Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Raya kali ni bukan seperti yang aku harapkan. Tahun lepas aku tak beraya dengan famili aku sebab waktu tu aku belajar kat luar negara. Bila raya berjauhan dari famili tu, faham-famahlah. Sebak dan sedih. Jadi, tahun ni expectation aku lebih. Memandangkan kakak aku dan abang ipar aku dah ada anak (umur setahun lebih), mestilah raya jadi makin meriah! Lebih-lebih lagi tahun ni giliran diorang beraya di sini, kat negeri-T. Tahun lepas abang ipar aku dah balik puasa+raya kat kampung dia di negeri-K, sekali dengan anak dan isteri dia (kakak aku).
Segalanya bermula bila abang ipar aku tiba-tiba buat keputusan (dalam bulan puasa mungkin) nak balik kampung dia raya ke-2. Katanya adik-beradik dia pulang ke kampung waktu tu. Aku dapat tahu dia bersungguh-sungguh nak balik kampung dia kat negeri-K sebab kat sana lagi meriah. Yelah, adik beradik dia ramai (10 orang, ada yang masih bersekolah rendah) dan anak-anak buah yang ramai. Tak macam belah mertua dia ni. Adik-beradik aku ada 6 orang je, besar-besar pulak tu. Adik bongsu aku pun dah masuk kolej. Adik-beradik aku yang dah kahwin baru 2 orang (kakak sulung dan kakak ke-2 aku). Kakak sulung aku pun baru sekarang mengandung. Sekarang, abang ipar aku yang kahwin dengan kakak ke-2 aku tu yang dah ada anak. Memang tak semeriah kampung dia kat negeri-K lah. Lagi-lagi rumah aku ni bukan rumah teres, tapi flat. Sini agak sempit, tak macam kampung dia. Pastu, nak main bunga api ke ape ke kena la turun kat bawah blok, tak pun terpaksa main kat balkoni rumah hati-hati. Kang tak pasal-pasal bunga api jatuh ke bawah kat rumah orang lain.
Apa yang aku paling sedih, abang ipar aku tu seolah-olah tak padai nak ambil hari mertua dia (mak ayah aku). Dah lah dia sekeluarga dah balik puasa+beraya tahun lepas kat negeri-K, tahun ni pulak dia puasa kat negeri-K kejap, pastu puasa kat rumah aku. Raya kat sini kejap (raya pertama sampai petang raya ke-2), pastu raya kat negeri-K lama (malam raya ke-2, ke-3, dan ke-4). Aku keliru. Dia utamakan mak ayah dia ataupun dia utamakan adik beradik dia? Dalam hati aku terdetik, kalau tahun ni plan raya kat rumah mertua dia, cukuplah sekadar berpuasa sekejap kat kampung dia dia di negeri-K. Bagi mak ayah dia sendiri lepas rindu.
Aku ni jenis yang kenal isi hati orang bila lama-lama bercakap. Aku tahu mak aku sedih. Mak aku sebak. Mak aku sampai tak terkata bila aku cakap pasal ni. Tapi mak aku mesti akan cakap, "Biarlah dia nak balik, nak buat macam mana". Aku tahu mak aku memang sedih dengan perangai menantu dia. Setiap kali raya, mak aku akan beraya kat rumah kawan-kawan mak aku kat kampung-kampung sebelah. Jadi, raya tahun ni memandangkan kakak aku dan abang ipar aku sekali dengan anak perempuan dia yang comel tu beraya kat sini, boleh lah mak aku bawak sekali diorang, nak perkenalkan kat kawan-kawan dia cucu dia yang comel tu. Tapi…
Aku keliru dengan abang ipar aku. Dia bab-bab nasihat pasal kekeluargaan ni bukan main pandai. "Kita kena selalu jumpa adik-beradik" lah, "Jangan gaduh adik-adik beradik" lah, "Jangan buat mak ayah terasa hati" lah, banyak lagi lah nasihat tentang isu kekeluargaan ni yang dia bagi. Tapi dia sendiri dalam tak sedar (aku tak sure dia sedar ke tak), tak praktikkan nasihat ni kat mertua dia. Macam aku cakap, seolah-olah dia pentingkan famili dia sendiri daripada famili belah mertua dia ni. Ye lah, aku paham. Syurga dia ada kat bawah kaki mak dia. Tapi sekarang dia kena paham, dia dah pun kahwin dan ada 2 mak. Kena lah pandai ambil hati dua-dua. Aku pernah terbaca kisah lelaki ni yang adil kat kedua-dua mak dan mak mertua dia. Kalau beli hadiah, dia akan beli sepesen untuk kedua-dua mak dan mak mertua dia. Kat adik-beradik ipar dia, dia buat macam adik beradik dia sendiri. Tak kurang, tak lebih.
Aku confess kat sini bukannya aku nak blame abang ipar aku. Tapi aku nak minta pendapat korang, apa yang patut aku buat.
– Aku Keliru
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
sjibik la cam family ak .. thun ni smua pakat raya kt KL .. mentang ii mak ak blik kmpung , bila diajak blik kmpung .. ckp xde duit la hape lah .. alasan bengong je smua tu ..
Well.. dik.. bla da kawin, mmg x lari la bnda tu smua.. masing2 kena btolak ansur. Bla ank2 da bsr n da kawin, kita sbgi org tua pla x kn dpt lari dr smua yg emak adik alami. Mslh utama bla da kawin, ko da ada family sdri, mknanya ko ada life n ko ada planning utk life ko. Emak ko pla x bole sesuka ht da bt planning tnp tny ank2 yg da kawin. Kena tny pa planning ank2, bgtau jg planning dia sdri. Plg susah kalo slh sorg asyik nk ikut planning dia je, sendiri jg sakit ht. Bincang sma2 mcm mn spy planning masing2 dpt digabungkn. Kena ingt, kta bukan lg hidup mcm dlu bla da kawin or bla ank2 da kawin. Kdg2 kta nmpk org tu pntgkn sblh kluarga dia tp kta x tau knp. Mgkin ada hal2 yg tersirat. Org tua ni slalu lupa masa dia da kawin n emak ayah dia masi hdup, dia pkir x emak ayah dia jg masa dia planning utk life dia? X smua la..
Hasil pengalamn n pemerhatian sy, Ok sgt dah tu raya kat umah mertua smpai raya ke2.. Lame la tuh.. Huhu
Rsnya adil la tu mcm tu..
Okla tu…isteri kene ikut suami..lagipun suami sbg anak laki tnggungjwb die lbih besar trhdap org tuanya
Adil dah macam tu… ktorg adk beradik pon buat gitu.. tahun ni raya prtama semua sebelah family, raya kedua awal pagi trus ke rumah mertua.. tahun depan sebalik nya pulak.. adil dan saksama.. tak kiralah mana family ramai or x.. trima je kptusan abg ipar. Dia ada family jugakk.. okay dah tu nak balik raya kedua. Siap petang lagi nak gerak. Kalau ktorg, awal pagi lagi dah gerak… tak ada apa yang perlu dirunsingkan pon..
Bila mak ayah bersuara, abg ipar tu patut difahamkan.. dan bila dia sedar, dia mungkin akan menjelaskan kenapa berbuat demikian..
Sebenar nya, dah betul n ok la tindakan abang tu..
Macam saya tahun 1 & 4 ni, raya di rumah mertua.. seminggu sebelum dan selepas raya stay kat sini..
Tahun 2 & 3 kami beraya 2 hari je di rumah saya, family lagi sikit dan sehari habis dah raya tau..nak g umah kengkawan pun xbalik lgi.. mak pun sedia maklum n bgi balik ke rumah suami raya ke 2 @ 3..
Bila balik rumah suami, family ramai sangat.. dengan orang dtg rumah n memang meriah.. saya pun sedia maklum la nape lama kat sini..
Kalau awak dah kawen lagi2 partner ramai saudara mara, awak akan faham perkara ni..
Tiada apa nak dikelirukan k.. ;-) ;-)
aku ttiap2 thn ry pertama mesti unh kluarga husband dlu.dh settle semua kluarga mertua bru blk unh mak aku. relex jer kami adik beradik..xdak terasa hati apa pon… yg penting niat Lillahitaala…Mak aku pon Alhamdulillah memahami sgt….
Biasa la tu dik. Kau buat tak port je.
situasi normal ni dik..xde isu..
Hahahahaha….hati ko kejam fikk…haha
hahaha straightforward sgt ke
no issue.
Ko kawen dl la…
Ko tak kawen lagi memang la nampak macam tak adil. Tunggu time ko dah ada 2 keluarga nanti jadi apa pulak.
Benda mcm ni pun jadi masalah ke? Adoi
Ok je dik..takkan nak kira berapa hari pastu bahagi 2 negeri sama rata baru rasa adil.kena tgok keadaan juga…
Adil bukan bermakna sama rata. Tapi adil itu bila meletakkan sesuatu itu di tempatnya.