sebab lepas ni aku dah takde side income so planning nak menyimpan dah tak boleh, planning nak beli macam² dah tak boleh, mungkin juga sebab aku kecewa tempat tu serve arak, mungkin jugak aku kecewa sebab arak berleluasa kat negara kita ni. Aku tak pasti tapi yang aku tahu aku rasa kecewa sangat. Aku berniat baik nak carik rezeki halal. Lepas ni aku tak tau nak kerja kat mane. 7e, speedmart semua tu pon melibatkan arak jugak. Itu je yang aku nak luahkan, nak luahkan kat member maybe macam entah ape-ape je benda kecik boleh rasa kecewa tapi jujur aku memang kecewa. Cuma aku tak pasti sebab apa aku rasa kecewa sangat. Aku harap kalau ada yang kenal aku sapa, kalau ada yang senasib dengan aku dan masih terus bekerja jangan terguris hati. Maaf, niat aku hanya mahu meluahkan kecewa di hati ✌

– Sis Kecewa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *