Kesempurnaan Hidup – 7:35 AM

Kesempurnaan Hidup

Bismillah. Akak ex-UIA. Konvo 2014 lepas. Cerita panjang yang bakal akak tulis sat lagi, bukan sekadar cerita. Mohon ada yang ambil pengajaran. Haa,macam seram kan. Tak ada lah.
.
.
Akak seorang budak kampung,anak sulung, dan selama ini tak pernah keluar dari Negeri akak. Dari lahir sampailah SPM. Bila CFS, akak dapat masuk PJ, disitulah kehidupan akak sebagai manusia. Sebab waktu itu baru akak nampak real life. Rasa jerih payah nak cari sesuap nasi untuk diri sendiri. Macam mana nak manage duit.Nak susun waktu makan,nak makan makanan apa. Akak tak pernah duduk hostel masa sekolah.Dan sepanjang akak kat CFS, tak

pernah sekali pun pergi bandar KL. haha. Budak kampung kan. Tak reti menghargai kebebasan(classmate akak kata). Tapi bagi akak masa tu, akak tak perlu hidup kat luar berjimba sana sini. I have everything to do. Nak call Mak Abah Adik2 kat kampung. Nak jimat duit KPT bagi. Lagipun kat CFS, cafe semua best. Kalau bosan, boleh pergi cafe Brother. haa, ingat dah. Paling cikai pun akak pergi pasar malam setiap selasa tu. Itu adalah kebahagiaan akak(keluar dari gate,melepasi Pak Guard) Thats enough for me :P
Okay, bosan kan. haha
.
.
Result kat CFS okay(sebab akak memang kaki study kot. haha). So masuk main campus. Akak ni tak adalah alim(cth:pakai handsock/tudung bulat) at that time, tapi akak tak reti nak couple2 ni(again: I am Kampung Girl & I am proud of myself). So, bila time sem kedua di UIA(1st year lagi). Ada la seorang brother mesej, & confess suka akak. Dengan innocent nya akak suruh dia contact Abah akak kat kampung. Complete nama penuh & alamat rumah akak bagi. Tapi akak x rasa apa2 pun masa tu. Akak buat macam tu atas dasar, akak tak tahu nak buat apa lepas orang confess. dan akak tak nak serabut fikir sendiri, so let my family help me to think about that. haha. Akak pun study macam biasa. Brother tu hilang la jugak. But I dont feel anything. Serabut je(akak rasa akak lambat matang-masa ni tak ada rasa nak kahwn pun). Even nama brother tu pun akak boleh lupa. Namanya lagi la tak ada dalam memori. Teruknya akak
.
.
Balik rumah, akak gelak2 je tanya abah pasal brother tu. Abah kata fokus study. So akak study. Result okay je. Kadang2 akak join je program under UIA. Tapi xde lah nak commit sgt. Takat jadi kuli sekali dua. hehe.sebab roomates ajak. Atas dasar sami'na wa ato'na(masa tu blurr2 lagi), akak join je la benda2 tu. Akak agak pendiam dan pemalu. So tak reti nak minggle up with people. Ada yang ignore je akak(akak suka je), ada yang buli(brothers la biasanya, and I dont like this kind of attitude), ada yang caring(girl only), ada yang cakap belakang( I dont care at all). Tapi lepas2 tu akak bgtau roomate akak, jangan ajak dah. Nak fokus study. Serabut fikir pasal manusia. Haih
.
.
Dah abes 2nd year, brother tu contact, kata nak bawa family datang rumah. Oh, okaylah. Then arrange, midsem 3rd year kahwin. Senang kan? haha. Agak la. Sebab family mudahkan kot. Tu jadi senang je. Lagipun atas kapasiti student & duduk jauh dari family.(lagipun akak malas nak cerita bab ni, nnt korg asek fikir, senang nak kahwin). Hmm. Kami pindah luar UIA. Suami jenis yang bertanggungjawab sgt. Agama pun okay.Cara dia layan akak, memang superb. Akak ni serba tak tahu,sebab dulu, kalau kat rumah,semuaaaa Abah yang buat. Anak perempuan tlg Mak. So satu benda je yang akak tahu, Masak. The End. haha.
.
.
Bila kat rumah, suami buat kerja sambilan, sebab nak tampung bayar rumah & kereta(2nd hand tp baru). Dia jadi dropship sana sini. Kadang2 bila time exam sekolah, ada y nak buat tuisyen, akak mengajar la jugak sikit2. Tu pun budak2 tu y datang rumah atau suami akak yang ambik. Akak ni kerja buat assignment, kelas(pergi ngan suami sama2), study, exam. Tu je. Hal2 luar rumah semua suami settle, hal2 dalam rumah, akak setel(tapi kalau betulkan pipe bocor ke, mesin basuh rosak ke, lampu terbakar ke, suami jgk). Akak pernah sekali terfikir, nak masak/baking lepas tu jual kan. Tapi tak kemana, sebab mcm x ada kesungguhan.
.
.
Bila abes final sem, akak deliver baby boy, alhamdulillah, suami happy, family happy, akak pun happy. Kitorg konvo sekali, dan suami dapat kerja kat KL.Gaji best as fresh graduate. Baby kecik lagi time tu, so suami akak kata, xyah kerja. Akak okay je. Nak try buat dropship, tapi fail since akk fb pun x ada, instagram etc benda2 tu pun x ada. Give up. Duduk rumah baik2 didik anak. Sebulan sekali husband bawa pergi library. Weekend akak sepanjang setahun, balik rumah Mertua,rumah Mak Abah,library atau park(different park each time). Tu je. Dan akak bahagia.
.
.
Masa tu, akak rasa, kahwin ni is the most bestest(over kan) thing ever happen to me. Suami soleh, anak comel, rumah better, kewangan stabil, simpanan ada. paling penting, solat akak terjaga, akak kenal lebih dengan Islam sebab suami akak. Rasa sempurna nya hidup.Perfect!
.
.
Akak happy sgt, sebab seorang gadis kampung ni, dapat segala2nya. Bersyukur sgt. Tapi, Allah nak sedarkan akak. Suruh bangun dari mimpi yang panjang ni. Bulan 8 tahun lepas, kawan ofis suami call & beritahu suami kemalangan teruk. Koma. 3 minggu. Doa dari kami sekeluarga tak pernah putus. Akak sangat yakin yang suami akak akan sedar dari koma, dan hidup kami akan berlangsung seperti biasa. Doa pada Allah memang tak pernah berhenti. Yakin bahawa Allah nak uji akak sikit je ni. Akak mula belajar drive kereta pergi hospital(sebab x nak susahkan Mak Abah In laws). Akak da ada lesen, tapi x pernah drive lepas dapat lesen. Dan ptg tu, nafas terakhir beliau ketika tangan arwah dalam genggaman akak. Gelap. Hitam. Akak tak nampak apa2. Anak nangis tengok akak mcm tu. Akak kaku kat situ jugak. Dr & nurse tlg call family in laws & family akak. Akak tak tahu nak buat apa2 hampir seminggu. Akak tak pernah masukkan possibility kehilangan suami dalam kira-kira kehidupan akak. Tak pernah. Akak blurr sgt2. Masa tu rasa nak mati sekali. Rasa hidup x bererti. Allahu. Anak akak la penguat akak. Baby baru 14 bulan time tu.
.
.
Akak tahu kenapa ujian ni Allah beri kat akak. It has been 5 months since I lost him. Banyak benda akak belajar.
.
.
Akak belajar macam mana nak bayar bill kereta, rumah,elektrik(mostly online banking je). Akak belajar drive semula. Akak belajar utk interact dengan org, akak belajar untuk jaga anak sensorang(anak 1 tahun 7 bulan). Akak belajar utk cari Allah. Akak belajar, macam mana utk dekat dgn Allah without sesiapa. Akak belajar utk mujahadah jaga solat. Dan akak belajar utk REDHA. Sungguh, banyak yang akak belajar.
.
.
Sepanjang2 akak tulis ni, bukan utk meraih simpati. Tapi akak nak berkongsi pengalaman. Akak nak share ibrah/pengajaran dari hidup akak. Akak tahu ramai punya masalah, yang mungkin lebih teruk pada akak. Adik2. Hidup ini sementara. Segala yang ada disekeliling jua hanya pinjaman dri Allah. Sampai masa Dia akan ambil.
.
.
Jangan jadi macam akak yang dulu. Hidup terlalu bergantung pada orang lain selama ni(Walaupun akak bergantung pd yang halal, family & suami). Akak tahu Allah nak tegur akak. Allah tegur dlm cara y paling x disangka. Allah tegur direct pada akak sbb akk seakan-akan riak padaNya(merasa kesempurnaan hidup). Walaupun ujian ni sgt perit. Pahit. Akak kena teruskan hidup. Akak tahu Allah tak bagi ujian sia2. Sedangkan 'nikmat' itu adalah ujian y paling perlu dirisaukan. *Nangis jap*
.

Adik2 yang tergedik2(maaf, kasar sikit)nak kahwin tu. Lupakan dulu niat tu. Hargai masa muda anda. Explore the world(mengikut syariah),dont be like the old me. Dan pastikan hidup anda tidak bergantung semata-mata pada manusia. Tapi letakkan pergantungan pada Allah. Kerna hakikat hidup ini, ada dua. Satu utk kita beribadah pada Allah. Dan satu lagi sebagai khalifah dlm memakmurkan bumi Allah. Berbakti pada diri sendiri & Islam nescaya Allah akan mudahkan kalian dlm urusan y lain. Utk adik2 yang betul2 dah ready, selamat menempuhi bahtera perkahwinan dengan rahmah,barakah,mawaddah & sakinah yang Allah pinjamkam. Hargai sementara Allah masih beri.
.
.
Mati itu pasti,
Hidup inshaAllah-Ramli Awang Mursyid
.
.
Mohon Doa agar Iman dalam diri kita sentiasa dipelihara.
Regards,
Akak

– Akak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *