Salam pembaca IIUM Confession.. Aku tak pandai mengarang tapi aku cuba. Tujuan luahan ini sekadar ingin memberi sedikit “insight” terhadap kesan curang.
Pertama sekali, aku Unknow, seorang gadis berumur awal 30-an. Aku mengenali A sejak dibangku sekolah. A lebih berusia daripada aku. Tidak lah hensem, boleh la. Rupa tidak penting pada aku.
Kami berkawan rapat daripada sekolah. Orang kata cinta monyet, zaman universiti sehinggalah ke alam dewasa. Bagi aku, aku pandang hubungan ini untuk jangka masa panjang. Ingin membina rumahtangga bersama A.
Btw cerita acah2 cinta ini tiada unsur s*x yang terlibat ya.
Aku bersama A daripada dirinya tidak punya apa2, tanam anggur beberapa tahun sehingga la dirinya menjadi engineer di sebuah syarikat terkenal semi-government. Aku masih setia.
Pada aku, harta bukan segalanya. Duit boleh dicari.
Namun, ku sangka panas hingga ke petang, tetapi hujan pula di tengahari (haha maaf, peribahasa kelaut ).
Sewaktu umur aku lewat 20-an, A mula berubah. Perilaku sangat dingin dan setiap perkataan dan perbuatan aku semuanya salah dan tidak kena dimatanya. Pertama kali, aku dimaki olehnya.
Fast forward, aku menghidu kecurangan A (ini bukan kali pertama). Aku desak A untuk mengaku. Tetapi dia masih acah2 suci seperti aku yang salah, aku punca dirinya berubah sehinggalah satu hari, aku punya bukti.
A tiada pilihan, dia mengaku. But still, aku yang salah. A kata, aku penyebab dirinya berubah hati.
Bila aku mengetahui hubangan A dengan perempuan itu, aku namakan dia Z, mereka sudah di tahap serious. Mungkin waktu itu, mereka sudah bertunang.
Hatiku remuk. Berbelas tahun aku setia, ini yang kau balas. Baik A atau keluarganya, atau rakan-rakannya, seorang pun tidak memberitahuku mengenai hal itu. Macam drama pulak cerita aku ni kalah drama u olls.
Semenjak itu, aku mengurungkan diri. Lari daripada segala benda media sosial yang pernah aku ada. Lari daripada semua orang kecuali keluarga dan teman rapat. Ya, aku rasa aku kalah.
Bertambah2 kalah bila aku nampak gambar pernikahan A & Z. Rupanya Z itu perempuan yang satu course dan satu universiti dengan A.
Aku dan A belajar di universiti di negeri yang berbeza. Aku tidak tahu sejak bila aku ditipu dan dikhianati hidup2.
Aku rasa aku terlalu innocent percaya bulat2 lelaki acah2 baik di mata semua orang ni. Aku kira tiada siapa percaya A memperlakukan aku seperti ini.
Mereka berkahwin pada tarikh kami, tarikh aku dan A. Dan aku ternampak gambar nikah mereka 2 bulan selepas itu.
Aku seperti mayat hidup, mengalami depression yang teruk sehingga ada suicide attempt berkali2 apabila aku dalam keadaan ‘tidak sedar’.
Setiap makanan yang aku makan even sesuap, akan keluar balik amount yang sama. Even sekadar air masak. Body aku reject segala makanan yang ada.
Betul, tu adalah fasa bodoh aku. Meletakkan tangki emosi aku pada seorang lelaki. Aku mengaku, aku bodoh. Aku hampir hilang diri aku, malah nyawa aku, bila aku hilang A.
Tetapi aku beruntung, aku mempunyai support system yang sangat kuat. Sahabat2 ku sentiasa ada disisi aku. Sorang kawan aku tu sentiasa fikirkan apa menu yang boleh buatkan aku makan, masak untuk aku hari2.
Sorang kawan tu sentiasa ada setiap malam, berbual di telefon even aku senyap seribu kata. Seorang lagi sentiasa call aku waktu siang setiap jam untuk pastikan aku tidak bunuh diri.
Boleh dikatakan, tu ada lah keadaan paling worst yang pernah aku alami.
Itu salah satu kesan curang. Lagi? Aku rasa aku tidak layak bahagia setiap kali lelaki lain datang mengetuk. Aku rasa hati aku kosong.
Tersangat kosong. Aku rasa aku dah move on, dah tidak sesakit dulu tetapi aku pelik, mana pergi segala emosi aku? Perasaan aku? Seperti segala benda sudah numb. Aku dah tak rasa sakit langsung. Fizikal ataupun emosi.
Kadang2 bila luka terpotong jari berdarah2 pun, aku dah tak rasa sakit.
I know I need help. Sekarang, aku masih follow up doktor pakar setiap masa, pergi therapist, kaunseling sana sini.
A? Dah punya seorang anak lelaki bersama Z. Kelihatan bahagia (aku ternampak secara tidak sengaja, kawan kami upload gambar mereka).
Aku kira A dah menang, aku kalah.
Aku tak pernah cakap benda ni semua di sosial media. Cuma rakan2 terdekat yang tahu. Biarlah. Aku tahu aku tak mampu balas apa yang dia buat, tetapi aku percaya Allah Maha Adil.
On the bright side, disebabkan orang dah aniayai aku sebegini rupa, alhamdulillah, doa aku tiada hijab.
Aku gembira dapat doakan untuk kawan2 aku dan alhamdulillah, Allah makbulkan.
Semoga doa2 kalian juga Allah makbulkan, aamiinn..
Dan jika ada yang berniat untuk komen2 negative, jaga kata2. Kita tak tahu bila kata2 kita sendiri boleh berbalik kepada kita semula.
Doakan aku sihat sepenuhnya & Allah gantikan yang lagi baik untuk aku.
Terima kasih sudi baca luahan aku. Luahan ini mungkin tak penting untuk dibaca tetapi cukup hilangkan sedikit beban yang aku simpan.
Terima kasih semua.
Semoga Allah permudahkan urusan kalian.
– Unknow (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit