Kerjaya Engineer Dalam Bidang Semikonduktor

Hai, Assalamualaikum semua. Nama aku ‘Bunga’, perempuan dan engineer yang berusia 20-an dan masih tak terfikir nak mencari jodoh sebab terlalu sibuk.

Sabar post ini bukan pasal jodoh/ masalah family/ santau dan common confession yang aku selalu baca di sini. Ini lebih kepada issue kekurangan tenaga kerja professional mahir dalam bidang engineering yang semakin parah di Malaysia.

Aku terpanggil untuk menceritakan pengalaman tak seberapa aku setelah 3 tahun+/- aku berada dalam bidang kejuruteraan. Untuk lebih tepat bidang semiconductor. Maaf kalau tulisan aku bercampur BM dan BI kerana ada part aku rasakan mix BM BI lagi selesa aku nak bercerita.

Tujuan coretan aku hanya untuk menceritakan perjalanan bagaimana aku boleh menjadi seorang ‘Design Engineer’ dan aku akan memberi sedikit gambaran realiti alam perkerjaan aku (untuk cerita details pasal kerja maybe aku akan buat part 2 maybe, *kalau ada request*).

Aku harap apa yang aku cerita ni dapat membuka minda masyarakat yang ingat semua bidang engineering tu kasar atau kena guna physical.

Bidang aku nak cerita ni hanya buat kerja depan laptop sahaja, so mentally stress jelah. Ha, menarik tak? Hahaha. Wait, jangan takut In Shaa Allah stress kerja tu biasa la, mana ada kerja senangkan.

So dengar aku cerita dulu. Untuk adik/ sis/ bro di universiti yang masih mencari career path selepas grad tolonglah consider untuk join bidang ni sebab Malaysia perlukan lebih ramai lagi engineer muda yang berkebolehan terutama golongan wanita di mana peratusan penglibatan gologan wanita dalam bidang ini amatlah kecil.

Jadi aku harap di masa depan lebih ramai wanita berani terlibat dalam industri ini yang sekarang didominasi oleh lelaki. Okey done bebel.

Secara amnya dalam bidang semiconductor cabang dia sangat banyak. Kalau dekat MNC berpuluh-puluh jawatan engineer yang bila kita tengok nama jawatan itu buat kita terpikir jugak apa lah kerja dia buat.

So aku akan ceritakan secara general apa basic jawatan engineer. Aku dibahagikan kepada 2 cabang utama iaitu ‘MANUFACTURING/ TESTING’ & ‘DESIGN (Frontend & Backend)’.

Jadi setiap cabang ada fungsi tersendiri dari pre-silicon (design/ test in simulator tools), fabrication (yang bentuk wafer~macam wafle kita selalu makan) hingggalah ke post-silicon (bila sudah embeded dalam board). So kerja aku memang dekat stage pre-silicon design so aku akan ceritakan secara umum mengenai design.

Dalam design selalunya akan ada cabang kerjaya which is Analog/ Circuit Design Engineer (DE), Layout/ Mask Engineer, Logic Design Engineer, Physical Design Engineer (PD) & Design Verifcation Engineer (DV).

Tapi kalau pergi company besar ada banyak lagi skop kerja as designer tak terhad kepada 5 yang aku sebut di atas okey.

Antara 5 cabang ini yang paling banyak pun perempuan dominasi adalah Layout Engineer. Itu pun tak terlalu ketara.

Since aku dah bagi gambaran kerjaya semiconductors industri, jadi di sini aku akan ceritakan bagaimana aku boleh masuk dalam bidang ini dan jatuh cinta dengan kerjaya aku serta usaha aku untuk kerja dalam bidang ini.

Pertama untuk jadi engineer mestilah kena ada ‘degree in engineering or engineering in technology’ kan. Jangan risau tak kisah la pure engineering atau technology engineering dua-dua akan dapat title engineer, kalau kerja swasta lah.

Mostly company tak bezakan, dia akn hire saja kalau applicant tu cukup requirement diorang, tapi in random cases ada jugak company ambil kira, jadi rezeki masing-masing la.

So cerita aku start lepas habis saja matrik setahun, aku memulakan perjalanan ‘degree in electronic engineering’ di salah sebuah universiti di Malaysia.

Di mana silibus pembelajaran di ‘Universiti P’ aku boleh katakan agak menepati standard industri. Mungkin ada banyak lagi boleh diperbaiki untuk masa depan untuk pastikan kualiti graduan universiti awam sentiasa relevan seiring keupayaan teknologi. Nak jadi design engineer tak semestinya kena ada degree in electronic semata-mata.

Kos lain seperti electric, microelectronic, biomedical electronic dan seangkatannya juga boleh asal anda silibus ada subject analog/ digital dan tahu skill untuk baca circuit.

Extra skill adalah coding (skill ni yang akan memudahkan hidup hampa kalau tahu coding) kerana nak execute kerja pakai script lagi efficient sebab banyak data yang kena record dan simpan.

Tak tahu? Tapi dah grad? Tak apa semua benda boleh belajar di hujung jari. So adik-adik di universiti asah skill coding siap-siap. Tapi kalau degree berkaitan sofware/ computer engineering lebih sesuai menjadi Design Validation engineer.

Berbalik cerita aku, akhirnya, setelah 4 tahun berhempas pulas akhirnya aku berjaya ‘graduate’ dengan CGPA okey-okey sahaja.

Kalau boleh aku tak nak kupas isu CGPA panjang-panjang. Tapi apa yang aku boleh nasihatkan untuk adik/ bro/ sis yang sedang belajar kalau boleh target CGPA tinggi kerana CGPA yang tinggi di resume akan beri ‘first impression’ yang baik untuk bakal majikan anda untuk ambil anda bekerja.

Jangan jadi macam aku CGPA biasa sahaja, sampai sekarang aku masih terkilan dengan keputusan CGPA aku. Bukan tak berusaha, macam-macam cara aku guna untuk capai target CGPA tapi mungkin cara belajar aku salah, so aku reda jela dah kerja pun tapi still sedih kalau terfikir tiba-tiba.

Satu lagi mentaliti yang dimomokkan sehingga sekarang yang aku tak suka ialah ‘dapat CGPA tinggi belum tentu dapat kerja elok atau perform buat kerja’. NO, NO it’s a big NO.

Once you enter university please aim for high CGPA. Kalau aku ada peluang sambung master aku akan tebus balik silap aku, In Shaa Allah, tolong doakan aku :).

Macam mana aku boleh dapat kerja idaman walaupun CGPA aku average?

Pertama, disebabkan aku sedar diri yang CGPA aku takkan bawa aku kemana kalau aku tunjukkan resume kosong tanpa sebarang anugerah bila mintak kerja. Apa aku buat ialah aku sertai bermacam-macam pertandingan inovasi(semestinya pertandingan yang berkaitan kejuruteraan) luar universiti.

Aku beruntung sebab berjaya bentuk satu team yang boleh kerjasama dan main peranan masing-masing untuk siapkan satu-satu projek (eg: coding, hardware, reporting & pitching skill). Asas ini yang bawa team aku menang beberapa award dan grant.

Untuk adik-adik yang masih di universiti, untuk langkah pertama untuk bermula aku nasihatkan sertai program anjuran CREST (Google untuk info lanjut).

It’s a life changing for me after i joined their programs. Aku dapat banyak pendedahan macam mana industri semiconductor berkembang especially di China & Taiwan.

US & Europe memang semua orang tahu dari dulu lagi. Bila bekerja dengan engineer oversea, aku sangat impress dengan knowledge yang mereka ada.

Sangatlah hebat berbanding aku sehinggakan kadang-kadang aku yang malu alah jika aku tak tahu sesuatu benda, tapi semua itu aku anggap proses pembelajaran.

Selain CREST, pertandingan INNOVATE Malaysia juga boleh cuba sertai. Masa study aku sarankan korang khatam semua fundamental untuk digital dan analog circuit. Tak faham mendalam pun tak apa asalkan tahu macam mana satu-satu circuit berfungsi.

