Pesanan Untuk Pelajar Universiti

Assalamualaikum, aku student ipta di salah sebuah universiti di Malaysia ni. Terima kasih kpd IIUM jika sudi publishkan kisah ni.Pertama sekali, maaf kerana kisah ini agak panjang..Disini saya ingin menceritakan pengalaman saya terjebak dalam sindiket MLM. Iaitu MOH ACADEMY atau dikenali OUR ( one united republic).Tujuan aku menulis ni hanya untuk beri pengajaran terutama kpd student U diluar sana.

Kisah ini bmula apabila rakan classmate aku mengajak pergi menonton wayang di Pavilion.Kebetulan aku memang free waktu tu jadi aku terima ajakannya. Ingatkan kami berdua jee rupa-rupanya naik kereta kawan dia yg ada lagi 3 budak lain yg saya tak kenal. Rupa – rupanya mereka satu universiti dgn saya . Dalam kereta, bermacam soalan mereka tanya saya, nama siapa, tinggal mana,kos ape, makbapak keje ape, ade bisnes ke? Saya pun layankan je laa sebab sangka mereka memang peramah. Tapi dalam tak sedar, mereka memang sengaja nak korek informasi diri kita untuk cari hot button.

Sampai panggung wayang, rupanya ramai lagi member diorang kat sana. Musykil jugak saya, siap tanya : Ni grup apa ni? Clasmate saya kata: Oh, ni grup kelas online aku kat luar. Kitorang sewa satu hall tau untuk grup kelas online ni. Saya pun tidak menyangka apa – apa just datang situ untuk menonton wayang je.

Habis je wayang, ingatkan terus balik ke U , rupanya mereka ajak lepak makan kat kedai mamak Alfa depan bangunan MIDF, Jalan Raja Chulan.ikutkan saya memang taknak pun lepak..sebab dah lewat sangat, terfikir nak masuk pagar U lagi , berdebar gila dibuatnya. Tapi sebab follow orang lain, terpaksa la.Kat kedai mamak tu , komuniti kelas online tadi sume sembang kencang pasal bisnes, mind set.Penuh 1 kedai. First impression , saya impress jugaklah sebab ada orang melayu yg business minded dan boleh sharing dengan org lain. Tengah dok lepak minum , tetiba ada sorang network kelas online tu datang bersembang dengan saya. Qawiy namanya.

Qawiy mula dengan cerita apa yg komuniti kelas online tu buat, pastu dia cerita kejayaan dia setelah hadiri kelas online . Katanya, walaupun dia student tapi dia boleh berjaya dalam business. Saya dengar je laa sampai abis cerita dia. Last sembang dia tanya, ” Macammana, berminat tak nak join kelas online ni? RM 800 je dah boleh belajar online.Tengok kawan awak ( classmate saya) tak percaya ke dengan dia? Bawak awak kesini sebab nak berjaya bersama-sama.Saya pulak nerd begitu naif tak menyangka itu modus operandi mereka ketika itu. Mereka suka menggunakan permainan phycology dan perasaan. Malam tu jugak saya bagi deposit RM 200 . Rasa bodoh bila ingatkan balik.

Bermula malam itu, bermulalah detik saya terjebak dengan MOH ACADEMY ni.Dan second time aku datang ke centre di MIDF saya join event E-Learning.Time ni saya dikenalkan dengan Jannah dan Afila. Rupanya mereka network atas clasmate saya tu. Malam tu jugak mereka ajar aku cara nak fight duit yg balance RM 600 tu dengan cara meminjam. Pastu mereka sentuh emosi aku ,cakap pasal tolong mak bapak. Kelas online ni boleh buat bisnes sekali . Dapat duit boleh tolong parent , lagi lagi saya anak sulung. Seriously, anak mana yg tak tersentuh hati bila isu nak tolong mak bapak? Jannah terus suruh saya buat list nama untuk dipinjam duit. Seumur hidup saya, tak pernah pinjam duit sebanyak tu kat orang. Tapi sebab bisnes tak guna ni saya terlanjur buat. Siap ajar lagi nak pinjam duit nanti jgn cakap nak buat bisnes, tapi cakap nak belajar, yuran kelas. Baca bismillah bila nak mintak pinjam tu.Mereka kata dengan saya , “awak belajar pun guna duit PTPTN KAN MEMINJAM, takkan utk BISNES tak boleh meminjam? Geram bila tulis balik cerita ni, PTPTN aku pinjam untuk masa depan aku OK, bukan hancurkan masa depan dengan BISNES TAK GUNA ni.

But, aku buat jugak, meminjam dari kawan. Maybe sebab time tu semangat ade clasmate dan tetiap hari di push dri leader atasan tanyakan pasal duit tu bila boleh setel.Niat aku pun sbenarnya nk tolong org lain jugak berjaya.

Dan aku setel RM 800 tu. Dan aku boleh jumpa dgn leader untuk bincang flow business. Malam tu jugak aku dibentangkan bisnes flow. Ingatkan Rm 800 je kesudahannya rupanya kalau nk dapatkan lebih kelas online kene naik ke advance . Rm 9000.Boleh naikkan income sekali.

Aku balik rumah berbincang dgn parent, mereka tak setuju sebab jumlahnya terlalu besar. Mereka setuju klau aku amik kelas basic je.

Sebab parent taknak aku terbeban dgn hutang keliling. Diorang siap kata..takde restu untuk aku teruskan bisnes ni. Klau buat jugak pelajaran ko jatuh.Tapi aku degil aku teruskan jugak meminjam. (Maafkan aku mak abah).Bila aku cerita dgn jannah hal parent aku dia kata aku jangan negatif dgn bisnes ni.Dia kata..aku je tahu ape yg boleh dpat kat sini sebab aku yg berada dlm environment OUR. (One United Republic)

Nak dijadikan cite, Aku fight duit nak ke advance dalam 3 week jugaklaah. Itupun sebab tetiap hari kene brainwash, dgn kak husna ,jannah sampai mengganggu hidup aku dengan wassup diorang .Nak kena update location, update aku dah setel Advance kee.. time ni aku rasa study aku pun kelaut daah. Tapi aku bertahan sebab ade klasmate aku sekali kat tempat ni.

Time dah naik advance, aku cuma berjaya cari 1 org jee untuk amik basic. Maafkan aku kawan , menjebakkan ko ke tempat macamni. Penat ajak org setiap hari tak dapat dapat . Aku cuma datang MIDF tetiap hari sebab dipaksa untuk dengar sharing. Balik U lewat polis bantuan tahan. Pernah sekali tu menumpang tido rumah kawan luar kampus. Macam tak betul da rutin aku dibuatnya. Pergi kelas mata sembab, balik kelas pukul 6 petg nak gerak ke KL. Kalau tak Jannah amik, kitorang terpaksa naik public transport. Naik kereta pun berhimpit , heran aku kata berduit buat bisnes, tapi kereta yg aku naik tu sebenarnya dia sewa je. Kelakar rasanya bila dengar.

Sampai satu masa, ketika aku tengah final exam. Aku dipaksa datang oleh Kak Husna untuk consert starsearch. Aku takmo pergi sebab esoknya aku ada final paper . Tapi dia suruh pergi jugak katanya tiket dia belanja. Aku, introducer aku dgn PA (prospek) aku terpaksa turun jugak malam tu di Hotel Istana. Rupanya , si Husna menipu kami je.Malam tu jugak dia mintak duit tiket Rm 50. Benganglah aku, aku kata aku takde duit lain kali bayar. (Sampai sudah aku tak bayar kahh)

Lepas final, cuti sem. Aku tak datang langsung ke program OUR. Tup tup aku kene buang dari group wassup MOH Academy. Rupanya my introducer pun kena remove dari grup tu sebab kami tak active. Begitu senang sekali diorang remove orang konon member bisnes bersatu sehati sejiwa.
Ekceli, masa cuti sem, aku baru rasa benda yg aku buat ni salah dan menipu orang.Bila aku dah jauh dari environment mereka , spend time dgn family dan kawan aku baru dapat kesedaran dalam hati. Patutlah masa aku aktif dalam bisnes tu dulu diorang tak berapa suka kalau kita selalu balik rumah jumpa family ( risau ter-negatif dgn bisnes). Dapat result exam pun jatuh teruk. Menangis aku . Alhamdulillah tak repeat.Tapi Dekan yg aku capai sebelum ni dah kelaut. Ni pengajaran terbesar buat aku . Buat introducer aku , aku maafkan kau sebab aku tahu kita sesama mangsa ,naif dan bodoh kerana percaya bisnes ni.

Baru- baru ni diorang ada whassup aku, tanya sama ada masih minat bisnes mereka atau tak? Maaflaah cukup sekali kau pernah buang aku tipu aku..takkan aku kembali lagi tempat tu.

Ps:Untuk mengaburi mata org ramai, sekarang ni diorang tengah cari orang dengan event Starsearch , Digital career , movie dan boling.

Pesan aku ,terutama untuk budak U:
1) Percayalah kata -kata parent korang walaupun ade katanya yg mengongkong kita .tapi percayalah mereka percaya apa yg terbaik buat kita. Ingat restu mereka amat penting .

2) Jangan mudah percaya kawan. Kalau ada kawan yang tetiba ajak bisnes tu baik selidik dulu. Biar hilang 1 kawan, jangan* hilang* diri sendiri.Aku sampai tak kenal diri aku kut, menipu mak bapak, kawan semata bisnes ni.Kata leader takpe, susah dulu , senang kemudian. Mereka memang tak kisah dah bab menipu ni.

3) Berhati- hati dengan pujukan MLM di Universiti. Biasanya puak diorang ni ada di kafe sebab ramai student berkumpul.Time tu jugak ada yg tetiba datang kat korang untuk cerita hal *bisnes* ni.Target mereka student sebab student takde komitment, ada semangat yg kuat nak tolong ibu bapa dan excited bila bercerita hal duit dan ekonomi. Jadi hati hati.
Aku tahu ramai student UITM Shah Alam ada kat sini. Siap bina team besar ,dan segelintir budak UiTM Puncak Alam.

4)Percayalah, takda bisnes yg mudah, boleh dapat duit bila cari orang.. Kalau dapat duit dengan hasil cari network lain, biasanya tu MLM.

5) Bisnes MLM sekarang ni bukan hanya jual produk jee , eg: mesin urut. Tapi guna service , eg: online education sebagai produk jugak.

* doakan aku kuat nak habiskan final semester ni* Inn shaa Allah.

Ikhlas,
Cik R

– Cik R

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit