KERJALAH – https://iiumc.com/forumv2/
Assalamualaikum Semuanya
Firstly, a million thanks to admin for approved my stories. :)
Malas nak taip banyak2
Straight to the point la ye
For those yang dah graduate, congratulation ye.
Mungkin ada yang akan menyambung pengajian ke peringkat seterusnya
Ada yang mahu merehatkan minda seketika
Dan ada juga yang sudah mula mencari pekerjaan.
Disini saya sertakan beberapa tips untuk fresh graduate
Walaupun saya ni takdak la pengalaman berpuluh-puluh tahun sangat
Mungkin tips ini boleh membantu anda sedikit sebanyak untuk menempuhi alam pekerjaan.
#1. Senyum
Ini adalah tips yang paling penting sekali pada hari pertama anda bekerja, ini bagi mengelakkan anda dicop sombong, kerek, poyo dan sebagainya.
#2 Bertanya
Pembelajaran anda tidak terhenti selepas mendapat segulung diploma/ijazah/master/PhD dan lain-lain. Selepas menempuhi alam pekerjaan, banyak pembelajaran baru yang akan anda terima, jadi sekiranya ada sebarang kemusykilan jangan malu, jangan segan untuk bertanya.
sebagai contoh
-menggunakan mesin photocopy
– ini ada basic dalam alam pekerjaan, sekiranya anda tidak tahu untuk menggunakan mesin photocopy, jangan malu untuk meminta rakan sekerja anda
untuk mengajar anda cara untuk menggunakan mesin tersebut.
– Saya pernah jumpa seorang fresh graduate degree dengan berlagaknya cakap " aku degree holder kot, kena aku kena belajar guna mesin photocopy
semua ni. ni patutnya budak diploma yang kena belajar guna mesin ni, sebab budak diploma ja yang kena photocopy semua dokumen-dokumen ni.
degree holder tak payah susah-susah buat semua tu. And that girl dipecat pada hari pertama dia bekerja.
– Jangan sombong!! Even bos anda yang ada PhD from oversea university pun boleh photocopy dokumen dia sendiri, anda hanya lulusan dari universiti
tempatan dengan pointer tak pernah lebih dari 3.00 nak berlagak sedemikian rupa.
Pokok pangkalnya jangan terlalu memandang rendah terhadap orang lain.
#3 Perangai Manusia
– Setelah menempuhi alam pekerjaan, anda akan berkenalan dengan manusia kuat kipas bos (menbodek bos), suka mengumpat & mengata (majoriti
kaum wanita), menburuk-burukkan orang lain (jenis yang tak suka tengok orang lain lebih hebat daripada dia) dan kaki mengular (suka curi tulang)
– Ramai manusia akan berlumba-lumba menceritakan keburukan orang lain kepada pekerja baru seperti anda. Jangan cepat terpedaya dengan cerita-
cerita yang disampaikan itu, sebaliknya kenali sendiri rakan-rakan sekerja anda dan nilailah sendiri mengikut pemerhatian anda, bukannya menerusi
pemerhatian orang lain. Cara kita menilai orang lain berbeza-beza. Kadang kala manusia gemar menghasut rakan-rakannya untuk membenci orang
yang dia tak suka.
– Kesimpulannya disini, kita perlu bijak menangani perangai manusia yang berbeza-beza ini.
#4 Be Yourself
– Tak perlu menjadi hipokrit
– Sebagai contoh, depan bos baiknya lahai, iyakan aja semua bos cakap. Belakang bos, macam-macam dikutuk, itu la, ini la. bajet bagus la bos tu.
– tak perlu jadi talam dua muka, kerana kuih talam 1 muka juga yang sedap dimakan.
– kenapa perlu menjadi hipokrit padahal menjadi diri sendiri lebih menbahagiakan.
– just do your work, finish it on time and make your bos said " it good, continue with it". bila bos puji anda, that a bonus to you improve your skills, biarkan
mulut-mulut jahat mengata anda kipas bos ke kaki bodek ke or whatever. Let them talk whatever they want, anda tahu apa yang anda buat and just go
for it.
#5 Be friendly with others
– berkawanlah dengan semua orang, tak perlu memandang rendah pada orang lain. Bila anda sudah meninggal nanti tidak tertulis di batu nisan anda
"first class degree holder", "dean list for 8 semesters" and so on.
– Even bangla yang anda cakap bau bawang, bau busuk stokin tu lagi banyak pengalaman kerja dari anda yang hanya boleh berbangga sebagai degree
holder but zero experience.
Apa yang penting, JANGAN SOMBONG!!
#6 Niat
– Setiap pagi sebelum ke tempat kerja, niatkan dalam hati "Ya Allah, aku bekerja ni untuk bantu ibubapa aku yang banyak bersusah payah untuk aku
tamatkan pengajiaan aku dengan jayanya. Aamin.
– In sha Allah, berkat rezeki yang anda dapat.
Saya harap tips-tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu ada untuk menempuhi alam pekerjaan.
Sekian
#bakalmenantupilihanmakawak
– Buruh Executive