Hi admin. Pertama kali, terima kasih sebab sudi publish confession ini. Asalnya saya tertarik dengan suatu posting tentang etika buruk penjual ubat ajaib serta betapa kecewanya kebanyakkan rakan rakan di facebook yang bekerja di bidang perubatan. Tapi memikirkan rakan baik saya seorang doktor, dan saya sendiri berkawan dengan pakar pakar yang merawat sakit saya, jadi saya memilih iium sebagai medium perantaraan sebab malas nak bergaduh.
Pada pandangan saya, kebanyakkan doktor cuma menyalahkan pesakit 100 peratus bila pesakit memilih ubat ajaib tanpa memikirkan dilemma pesakit dan sebab kenapa pesakit memilih ubat ajaib yang harganya juga ajaib mahal nya.
Pada pandangan saya, doktor di malaysia harus tukar cara penerangan mengenai ubat ubatan. Di kebanyakkan masa, terutama sewaktu saya masih di zaman sekolah, doktor yang merawat saya cuma bagi ubat semata mata tanpa penerangan. Ingat lagi di usia 9 tahun, saya selalu sakit kepala. Doktor yang merawat sekadar memberi pain killer. Tiada penerangan kenapa saya perlu makan pain killer. By time, di usia 14 tahun, saya sedar sesuatu yang buruk pada diri sendiri. Saya ketagih pain killer. It such a long history how i can survive.
Di usia 19 tahun, suatu yang tak di ingini berlaku. Saya kemalangan sewaktu di universiti. Tak lama lepas kemalangan, saya mula sakit belakang. Bila membuat imbasan x ray, tulang belakang saya slip. Tiada penerangan dari doktor untuk tindakan selanjutnya dan saya hanya berikan ubat tahan sakit. Juga tiada penerangan kenapa saya perlu telan ubat tahan sakit bila sakit.
Saya tamatkan pengajian sehingga ijazah semata mata kerana kesihatan saya semakin buruk. Bila mendapat pekerjaan, saya jumpa pakar and it was too late. saya perlu menjalani pembedahan tulang belakang. Tetapi semuanya tidak berakhir di situ. Kali ini kaki saya pula selalu sakit sejurus selepas pembedahan. Kaki kanan saya tidak boleh menendang dan selalu kebas. Jadi doktor memberi ubat yang saya tidak pasti apa tujuan saya telan macam macam ubat. Saya pernah tanya kepada orang yang jaga kaunter farmasi, tergagap gagap budak kaunter. saya as a person tidak sampai hati nak buat queue jadi lebih panjang.
And so recently we figure out ada sesuatu yang ganjil pada hormones saya. Kali ini saya lebih matang bila bercakap tentang ubat ubatan. Sewaktu berbincang dengan pakar, pakar cadangkan certain ubat ubatan. Saya catat dan saya tanya kembali, each of every medicine untuk apa? Kenapa saya perlu telan? Apa bakal berlaku kalau saya memilih untuk tidak consume ubat terbabit? Apa kesan jangka panjang kalau saya consume ubat tersebut? Apa kesan sampingan bakal saya hadapi? Saya perlu tahu sebab dalam masa yang sama saya perlu consume ubat untuk kaki kanan saya. Waktu tu jam 12 tengah hari. Sudah waktu lunch hour dan pakar terbabit mengeluh kecil. Sama sama lapar. Tapi bagi saya, sebagai pesakit dan pelanggan saya perlu tahu fungsi setiap ubat ubatan terbabit.
Teringat suatu ketika dahulu, seorang wanita tak di kenali viral dalam internet kerana menuduh chemotherapy sebagai punca kematian adik beliau. Upon reading, saya perasan suatu perkara, di mana PIC kes adik beliau tidak memberi penerangan kenapa harus lalui chemo. it is simply like ” She have cancer, lets do Chemo” sedangkan pesakit dan ahli keluarga perlu tahu
1. kenapa terpaksa melalui chemo?
2. Apa yang bakal berlaku sepanjang chemo?
3. Apa pesediaan pesakit dan penjaga pesakit?
4. Kita tahu sepanjang chemotherapy pesakit kemungkinan besar akan hilang selera makan. Tak nak makan macam mana nak lawan penyakit? Tak rasa nanti pesakit mati kebulur instead of cancer? Apa yang penjaga dan pesakit kena prepare bila menghadapi makan muntah makan muntah while u do chemo?
Dan pelbagai soalan lain.
Pesakit dan penjaga perlukan jawapan dan kami berhak untuk tahu.
Saya juga bekerja dalam bidang kosultansi. Saya faham, jargon adalah big barrier dalam mana mana bidang kosultansi. Penat. And we simply assume the other party as know nothing in a manner way perhaps. Kita pandang rendah dengan orang yang tidak sama bidang.
“Alah, bukan dia faham pun kalau kita cerita. Buek penat den cakap berbuih.”
Tapi kena terima zaman sudah berbeza, pelanggan tak kira apa bidang sekalipun, mereka harus mendapat penerangan yang sepatutnya walau pada kita mereka soo dummy. Sebab nya orang sekarang membaca. Bezanya, bila kita pakar dalam bidang kita, kita tahu yang kita baca betul atau palsu, sedangkan yang bukan di bidang kita telan bulat bulat.
Posting saya bukan bermaksud saya menentang para doktor doktor sekalian. Hidup saya banyak berkisar di hospital termasuk hantar ambil member doktor lunch dinner kadang kadang sarapan pagi. Tapi ini antara jawapan kepada misteri para pengamal perubatan kenapa ramai yang sanggup telan ubat ajaib. Penjual ubat ajaib kebanyakkannya konsisten bercerita kebaikan produk dia, sedangkan doktor doktor jarang jarang nak cerita kenapa saya kena consume ubat tu. Apa manfaat nya.
Perhaps doktor doktor bukan ahli perniagaan dan mungkin sukar untuk berfikir tentang hidup ini bukan sekadar menyalahkan pesaing dan marah kenapa pelanggan pilih pesaing. Tapi belajarlah apa yang ada pesaing yang boleh kita guna kepada pelanggan kita.
Kebenarannya, pelanggan tidak percaya pada ubat ajaib jika cuma di nyatakan “ubat Ajaib” tapi penerangan kenapa dan manfaat bila consume ubat ajaib buat mereka sanggup berhabis habisan dengan duit.
Regards,
Pelanggan tetap Hospital
– IHA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit