Kesakitan Yang Tak Dapat Ditimbang

Apa yang aku kongsi ni tak dapat dikongsi secara detail lebih kepada apa yang aku rasa sesuai dikongsi.

Ada tak nampak news ke tak kira local news atau overseas news pasal perempuan dia mengandung tapi dia semati-mati mengaku tak pernah ada kan hubungan s*ksual dengan sesiapa.

Aku sebenarnya agak baran bila dekat Malaysia baca komen reaksi orang Melayu kita adalah membuat lawak situasi tersebut tanpa tahu cerita dari A-Z.

Ini cerita penghujung 80an. Aku pun baru dapat tahu bila mak dan ayah aku ceritakan waktu covid 2020 dulu. Mak aku ada 8 orang adik beradik dia ni anak no. 5, adik beradik diorang pula 4 lelaki 4 perempuan.

Aku ada seorang makcik. Adik beradik bongsu mak aku. Dia ni ada seorang anak perempuan aku selalu panggil “Kak Sal” Kak Sal ni 5 tahun lagi tua dari aku.

Seingat aku memang dari kecik Kak Sal ni tak ada ayah dia cuma hidup berdua dengan makcik aku. Hidup pun diorang ni jauh dari saudara mara lain tapi agak dekat dengan rumah aku dalam satu jam perjalanan.

Jadi selalunya memang setiap minggu aku dengan mak datang melawat makcik aku dengan Kak Sal.

Aku pernah lah waktu kecik terlepas cakap tanya mana ayah Kak Sal. Makcik aku cakap ayah dia dah meninggal waktu Kak Sal kecik lagi.

Tapi mak aku waktu tu marah teruk dekat aku ye sampai kena pulas telinga menangis aku nasib makcik aku ambik aku dan cakap tak apa sebab budak lagi.

Aku rapat dengan saudara mara belah ayah aku. Saudara belah mak aku ni. Pada aku huru hara sebab semua macam “lost contact” semua kalau boleh macam nak avoid antara satu sama lain. Padahal nenek dengan atuk aku masih hidup ye sampai sekarang ni.

Setiap balik kampung pula mak aku akan cakap balik kampung ayah. 2023 ni umur aku dah 28 tahun. Boleh kira berapa kali aku balik kampung mak aku. Dalam 3 atau 4 kali. Yang aku rapat cuma dengan makcik aku dan Kak Sal itu sahaja.

Masuk tahun 2020 tengah pandemic ni. Aku yang asalnya duduk negeri lain balik rumah lagipun wfh duduk dengan mak ayah dan adik aku sebab risau. Tengah pkp pertama yang tengah ketat gila nak ke mana kena ada alasan dan dokumen yang penting.

Makcik aku cakap dia minta tolong dekat sini nak ke sana ke mari payah dan lagi satu dia dekat kawasan border daerah lain.

Kena pula makcik aku dengan Kak Sal ni diorang tak ada kenderaan macam kereta cuma motor dan itupun hasil diorang cukup lah makan sikit tapi sebab pkp jadi payah dan terhad.

Mak aku pun cakap dekat aku pergi sana tolong makcik aku dengan Kak Sal. Aku sebenarnya macam reject sebab aku nak kena request dan create banyak dokumen nak rentas banyak daerah.

Jadi mak aku sambil menangis ni dia cerita dekat aku yang sejujurnya bila aku dengar pun menangis sekali.

Makcik aku umur dia 16 tahun disahkan mengandung.

Bila balik habis check doktor habis makcik aku kena pukul tampar terajang dengan atuk dan nenek aku tapi dia seboleh mengaku cakap selama ni dia tak pernah buat hubungan tersebut dengan mana mana lelaki.

Mak aku cakap dia dgn adik beradik lain merayu jangan pukul. Sebab muka makcik aku sampai berdarah.

Akhirnya lepas hampir sebulan di pukul dan tak mengaku. Atuk dan nenek aku hantar makcik aku ni duduk jauh. Suruh dia lahirkan anak tersebut dan duduk lah sendiri dekat sana besarkan anak.

Mak aku pun volunteer untuk teman dan jagakan makcik aku. Akhirnya anak tersebut di lahirkan. Bila anak tu umur dah 10 tahun waktu ni umur aku baru 5 tahun.

Suami mak long aku. Dia waktu ni sakit, sakit yang teruk nak bergerak payah tapi bercakap boleh. Yang saksi waktu tu atuk, nenek, mak dan ayah aku, dan lagi 2 orang saudara lain.

Suami mak long aku dia menangis cakap dia r*g*l makcik aku. Dia cakap bila makcik aku balik sekolah dia bagi air letak ‘ubat’ dalam tu. Waktu tu rumah tak ada orang.

Makcik aku waktu ni dia salah seorang boleh dikatakan atlet sebab aktif sukan. Jadi hymen dia mungkin dah koyak waktu bersukan jadi tak ada darah.

Mak aku cakap suami mak long aku tu menangis atas tilam. Ayah aku pula cerita mak aku cekik suami mak long aku tu sampai nak separuh mati geram punya pasal. Akhirnya tak sampai sebulan meninggal suami mak long aku.

Mak aku pun dia cerita kan dekat makcik aku. Sebab benda ni dia kena tahu. Mak aku cakap makcik aku tak ada response apa pun waktu tu setakat diam je.

Cuma makcik aku cakap dia kalau boleh taknak jumpa langsung mak dan ayah dia serta saudara mara dia yang lain cukup lah mak aku sorang.

Mak aku waktu tu cakap suruh tolong makcik aku temankan diorang kesian hidup diorang anak beranak menderita.

Aku pun sepanjang covid dari pkp pertama, ke-2 dan sampai tamat covid dalam pertengahan tahun 2022 baru aku kembali negeri lama aku menetap sebab dah tak wfh. Selama aku duduk tu terus terang memang kesian. 

Aku ada tanya kenapa makcik aku tak kasi Kak Sal sambung belajar dan kerja. Sebab SPM Kak Sal ni pada aku boleh tahan cemerlang ye walaupun tak straight A.

Tapi Kak Sal aku cuma jawab dia lagi tenang hidup dengan makcik aku dari hidup jauh. Jadi diorang ni anak beranak kerja mana mampu makan mana cukup asalkan kenyang dan lagi penting tak berjauhan biarlah depan mata jadi tahu apa benda jadi.

Aku pun waktu tu belikan macam smartphone sebab tahun 2020 tu makcik aku dan Kak Sal dia masih pakai nokia zaman lama dulu yang wasap pun tak ada cuma basic mesej dan call.

Aku pun belikan walaupun makcik aku dengan Kak Sal reject aku cakap guna je senang nak video call. Waktu pkp tu memang seminggu dalam 2 kali video call mak ayah dan adik aku.

Bila fikir sebenarnya kesian sangat. Mak aku pun awal tahun dah meninggal dunia. Dia sendiri pesan tolong jagakan dan tengokkan makcik aku dan Kak Sal tolong mana mampu.

Aku pun kalau cuti balik singgah dan bagi duit sikit. Tolong mana yang mampu lagipun diorang berdua pun hidup memang sederhana betul. Rumah pun tidur pakai toto sebelum ni. Dah habis pkp baru aku boleh belikan katil dan pasang tilam.

Aku setiap hari macam terfikir agaknya macam mana makcik aku lalui benda ni setiap hari. Bayangkan umur dia 16 tahun sekarang ni dah masuk 50 an. Dia tak nikmati langsung zaman remaja, zaman dewasa tak ada semua benda tu. Cuma sengsara.

Aku pernah tanya “maksu okay tak, kalau ada apa-apa kasitahu” makcik aku cuma cakap “maksu pun dah tua jang hidup pun dah tak lama.”

Aku pernah berjumpa psychiatrist, kawan baik aku. Aku ceritakan situasi makcik aku tapi aku tak cerita secara detail aku cuma cerita trauma dia kesan dia dan macam mana harungi segala macam perjalanan.

Dia cuma cakap amat mustahil nak “sembuh” benda ni macam parasite pergi terapi ke atau segala treatment memang tak akan baik dan akan dibawa sampai mati.

Kalau aku nak scalekan penderitaan tu pun tak boleh sebab benda ni sakit dia lain.

Aku setiap kali datang melawat makcik aku dengan Kak Sal aku selalu tanya diorang okay tak. Yang sengsara bukan makcik aku sahaja tapi Kak Sal anak dia juga yang sengsara sama.

Pernah aku macam berbual dengan Kak Sal. Ada rancang nak kahwin ke mendirikan rumah tangga atau ada plan lain kalau ada aku nak tolong dan nak bantu. Kak Sal cakap dia tak ada fikir apa. Tengoklah kalau esok bangun dan masih bernafas jadi teruskan hidup.

Aku bila tulis ni aku rasa macam ramai dekat luar sana yang kita tak tahu siapa, pun ada menderita macam makcik aku dan Kak Sal. Sakitnya aku sendiri pun tak boleh bayang.

– Halim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *