Hi semua. Harini aku nak berkongsi arah kerjaya dalam bidang Safety, Health & Environment. Ada company yang panggil SHE, HSE, OSH, QSHE dan lain lain. Yang pasti bidang yang bertanggungjawab dalam aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan. Selalunya OSH akan berkait rapat dengan Environmental health menjadikan SHE. Ada juga yang related dengan Quality, tu yang jadi QSHE.
Sebelum tu, baik kita buat pencerahan Occupational Safety vs Security. Kadang2 bila balik kampung, pakcik makcik bertanya kita kerja apa, sebut Safety dianggap Security Guard pula. Garu kepala kita jadinya (jangan salah faham, Security Guard pun functional. Xde diorang, siapa nak jaga keselamatan premis kan).
Occupational Safety Health (OSH) ni focus kepada keselamatan & kesihatan pekerja (orang). Supaya sumber manusia yg bekerja ni terjamin keselamatan semasa bekerja. Security lebih kepada keselamatan premis (kawasan/asset/barang/keluar masuk pelawat). Ada beberapa jenis industry yang melebihi sekian2 orang pekerja dan projek binaan yg melebihi sekian2 RMjuta, wajib menggajikan seorang SHO berdaftar (boleh refer Occupational Safety Health Act 1994). Manakala Security Guard selalunya adalah 3rd party yang ada contract dengan premis.
Aku summarizekan dulu antara kerjaya dalam bidang SHE, tapi ni reference saje, ada macam2 cabang kerjaya lagi kalau berminat dalam bidang ni.
1. Safety Health Officer
2. Safety Health Executive
3. SH Engineer, Process Safety Engineer
4. Site Safety Supervisor
5. Environmental Officer
6. Gov Service : Peg. Kesihatan Persekitaran, Peg KKP, Peg Pemeriksa Jentera
7. Competent Person – OSH
8. Competent Person – Environmental
9. Consultant / Trainer
10. Occupational Therapist
11. Industrial Hygienist
12. Lecturer
1. Safety Health Officer (SHO)
Career yang paling popular dalam bidang OSH. Biasa dengar Green Book? Green Book Holder adalah mereka yang menjadi Peg. Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang Berdaftar. Berdaftar kat sini bermaksud senarai nama ada dalam rekod Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH).
Apa beza registered SHO (Green Book) dengan SHO biasa? Registered SHO adalah professional yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH). Mereka lebih berpengalaman dalam OSH Management dan gaji setimpal dengan safety & health risk di industri masing2. Oil & Gas, Construction, Chemical Manufacturing, Automotive Manufacturing, biasanya industry besar yang hazard tinggi ada Registered SHO.
Macam mana nak jadi Registered SHO? Ok semua Registered SHO ni start dari SHO biasa je pada awalnya. Syarat2 nak dapat Green Book. SHO tu perlu lulus 4 paper exam (3 paper + 1 Workplace Assignment) di National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH); DAN ada 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang OSH (semua rekod perlu disimpan sebagai bukti). Ada setengah kes yang ada pengalaman 10 ke 15 tahun dalam OSH, boleh dapat Green Book juga, tapi aku tak arif bab tu.
Jadi, sebelum nak duduk jawab exam di NIOSH, kena hadiri kelas/kusus SHO di Training Provider berdaftar (NIOSH, FMM, dll ) selama 22 hari (kalau ambil one shot), atau beberapa bulan (kalau ambil kelas sabtu ahad bagi mereka yang bekerja). Dalam kelas ni belajar 4 modul. OSH Legislation, OSH Management, Occupational Health & Occupational Safety. Yuran kursus dalam RM3500 ke RM4000. Nak masuk kelas, pendidikan paling minimum, SPM.
Kelas dah RM4000, Exam dalam RM1200 (aku kira baik berlebih, jangan kurang). Total dalam RM5000. Kalau gagal mana2 paper kat NIOSH tadi, repeat ambik paper, dan bayar beberapa ratus ikut harga paper. Kalau boleh jangan la gagal. Paper 4 tu penting, ala ala thesis, kajian dan cadangan OSH di tempat kerja sendiri. Kena present depan panel NIOSH.
Macam mana pulak dengan graduan lepasan kursus Occupational Safety & Environment Management? Takkan nak labur duit RM4k lagi masuk kelas belajar safety? Ok aku dulu termasuk kes ni juga. Korang kena check samada U korang ni listed under DOSH tak. Google je Senarai Pusat Pengajar yang diiktiraf JKKP. Kalau ye, (macam UPM, USM, UMP), korang dah boleh terus ambil exam saje di NIOSH, tak payah masuk kelas 22 hari ni lagi dah.
Sedikit perkongsian dari aku, aku graduate degree dalam OSH & Envi Management di IPT Awam. Aku tertarik dengan bidang OSH ni sebab SHO ni career yang unik. Ada masa jadi cikgu (training OSH Induction), ada masa jadi health practitioner (First Aider), ada masa jadi engineer (derive safety device/control), ada masa jadi motivator (safety briefing), ada masa jadi bomba (Fire drill), ada masa jadi taukey kedai PPE. Macam2 lah. SHO ni popular lah since ko akan kenal and interact dengan semua orang since first day lagi.
Kalau korang terfikir, OSH ni sesuai ke untuk wanita? Bagi aku, xde masalah selagi mana ko pandai bawa diri. Kadang2 safety wanita ni lagi mudah orang dengar nasihat, dalam kelembutan ada ketegasan gitu. Documentation, communication kena tiptop. Aku wanita gak, and enjoy gila career aku skarang.
Sebelum grad lagi, aku dah pulun apply kerja via Jobstreet, Monster, Indeed macam2 lagi lah. Ingat, lagi cepat korang dapat kerja, lagi cepat kumpul 3 tahun pengalaman OSH, lagi cepat lulus exam, lagi cepat dapat green book, lagi cepat kahwin. Cewah. Aku pun start jd SHO biasa, ada sedikit experience dalam construction, oil & gas, manufacturing. Sambil kerja sambil study, exam, alhamdulillah lulus semua. Sekarang tinggal fasa pendaftaran dengan DOSH lagi. Doakan permohonan aku lancar ye?
Setakat ni je perkongsian aku. Tak sempat nak cerita lagi dalam pasal job scope. Kalau dapat sambutan, aku akan cerita pulak pasal cabang career OSH yang lain (SH Exec, SH Engineer, Site Safety Supervisor Yellow Book, dll). Yosh! Safety First!
– Kak Long Safety
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ada sambung tak? Sho dengan sss sama ke?