Hai semua. Saya minta maaf sebab post kat sini. Cuma saya perlukan pandangan mereka yang bergelar isteri kat sini.
Saya bukan isteri sesiapa, tapi saya merupakan orang ke tiga tanpa saya sedar. Saya kenal seseorang yang lebih muda dari saya dan saya tidak tahu dia sudah berkahwin.
Atas lemah nya iman, dan kebodohan diri, kami berdua terlanjur berkali-kali.
Long story short, saya mengandung. Dan ketika itu dia sudah pon perlahan lahan berubah.
Ketika itu lah saya baru mendapat ilham untuk mencari tahu tentang dia. Ternyata dia tipu semua nya, termasuk nama nya yang sebenarnya.
Saya bersemuka dengan nya dan dia menyatakan tidak boleh berkahwin dengan saya kerana dia sudah pon beristeri.
Sepanjang hamil, sekali pon dia tak menjenguk, bertanya khabar. Hanya saya yang masih bersikap baik dan sabar.
Dalam masa yang sama, saya bertaubat, kembali pada Allah dan mendoakan agar dia pon sama berubah dan menjadi lebih baik.
Terkadang dalam waktu rasa sedih, sakit dan kecewa, terdetik di dalam hati hendak membongkarkan segalanya kepada isteri nya.
Tapi tak sampai hati memikirkan anak nya yang masih kecil. Maka saya pilih untuk pendam.
Sehinggalah suatu hari, ketika saya mendoakan sungguh sungguh pada Allah, tunjukkan kebenaran tentang dirinya sebab hati saya rasa ragu ragu bila dia katakan dia tidak lagi hendak berlaku curang.
Dan terdetik dalam hati untuk download omi, dan ya, saya jumpa profile dia disitu dan saya cuba like profile di dengan akaun palsu saya, ternyata dia like dan kemudian mesej saya di omi dan kemudian di telegram.
Kecewa? Sudah pasti. Ketika itu saya sudah tidak berhubung dengan nya kira kira 2 bulan.
Kecewa, rasa diri dipermainkan, diperbodohkan, sehinggalah membawa kepada tekanan perasaan dan anak dalam kandungan mati di usia 26 minggu.
Saya mesej dia dan bagitahu anak dia sudah pon tiada.
Dia sedih kecewa katanya dan sejak itu dia berubah. Melayan saya baik, bertanya khabar setiap hari, cuba untuk tidak membuat kan saya mengenangkan anak yang telah tiada.
Dan dia membuat pengakuan dia sudah bertaubat, menyesal dan tak akan mengulangi. Saya percaya.
Dia mula solat cukup 5 waktu, mendengar nasihat saya untuk bertaubat dan tak mengulangi mengikut hawa nafsu, saya meminta dia baiki hubungan nya dengan Allah dan isteri nya.
Sebulan selepas itu, saya cuba untuk mesej dia di telegram menggunakan fake account saya. Dan ya, kecewa. Dia membalas dan berborak seperti biasa. Seperti tiada penyesalan.
Setelah semua yang saya tahu, sisi gelap nya yang isterinya tidak tahu, saya cuba tidak memberitahu isteri nya.
Namun, melihat dari diri nya, saya tahu, dia akan terus menerus menyakiti dan membohongi isterinya.
Dan saya hendak meminta pendapat para isteri disini, wajarkan saya memberitahu isteri nya tentang perlakuan suami nya dibelakang isteri nya?
Ada kah perbuatan saya ini akan meruntuhkan rumah tangga?
– Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya rasa sis boleh bagitahu pada isteri dia supaya isteri dia tahu siapa suami dia dan dia boleh berhati hati. Bayangkan kalau kita yang berada di tempat isterinya mesti kita nak tahu apa yang suami kita buat dibelakang kita. Kalau tak sampai bila pun isterinya akan tertipu