Bila balik raya je aku migrain tengok kondisi rumah aku (bersepah) kadang kadang aku bebel kat mak aku tapi aku tau mak aku pon penat. Mak aku kerja tanggung adik aku 2 org, ayah aku dan anak akak aku 2 org sebab kakak aku dah bercerai dengan suami dia, gaji dia pon tak cukup nak menyara penuh anak anak dia. Kesian kat kakak aku tapi lagi kesian kat mak aku.
Mak aku dah 55 tahun. Tapi mak aku buat semua. Dari hal cari duit sampai ke hal rumah tangga. Adik aku, kakak aku balik kampung, mak aku yang ambil dorang kat perhentian bas. Ayah dulu penah stroke so dia berhenti kerja, mak aku pula terpaksa kerja sebab adik adik kecil lagi. Bila ayah aku dah sihat, dia dah malas kerja sebab dia tahu mak aku dah boleh buat semua. Kesian mak. Sebab tu juga rumah tak terurus. Mak selalu cakap dia dah tua. Dia dah tak kuat. Sedih.
Ayah aku baring je, seharian. Kadang kami keluar beli barang balik lambat, ayah tak ikut, ayah punya tahap malas sampai lampu pon tak buka dan dia duduk dalam gelap tunggu kami balik. Kalau balik lambat ayah akan call marah marah. Kemarin tengah berbuka ayah kata mak tak boleh fikir yang ayah ni kuat makan sebab mak beli nasi ayam sebungkus je untuk ayah, mak bagi nasi dia dekat ayah. Ayah tolak dan terus bangun pergi mandi. Kesian mak. Mak balik kerja ( btw mak aku ni meniaga ) ayah mengesot pergi dekat mak tanya untuk berapa. Lepas tu ayah ambil rm200. Mak kata banyak barang tak beli lagi untuk raya, modal pon tak rolling lagi tapi ayah kata mak membazir. Ayah bagi mak rm100, ayah pegang rm100. Mak diam je. Ayah bising bising cakap mak suka membazir. Tiba tiba kakak ( anak buah aku ) datang rampas duit dr tangan ayah dan beri semula ke mak aku. Anak buah aku baru darjah 6, dah pandai nak back up nenek dia. See?
Before aku pakai kereta memang setiap bulan aku akan bagi duit dekat mak tapi selepas pakai kereta kewangan aku agak tak stabil maybe sebab aku pon baru bekerja dalam 2 tahun, baru nak menapak orang kata. Abang aku yg second banyak juga membantu tapi dia pon kerja tak tetap. Kejap meniaga itu kejap meniaga ini, apa saja lah kerja dia buat untuk mendatangkan rezeki dan untuk tolong mak. Adik beradik yang lain? Masih banyak buat hal sendiri. Malah, mak yang lebih banyak membantu dorang.
Walaupon umur mak dah lanjut, solat dan puasa mak tak tinggal. Bila masak dengan dia mak selalu cakap mak sakit kepala. Mak jenis menjaga kesihatan, tak minum ais. Makan jamu. Mungkin sebab mak tau, dia lah segala galanya bagi anak anak dia.
Tak boleh imagine kalau mak takde. Kadang kadang tak nampak mak buat apa bila tgk rumah bersepah. Padahal? Baju baju siapa yg basuh sidai? Pinggan yang tiba-tiba hilang siapa yang basuh? Allah… Mak, tolonglah bertahan untuk kami. Kalau aku dah kahwin nanti. Mak macam mana? Kurang anak dara dia untuk tolong dia di dapur.
-acik
– Acik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
sedih kalau tengok mak cik umur lebih dari 50 masih kerja.kalau kerja pejabat ok lagi. kalau kerja kudrat . xleh sangat.
moga mak saudari diberi kekuatan, family dimurahkan rezeki.. aamiin.
pesanan untuk diri aku plak, penat2 kerja. ramai lagi orang kerja penat utk settlekan tjawab dia :,(