Kalau tak tahu macam mana nak start, mula dengan inverter sahaja. Dengan inverter sahaja banyak yang kita boleh explore, bukan hanya bila input 1 so output 0 dan vice versa. Percayalah, ianya lebih dari itu.

Kedua, setelah puas menyertai pertandingan sampai lah masa kena siapkan Final Year Project (FYP).

Ya, aku mengaku tajuk FYP jadi asbab permulaaan karier aku sebagai ‘design engineer’ dan buat aku jatuh cinta dengan design circuit. Tajuk yang aku dapat dikehendaki untuk design ialah satu circuit untuk reciever/ transmitter dalam 90nm/ 180nm technology menggunakan EDA tools.

Ada macam-macam jenis tools contohnya Cadence, Synopsys dan etc. License untuk tools ni sangatlah mahal boleh mencecah 5 angka.

Agak beruntung dapat explore tools ini semenjak dari zaman universiti, so di situ dah ada extra credit untuk add value as fresh grads. So lepas harung onak duri aku berjaya siapkan FYP.

Paling manis aku berjaya merangkul salah satu award untuk ‘best FYP’ di peringkat universiti.

Lepas beberapa bulan habis belajar, aku berjaya jugak menang satu lagi award untuk ‘Best FYP’ juga untuk satu international engineering organization. Apa aku nak cerita disini kalau ada peluang join mana-mana pertandingan just go ahead.

Last but no least usaha, doa dan tawakal. Aku aim untuk dapat kerja sebelum ‘graduate’. Alhamdulillah rezeki memihak dekat aku. Aku berjaya secure kerja dekat salah satu company yang agak besar kat Malaysia 4 bulan sebelum aku grad.

Untuk dapat kerja sebelum grad bukan mudah. Aku start hantar resume masa aku di tahun 3 pengajian lagi.

Kalau nak kira gagal. Sudah berpuluh permohonan aku ditolak. Sebut saja career fair, open interview di universiti atau di company tu sendiri(kalau universiti arrange) semua aku pergi mostly*.

Tipu lah aku cakap rasa nak putus asa tu mesti ada kalau fail. Salah satu sebab CGPA biasa-biasa sahaja. Sebab itu aku tekankan pasal CGPA masa awal-awal tadi.

Tapi sebab few award yang aku menang plus FYP yang bagus dapat cover CGPA aku untuk aku lepas qualify untuk ditemuduga.

Masa temuduga macam biasalah pastikan bersedia dari soalan basic interview hingga ke teknikal. Nak jadi engineer mestilah tahu jawab soalan teknikal, tak tahu deep pun, fundamental sudah cukup.

Pastikan juga khatam a-z FYP, sebab kalau kita berjaya explain dan yakinkan interviewer, chances untuk dapat kerja sangatlah tinggi selain good attitude dan communication skills.

Jadi setelah habis final exam je. 2 minggu lepas tu aku terus start kerja dan masih bertahan sehingga kini untuk terus kerja dalam bidang ini demi sesuap nasi. Aku harap aku dapat bertahan dekat sini lama. Doakan aku.

Ini sahaja cerita aku. Kalau nak dengar lagi next cerita pasal kerja aku boleh la request. Itu pun kalau admin approve cerita aku.

Ini hanya untuk berkongsi pengalaman sendiri. Mungkin ada orang tengah struggle untuk habiskan degree/ tak tahu nak pilih bidang apa. Jangan risau, belajar sebanyak mungkin di universiti dan berusaha tingkatkan skills sebelum menempuh alam pekerjaaan.

Sambil itu boleh lah consider untuk masuk dalam bidang ini, hehehehe.

Jujur aku cakap company yang aku kerja sekarang (maaf tak boleh reveal atas faktor P&C) masih memerlukan lebih banyak orang baru untuk support project yang ada sekarang. Tapi untuk cari yang betul-betul boleh buat kerja sangat la susah untuk bidang ini.

Bayangkan dari hari pertama aku start kerja di sini sehari pun aku tak sempat merasa cuti annual leave & cuti sakit (except public holiday). Nampak tak betapa kritikalnya sekarang. WE NEED MORE SKILLED ENGINEER.

Selain itu, untuk membuka mata wanita-wanita lain untuk menceburi kerjaya sebagai design engineer (frontend & backend) since kerjaya ini hanya memerlukan kepandaian untuk menyelesaikan masalah dihadapan laptop.

Dari segi pendapatan untuk fresh grad lebih kurang saja rate untuk MNC/ GLC/ local tetapi lagi lama bekerja plus jika berjaya asah skill design ianya merupakan salah satu career yang sangat berbaloi untuk diceburi.

Aku faham banyak lagi graduan engineer yang masih menganggur, tapi itu lah mostly yang datang interview tidak memenuhi requirement company.

Rezeki setiap orang tak sama, setiap orang ada struggle masing-masing tambahan pulak sejak covid melanda semua orang terjejas, aku faham.

Tapi, kadang-kadang hairan jugak kat mana punca yang membuatkan graduan engineer tak memenuhi kehendak industri, adakah salah graduan itu sendiri, universiti, kerajaan atau BEM/ IEM sendiri.

BEM pun satu hal jugak application aku as graduate engineer under BEM masih sunyi sepi dah 2 tahun masih status still in progress

(Disclaimer: aku dah email, call masih tiada jawapan yang solid dari pihak mereka, in the end aku lanttakkan kan sahaja). Apa-apa pun aku selalu bersyukur nikmat yang Allah beri, takkan sesekali aku dustakan.

Setiap doa, aku sentiasa doakan kawan-kawan aku yang masih struggle untuk dapat mencari kerja tetap. Tipu kalau aku cakap perkerjaan sekarang okay sahaja tanpa ada rasa nak resign.

Ada hari turun dan naiknya, tapi aku masih bertahan walaupun tak ada life. Pergi kerja balik kerja, 9am-8/9pm setiap hari *bergantung keperluan projek*.

Tapi semua itu aku ambil sebagai cabaran since aku bekerja mostly dengan lelaki, aku juga kena work smart and hard bila bekerja dikalangan dominant gender adalah lelaki.

Okey la sampai disini saja perkongsian aku. Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini.

Tujuan aku tulis tidak lain untuk educate generasi sekarang terutama kaum sendiri apa ilmu dan teknologi yang patut kita berlumba lumba untuk kejar dan ceburi (supercomputer, AI, IoT dan banyak lagi) daripada menghabiskan masa di media sosial yang hanya mengejar populariti.

Aku tak conservative aku juga mengikut trend ada akaun twitter, FB, IG dan etc. Tapi masih kena dengan tempatnya. Sangat sedih melihat realiti sekarang dimana bidang ini didominasi oleh satu ‘kaum’ sahaja.

Bayangkan dalam team aku sekarang hanya aku seorang sahaja berlainan kaum (harap pembaca dapat agak aku kaum apa).

Jadi aku harap ini dapat membuka mata kaum aku sendiri untuk cuba menceburi bidang ini. Ya, permulaan memang pahit tapi pasti ada manis dia hujung-hujungnya, aaa gichewww, heheheh. XOXO.

P/s: Sebarang pandangan/ pertanyaan boleh kemukankan aku akan cuba jawab kalau ada dan aku akan terima dengan hati terbuka.

Mungkin pengalaman aku setahun jagung tidak sama jika nak dibandingkan orang yang bekerja lebih lama dari aku. Salah silap aku mohon betulkan tapi harap teguran itu membina bukan menghentam semata-mata.

Segala yang aku ceritakan hanya berdasarkan pengalaman sendiri sahaja. Semoga di forum ini kita dapat kongsikan pengalaman masing-masing. Dan harap admin approve confession ni. Penat tau aku tulis. Hehehe. Thanks.

– -Bunga- The only ‘Bunga’ in my team (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit