Asalamualaikum. Aku ni memang minat baca confession kat sini. Sebab sometimes boleh motivate aku utk jadi lebih baik. Dah banyak melalut kan? Haha. Aku terpanggil utk share apa yang aku rasa berkaitan isu kerja rumah. Aku anak kedua dari tiga beradik , perempuan and now dah kerja. Tp dri kecik mmg aku yang banyak buat kerja rumah. Atas aku , kakak and dia memang sangat sangat pemalas. Dia akan berkira kalau buat kerja rumah. So dia just buat suku yang lain memang mak suruh aku settle.
Masa kecik kecik dulu sampai satu masa aku macam nk lari dari rumah sebab aku memang rasa penat sgt sebab kene settle sume bende. Mcm aku nie kecik lagi kot tp aku dah macam budak besar kene buat itu ini. And aku rasa sampai fed up dengan life aku. Korang paham kan perasaan aku cemana? Hmm
Masuk sekolah menengah family aku ada prob dgn duit and mak aku kene buat kerja sampingan utk tampung perbelanjaan bulanan. Korang tahu kuih tiram yg disira dengan gula? Ha kuih tu la yang mak aku buat. Ramai pulak org tempah. Bahagian aku ialah mengoreng and sira dengan gula. Time tu form 3 aku memang busy dengan kelas tambahan and aku tuisyen sabtu ahad. So aku memang tak banyak rehat. Weekdays aku salu balik ptg sebab stayback study grup dengan budak kelas.
Aku ingat lagi time tu mak aku ada tempahan and aku kene tolong mak aku mengoreng kuih tiram tu. Even aku tengah study sejarah. Sebab kan kesian dengan mak aku. Aku tlg mengoreng dengan bawa buku rujukan sejarah pi dapur. Mak aku pun cakapla kesian kat aku sebab sambil baca and sambil tlg mengoreng. Tp mmg takde pilihan kot. Sbb mak aku pun kelam kabut dok menguli and mengelek kuih tu.
And alhamdulilah aku berjaya time pmr tu. Berkat aku banyak tlg mak aku and tak merungut even time aku study kene tolong mak aku. Naik sekolah menengah aku mcm dah matured skt. So aku xbyk merungut la sbb aku kene buat byk keje rumah ke apa. Maybe sbb dah biasa kan. So kalau dah down sgt. Aku menangis la lepas tu hahaha.
Lepas spm aku dpt study kat ipts. Time tu memang aku rasa bebas gila sebab aku dah tak payah buat kerja rumah. Bole bangun lambat (bgn subuh lepastu tido balik ) kalau agak malas nk basuh baju. Aku dobi je baju baju aku tu. Haha. Weekend je la bila balik aku kene buat kerja rumah sikit sikit. Tp mcm takdak hal sgt laaa.
Aku mcm agak stress bila time aku exam and weekend aku balik umah. Even besok nya (isnin) aku ada paper pukul 9 pagi aku tetap jugak kene tlg mak aku settle kerja rumah. Aku bole la skip study mcmtu. Tp mcm aku tak sampai hati la tgk mak aku buat sume sedangkan aku ada kat rumah. Solution nya aku kene balik kolej awal. And aku study sampai pagi. Ha settle masalah. Tp make sure before balik umah aku dah study jugak. So balik kolej balik tinggal selak mana penting je. Haha
Main point kat sini, kerja rumah sebenarnya tanggungjawab. Tak kira la kau laki ke pempuan. Kalau kau ada humanity kat mak ayah kau. Takdenya korang nak biar mak korang buat kerja rumah semua kan. And kau sendiri tahu mak ayah kau dah tua banyak penyakit and xbertenaga mcm masih muda dulu. Dah banyak sgt aku mengomel nie. Hadam baik baik gais. Selamat hari rayaaaa!
-Bakal menantu pilihan mak awak
– Bakal menantu pilihan mak awak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
X hbs lg ke citer kerja rumah?