KERJAYA @ CAREER

Assalamualaikum admin dan semua. Sy harap sangat admin boleh approve ni. Memandangkan sy perhati iium confession page ni banyak golongan yg like, yg masih belajar mahupun yg dah berjaya dapatkan pekerjaan, jadi sy ada beberapa soalan nak tanya pada sesiapa yg tahu atau berpengalaman atau nak share pengalaman org lain, sy amat2 mengalukan comment anda dan beri respons confession sy ni. Sy nak tahu sangat2 dan sy xtahu nak tanya sape berkaitan ni. Tolong ye sape2 yg tahu.

1) Sy nak tahu apa beza fresh graduate dan entry level. Katakanlah kalau dah menganggur lama masih dikira fresh graduate ke? Ke ada tempoh tertentu seseorang dikira fresh graduate? Contohnya selepas 6 bulan belum bekerja tak dikira fresh graduate ke..Entry level ni maksudnya kita apply utk pekerjaan pertama la kan? Maksud sy, contohnya si A belum bekerja mana2 sblm2 ni, so kiranya si A tu entry level la kan. Kalau si A tu penah keje part time selama 6 bulan contohnya lepas tamat belajar, boleh ke apply keje entry level? Adakah si A tu dikira dlm kategori entry level? P/s: Sy taktau apa yg sy tanya ni betul ke tak n korang faham ke tak apa yg sy tanya. Maaflah kalau salah tanya, sbb sy mmg xtau berkaitan ni. Harap2 ada yg sudi bg pencerahan berkaitan ni. Betul2 berharap.

2) Sy masa kat u ambik bidang engineering. Tapi sebenarnya minat dr kecik nak keje berkaitan bank. Kalau pegi bank mesti berangan. Haha. Mesti tertanya2 kan kenapa ambik engineering sedangkan minat berkaitan bank. Okay sbbnya minat banking dr zaman sekolah lagi sebenarnya. Pastu masuk kelas aliran sains tak ambik subjek akaun. Lepas dapat result spm masa isi upu belum pasti hala tuju n minat sbnr. Takut salah buat perkiraan akhirnya follow the flow. Cikgu sekolah cadangkan suruh sy ambik engineering. Jadi sy pun follow je la sbb xpasti dgn apa yg sy sendiri nak. Bila dah habis belajar ni tetibe rasa berat hati nk apply kerja as engineer sbb minat pd benda lain. So sy nak tanya ada peluang ke tak sy nak bekerja di bank? Sape2 ada pengalaman tak belajar kat u benda lain tapi dpt kerja bank. Boleh share tak mcm mana boleh dpt? Kalau nak kerja berkaitan bank, ilmu n skill apa yg kene kuasai?

– Ainul Mardiyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Salam..ada tak kawan2 yang baru grad hujung tahun lepas or tahun ni yg masih mencari kerja,berumur 28 tahun ke bawah,fresh grad yg ingin mengikuti SL1M program di bank islam,boleh send resume ke [email protected] selewatnya jumaat ini.

    kita akan shortlistkan dan panggil utk interview dlm masa tdekat. kerjasama anda amat sy hargai.

    program selama 4 bulan sahaja.
    elaun disediakan.
    nak tanya byk2 bleh tanya time interview nnt..heheh

  2. Dik, akk engineer now. And hri ni akk dpt offer maybank. Akk sndiri xtau keje bank tu cane. Hahaha . But if da hbs bljr nt xkesah nk keje ape. Kejarlah ape yg adik minat. Sbb dunia luar mmg mncabar. Kdg kite bljr engineering terase pent n struggle 4 years. Hakikatnye ramai je xtahn jd engineer okelah good luck dik.

    • Kak, nak tanya kerja site supervisor macam mana eh? Mencabar tak bg perempuan yg pegang position ni? Keje site supervisor memerlukan transport tak? Sori banyak tanya. Sbb dapat iv position ni. Kalau boleh cite serba sedikit. Sbb akak engineer pompuan.

    • Errr keje site xtau sgt. Sbb akk keje kilg. Setau akk keje site ni xberat. Tp kne tahan panas. Then transport mmg kne ade sbb byk pi site. Selalu keje site sbtu msti keje. Hee

  3. Nk kerja bank kena kentalkn diri, dlu aku xfaham kenapa kakak aku ckap keje bank ni xbest, skrg dh kerja kt bank bru aku faham kenapa. klo diberi pilihan aku xkn letakkan banking dlm list. But good luck bila dh ceburi dunia banking soon..

  4. 1. setakat yg tau, entry level ke fresh graduate ke sama sajo. part time hanyalah sebagai nilai tambah utk pengalaman sendiri dan juga utk tatapan syarikat yang baru. isi je semua yg entry level dan fresh graduate, semua itu hanya requirement utk sesuatu job. bila dah dipanggil temuduga, baru masa tu kena all out

    2. kalau rajin boleh sambung master in accounting or management or banking. sebenarnya kos management sangatlah besar peluang kerjaya. di mana2 kompeni pun management student boleh masuk. engineer vs keja bank? sama saja stressnya.

    mcm tak menjawab pertanyaan je aku ni.. huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *