Hai aku faham ramai yang tertanya tanya fasal post nie. Aku pasti ramai yang tahu benda ni sudah semestinya HARAM.
Yes.. Tapi kenapa masih lagi ramai yang tengok? Walaupun dah jadi Suami, dah ada isteri dan paling aku pelik dah ada anak?
Sebelum aku teruskan cerita, aku tak tujukan kepada semua lelaki dan semua suami.
Aku tahu ada yang bagus. Alhamdulillah anda sangat pentingkan keluarga bukan pentingkan nafsu serakah semata.
Kisahnya begini, semasa bercinta aku tengok semua manis, semuanya bagus. So kami teruskan majlis bertunang. Dalam fasa ni semua orang tahu cabaran nye lain macam.
Dia pernah kantoi dengan aku disebabkan perangai gatal dan kaki porn. Bukan tu saje ye. Isteri orang pon jadi mangsa kegatalan dia.
Aku termenung lama. Adakah betul aku tengok ni? Dia ke? Bukan ke dia baik, kuat agama, hormat orang tua, jaga adab lelaki dan perempuan.
Tapi apa yang aku tengok semua tu, dia ke. Aku ambil keputusan untuk berbincang. Aku sangat2 marah sebenarnye. Tapi aku cuba tenang.
Yes dia mengaku itu zaman dulu. Dia dah berubah. Siap menangis lagi terang dekat aku. Aku fikir lama untuk terima apa yang dia cakapkan.Tapi aku pon manusia penuh dosa..
Aku bagi peluang untuk dia buktikan dia berubah. Aku tak berhenti berdoa untuk dia. Lagipon tak lama lagi dia nak jadi suami aku, imam aku kan
Akhirnya kami bernikah. Ya kami dah kahwin! Untuk tempoh itu tak ada apa2 lagi yang buruk. Semua nye bagus. Dia sangat bertanggungjawab, rajin tolong aku dan macam2 lagi.
Tapi ada satu hari aku ternampak gambar. Ye satu gambar ketika di tempat kerja. Gambar staff2 dia ramai2 tangkap gambar.
Sebelah dia ada seorang perempuan sexy ye. Sexy. Dengan tanpa rasa bersalah dia berpeluk dengan perempuan tu.
Perempuan tu juga dengan selamba letak tangan dibahu laki aku. Walaupun bukan peluk dari depan atau belakang.
Bagi aku benda tu sangat menyakitkan hati seorang isteri. Aku tanya dia, kenapa macam ni? Dia marah2 aku dan tukar password handphone dia. Aku menangis diam2. Aku masih lagi sabar.
Aku pendekkan cerita, ketika bulan puasa pula. Dia kantoi tengok porn haram tu sebelah aku. Ye sebelah isteri dia yang sah dan HALAL. Bila aku tanya kenapa tengok. Tak rasa hormat dah dekat isteri?
Dia dengan berbangga cakap dia tak tengok pon. Padahal aku siap tunjuk history video2 yang dia tengok tapi dia masih dengan ego setan dia tu cakap dia tak tengok.
Dia marah2 aku, tengking2 aku, kena maki. Bila bergaduh memang itu yang aku selalu dapat.
Bayangkan bulan puasa sanggup dia tengok. Aku sedih sangat. Aku percaya dia berubah. Tapi mana.. Mana! Aku berdoa dekat Allah, aku nasihat pon tak berjalan. Apa lagi nak buat?
Untuk pengetahuan, dah banyak kali dia kantoi dengan aku. Tapi aku diamkan je. Aku dah penat. Ya Allah dah penat. Tak tahu nak buat apa lagi..
Nak minta lepas? Pernah aku minta… tapi dia ugut aku.
Satu lagi peristiwa yang aku memang tak percaya dia ni manusia. Aku pregnant anak first. Ye masa tu dia dengan rajin nye tolong buat kerja rumah bagai. Aku bersyukur. Tapi kantoi lagi dengan aku.
Ye kantoi tengok lucah, perempuan bogel, sexy.. Ya Allah sedih sangat. Aku salah ke ye..
Bila tanya, dia tk nak mengaku jugak. Padahal bukti terang2 dh ada. Aku tak tahu hati dia ni dah hitam sangat ke.. Masa mengandung pon tengok.
Masa berpantang aku tak tahu lah apa lagi dia buat belakang aku. Kenapa buat isteri mu macam ni. Apa salah aku. Kenapa suka sangat menipu…
Semoga ada anak seterusnya dia berubah. Semoga ada sinar dalam hidup aku. Semoga dia berubah. Jangan la menyesal kemudian hari. Aku buntu.
Aku tak tahu nak buat apa dah.. Maaf aku menangis masa menaip ni. Aku dah tak tahan macam mana lagi..
Aku tahu aku tak boleh ubah dia. ALLAH sje yang mampu. Dan diri dia sendiri sama ada nk ubah atau terus jahanam..
Kepada yang membaca, jika anda pernah mengalami keadaan macam ni atau lebih kurang macam ni. Aku nk minta pendapat korang. Apa yang korang buat dan kuat untuk hadap masalah ni?
Macam2 tips aku google semua aku dah buat. Tapi dia masih lagi dengan perangai dia tu.. Aku buntu… Maaf jika penulisan ini ada menggangu emosi kalian…… Doakan aku…
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit