Kerja Tetap atau Berniaga Full-time?

Assalamualaikum semua. Nama aku Aisyah (bukan nama sebenar), berasal dari Penang. Berumur 42 tahun. Aku merupakan ibu tunggal, ada dua orang anak lelaki berumur 7 dan 14 tahun.

Aku bercerai dengan bekas suami aku 10 tahun yang lepas atas sebab-sebab keselamatan. Masa berkahwin kami jarang bergaduh dan sangat menyayangi antara satu sama lain.

Cuma, aku perlu keluar dari perkahwinan tersebut untuk pastikan anak-anak aku selamat dari kegiatan bekas suami aku.

Aku dah tolong untuk dia berubah, samada sokongan moral dan kewangan. Tapi bekas suami tetap tidak berubah dan memilih jalan begitu.

Dalam tempoh 10 tahun itu, aku tempuh hidup dengan anak-anak aku bersendirian, tiada nafkah dari bekas suami tapi alhamdulillah aku dapat sokongan dan semangat dari keluarga aku.

Jika ada masalah seperti anak sakit, aku outstation.. adik beradik aku cepat hulurkan bantuan. Alhamdulillah.

Selepas bercerai, rezeki aku dan anak-anak aku sentiasa ada. Aku merupakan Wanita bekerjaya di sebuah syarikat yang agak besar. Fokus aku dalam tempoh 10 tahun tersebut lebih kepada kerja dan anak-anak aku.

Selama tempoh tersebut juga aku telah naik pangkat sebanyak 3 kali dan gaji yang lebih dari 5 angka. Rezeki anak-anak.

Kehidupan aku sentiasa ada pasang surutnya. Benar kata Allah. Setiap kesulitan beserta dengan kesenangan.

Aku juga perlu mengadap rakan sekerja yang sentiasa mencari kesalahan aku. Ada masanya boss aku back up, ada masanya aku kena marah tanpa sebab.

Tapi aku sentiasa husnuzon. Aku hanya hendak bekerja untuk menyara kehidupan aku dan anak-anak. Oh ya. Aku juga menjaga papa aku, manakala mama aku telah meninggal dunia 8 tahun yang lepas.

Di pejabat, aku merupakan pekerja lama dan hampir 90% adalah pekerja baru yang silih berganti. Manakala CEO dan pengurusan tertinggi masih orang yang sama.

Sehingga sampai satu masa, aku rasa tindakan beberapa rakan sekerja melampau. Cuba untuk mencari kesalahan aku, memperbesarkan isu yang kecil dengan harapan CEO akan marah aku.

Aku faham CEO aku cuba untuk berlaku adil. Bila kena marah, aku telan sahaja.

Lama-lama self-esteem aku hilang. Aku rasa yang diri aku ni tak capable untuk buat kerja tersebut walaupun banyak sumbangan yang telah aku buat pada syarikat dan HQ aku juga recognize apa yang aku buat.

Aku diberi tugas yang sangat penting, berjumpa VIP dan uruskan beberapa event syarikat.

Dan aku tahu, ramai tidak senang dengan apa yang aku buat. Tapi aku cuba bertahan dan tidak bersangka buruk dengan orang.

Macam CEO aku selalu pesan, don’t doubt your superior, your colleague dan kena admit yang kite pun ada silapnya juga.

Dan banyak analogi yang dia bagi untuk aku sedar yang office ni bukan tempat untuk kite mencari kawan, mencari yang orang suka, tapi untuk siapkan tugas yang syarikat bagi. Sebab itu aku boleh bertahan bertahun-tahun.

Aku yakin, aku tidak menganiaya orang lain dan aku juga tidak suka dengan konflik di tempat kerja.

Dan orang yang membuat onar, akan berhenti dan hilang dari pandangan aku. Dan isu di pejabat sentiasa ada bila orang baru masuk.

Dan akhirnya aku tewas bila mana CEO aku kerap marah, superior aku cuba untuk tunjukkan yang aku ini tidak capable dan pekerja baru seorang perempuan juga selalu complaint tentang aku.

CEO aku sedar apa yang terjadi, tapi dia cuba untuk beri kata-kata semangat pada aku. Tapi tetap lah dengar complaint orang lain dan aku jadi sasaran untuk dimarahi.

Selepas kena marah, CEO aku cuba mengambil hati aku semula. Aku tak paham. sebenarnya aku ini patut dimarah atau CEO aku cuba untuk berlaku adil.

Bila aku mula dapat panic attack, anxiety, susah nak dapat cuti, dengan anak-aku terabai sebab otak aku penat, banyak berfikir.

Bila pdpr, aku tak boleh bantu mereka. Aku mula mencari jalan keluar. Aku solat istikharat, solat hajat untuk mencari jalan penyelesaian dan meminta pendapat papa aku.

Dan akhirnya aku ada kekuatan untuk resigned dengan duit simpanan sedikit, yang penting adalah mental health aku.

Aku decide untuk buat business kecil-kecilan, walaupun tak sama dengan gaji aku yang dulu tapi alhamdulillah, kami cukup makan pakai.

Setahun pertama business sendiri, aku sangat perform. Aku bekerja dari rumah. Aku dapat fokus dekat anak aku, berbual dengan mereka, spent masa bersama.

Dua tiga bulan ini aku dah start malas. Amalan aku yang dulu-dulu ketika bekerja, solat awal waktu, bangun malam, sedekah, baca quran. Aku dah mula abaikan. Kadang-kadang bangun subuh pun lewat.

Aku struggle dengan diri aku sendiri. Tapi aku cuba bangkit, cuba berubah. Selepas raya ni aku rasa lagi teruk.

Sehinggalah aku dapat offer dari sebuah syarikat di Kuala Lumpur berdasarkan experience dan knowledge aku. Gaji agak rendah sedikit tapi peluang kerjaya agak besar. Aku berbincang dengan papa dan anak-anak aku, patut ker aku accept.

Mereka memang galakkan aku pergi. aku tahu mereka hendak aku bekerja tetap, dan sentiasa bersemangat dan bermotivasi. Sekarang ni, aku nak pakai cantik-cantik pun dah malas.

Dulu aku sangat menjaga penampilan aku, sekarang ni asal boleh. Aku juga boleh tak mandi seharian. Ketika bekerja, pukul 5 pagi aku dah bangun, mandi, dan tak pernah tidur selepas subuh. Aku berubah 360 darjah ketika bekerja sendiri. Cuma diri aku.

Aku rasa aku boleh survive dengan business sendiri. Cukup-cukup makan sebenarnya. Tapi aku sedar diri aku ini tidak sekuat orang lain. Lagi aku berjuang sendiri. Dengan komitment yang tinggi. Aku risau untuk berpindah ke kota besar.

Mesti korang tertanya. Kenapa aku tidak apply kerja tetap sahaja di Penang.

Sebenarnya, selepas resign aku memang tiada plan nak kerja balik. Cuma tawaran kerja ini dibuat oleh kenalan aku yang merupakan pengurusan tertinggi di syarikat tersebut dan aku pernah impikan untuk bekerja di situ.

Aku kena accept tawaran kerja itu next week. Banyak yang aku pikir. Lagi malam tadi aku mimpi buruk, ada seorang lelaki cuba untuk membuat sesuatu yang tidak baik pada aku. Nauzubillah.

Benar aku perlukan kerja tetap, aku perlu mencari nafkah untuk anak-anak aku sebab bekas suami culas nak bagi nafkah.

Dengan business ini, aku boleh survive walaupun cukup-cukup makan tapi ianya agak sukar untuk aku yang tiada support system. Mood aku ke laut. Aku perlu pendapat kawan-kawan kat sini. Jalan mana yang terbaik untuk aku?

Kadang-kadang aku pikir, aku perlu berhijrah, mencari environment baru, mencari circle baru berdasarkan apa yang aku tempuh bertahun-tahun. Aku juga buat solat istikharah. Hati memang kuat nak pergi. Tapi tetap lah ada ragu-ragunya.

Selepas bercerai dan kehilangan mama tersayang, aku hanya bekerja, fokus kat diri sendiri dan keluarga. Sehingga sampai satu tahap, aku lost, sedih dan kecewa. Tapi aku cepat-cepat bangkit dan bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Kehidupan aku dulu, kerja, anak-anak dan masa yang lapang diisi dengan amalan dekatkan dengan Allah. Tapi bila berhenti kerja, masa aku banyak habiskan dengan scroll ig dan fb.

Itu lah kisah aku serba sedikit. Aku perlukan pandangan orang lain yang mungkin aku boleh jadikan rujukan untuk membuat keputusan samada terima tawaran kerja di Kuala Lumpur atau buat sahaja business sekarang dan duduk sahaja di Penang.

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *