Penerima Zakat

Aku Mai, bekas pekerja pasaraya terkemuka negara. Cawangan mereka banyak, semua negeri ada. Pengalaman aku lebih 10 tahun dalam pasaraya tu. 

Aku hanya nak kongsikan pengalaman aku sepanjang handle penerima bantuan zakat ni. Bantuan zakat ni luas, macam macam kategori ada.

Pasaraya aku dipilih sebagai salah satu tempat untuk penebusan zakat ni. Ada dua kategori. Kategori makanan (secara bulanan) dan kategori pakaian. (biasanya barangan sekolah). Setahun sekali je dapat. 

Penerima akan menerima wang ringgit biasanya dalam bentuk ewallet. Takde tunai ye. Ada yang guna IC, ada yang guna apps, ada yang guna baucer.

Tapi sebelum tu aku nak terangkan sikit pasal bantuan ni. Pertama sekali, bantuan ni bukan under pasaraya. Kami hanya bekerjasama untuk penebusan sahaja. Biasanya pihak syarikat dan pihak zakat akan berjumpa berbincang mengenai sistem mereka, barangan mereka.

Jadi kami yang pekerja ni memang tak tahu 100% kelayakan penerima, bila duit masuk dan sebagai.

Cuma kami pekerja akan di ajar cara untuk membuat penebusan di kaunter melalui sistem pasaraya, sistem di dalam telepon penerima beserta senarai barang yang boleh ditebus dan tidak boleh ditebus. 

Biasanya penerima bantuan ni akan diberi taklimat cara penebusan tu. Barang apa yang boleh, barang apa tak boleh, berapa anak dapat kalau untuk barangan sekolah. Berapa ratus seorang. Semua dah dimaklumkan kepada penerima.

Tapi biasalah, untuk sistem yang canggih ni, ada di kalangan pakcik dan makcik yang tak tahu. Ok takpe kami faham. Kami ajar dan terangkan. 

Penerima yang betul betul layak ni, tak banyak ragam pun. Diaorang ni senang je follow rules. Mudah sangat handle mereka. Tapi yang selalu kami dapat manusia yang tak bersyukur ni. Ada sahaja benda yang mereka complaint.

Standard penerima seorang anak RM250. Kalau ada sesi petang atau sekolah menengah akan tinggi lagi lah duit mereka dapat untuk seorang anak sehingga RM450 seorang. 

Ini aku cakap pasal penerima zakat untuk barangan sekolah ye. Memandangkan sekarang cuti sekolah. Aku yakin ramai penerima telah buat penebusan.

Penerima akan dimaklumkan sila tebus barangan sekolah sahaja mengikut nama anak. Kat sini pun ramai dah buat silap. Dalam apps mereka ada senarai yang wajib mereka ambil. Jadi mudah sangat mereka nak tebus sebenarnya.

Salah satu kesalahan ibu bapa adalah mereka ambil barangan biasa. Contoh: baju tidur, seluar jeans, panties, boxer, inner baju. Semua ni bukan barangan asas persekolahan.

Barang asas persekolahan macam baju, seluar, kain, bag, kasut dan stokin beserta tudung. Tapi ramai ibu bapa yang skip dengan alasan baju tahun lepas banyak lagi. Bag sekolah tahun lepas tak guna pun.

Sejujurnya, mereka mana nak bag2 pasaraya ni. Cikai.. takde brand. Sebab banyak kali dah aku terdengar mereka cakap nak bag yang ada brand tu. (mak² akan cakap, okay kejap lagi kita beli).

Ada juga yang menyangkal kata eh panties ni untuk sekolah la, inner ni untuk pakai sekolah lah. Aku tak nak gaduh pasal ni, kalau aku cerita kang panjang. Ibu bapa tolong faham apa itu barangan asas persekolahan. 

Aku ada cakap ambil barang ikut nama anak kan. Haa kalau anak tu lelaki ambil set lelaki. Kalau anak perempuan ambil set perempuan. Kalau sekolah rendah ambil untuk sekolah rendah. Jangan ambil ikut tekak rasa anda. Sebab semua tu dah bersistem. Faham tak sistem.

Nama anak² kau, semua dah ada dalam sistem. Ada juga yang gaduh dengan kami kata anak saya lelaki tu dah tingkatan 5. Baju dia tahun lepas pun banyak lagi tak pakai. Ni adik dia baru nak masuk darjah satu. Kira boleh lah saya ambil untuk anak saya yang perempuan.

TAK BOLEH!!! Semua ikut dalam sistem. Kalau kami scan pun, lepas scan Qr barcode mereka, layar skrin tu akan tulis “invalid item”. Jadi kami tak nak dah la, cancel barang banyak². Jap lagi HQ kata kami curi barang. 

Dulu kan, sebelum korang dapat tebus dekat kedai, korang kena datang balai raya atau dewan serbaguna, beratur kan?

Kalau datang lambat, dapat lah size besar. Tak de pun korang meminta minta nak boxer lah, nak baju untuk anak lelaki lah. Tak de. Semua ikut nama penerima, kan? Tapi bila dah bagi macam ni, naik kepala pulak korang ye. Okay tak nak bebel. Kang panjang karangan ni. 

Ada sebahagian customer yang dapat zakat ni, anak dia masuk asrama penuh. Jadi baju diorang lain sikit lah. Kadang ada yang kedai tak jual.

Jangan lah mengamok dekat kami barang takde. Korang boleh pergi pasaraya lain. Ada senarai cawangan² yang boleh tebus kan dalam apps tu. Pergi la cari area lain. Benda free ni memang kena bersusah sikit.

Korang mengamok kami memang tak boleh buat apa, memang solution dia kami suruh pergi kedai lain.

Yang bagusnya bantuan ni, korang boleh tebus kat cawangan lain sikit, cawangan ni sikit. Bukan terus habiskan sekaligus. Nak simpan sikit untuk guna lain kali pun boleh. Nampak tak untung dia kat situ. 

Ada satu customer ni, dia jumpa aku, dia cakap nak ambil barang biasa sahaja. Taknak barang sekolah. Aku cakap tak boleh. Lepastu dia cakap, kenapa tak boleh, saya pergi kedai lain boleh je.

Aku pun cakap, maaf memang tak boleh, sistem dah set kalau barang biasa nanti akan tulis dekat situ “invalid item” jadi proses pembayaran tergantung.

Wahh, dia dengan tak puashati, tinggikan suara sikit lepastu cakap macam ni “anak saya duduk asrama, baju semua tak pakai yang dekat sini punya, lagipun saya dah call pihak zakat, diorang kata boleh je tebus barang biasa”.

Sebab dia dah cakap macam tu, aku terus cakap kat dia, “bagi saya detail puan, saya nak confirmkan dengan pihak zakat”. Dia terus pergi weii. Lepastu aku tanya dalam group zakat tu, diorang menafikan tak ada pengecualian untuk ambil barang biasa. 

Maaf la panjang sangat bebel. Tapi aku nak cakap, korang kalau rasa dah mampu. Pergilah buang nama dekat zakat tu. Bagi orang lain pulak. Sebab ramai lagi aku tengok pakcik makcik yang tak mampu beli barang sekolah anak. Siap tanya aku, ada tak baju clearance stok RM10. Kesian ye. 

Untuk cashier dan staff staff pasaraya, sila lah kawal ekspresi muka anda walaupun ada customer yang menyakitkan hati. Cuba belajar kawal emosi.

Aku selalu pesan dekat adik adik. Kita ni pekerja bawahan sahaja. Tak perlu berlagak bagus, sebab bila² masa kita boleh dibuang oleh pihak atasan..

Untuk pasaraya terlibat, tulis lah besar² dekat kaunter “Kaunter zakat”, kadang ada tulis tapi kecil sangat tulisan. Dah beratur panjang panjang sekali salah kaunter. Nak kena beratur balik. Baran oiii.. waktu kemuncak sila lah buka semua kaunter.

Untuk yang beragama islam. Jangan menipu bab zakat ye. Bos kita memang ramai non muslim. Tapi kita yang muslim perlu bertanggungjawab sebab itu zakat. Nak kejar sale silakan. Tapi bab zakat jangan main² ye..

Sekian…

– Mai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *