Kewangan adalah cabaran ternormal dalam perkahwinan – 10:57 AM

Kewangan adalah cabaran ternormal dalam perkahwinan

Aku, baru je kahwin. Usia perkahwinan muda lagi, dekat 7 bulan. Straight to the point, sebenarnya akhir – akhir ni, aku dilanda perasaan menyesal dgn perkahwinan ni.

Aku ni perempuan. Baru saja bergraduasi sekitar tahun 2014 dn skrg tgh menganggur. Pada msa yg sama aku tgh tunggu beberapa keputusan dua tige temuduga yg aku dh hadiri. Bukan tak mencuba ye, cuma rezeki takde lagi.

Suami aku, dia ni tak hbs belajar di Univerisiti, sbb katanya nak bisnes sendiri nak keje sendiri. Xnak keje kerajaan katanya. So, aku pun ikut je lah.

Aku sbnrnya mmg mencari lelaki yg zero. Miskin. Cuz nak bersusah sng sesama. Pd awalnya aku tak jatuh hati pun dgn dia, sehinggalah slps bernikah. Sbb aku save cinta aku.. Nak cinta selepas nikah. So kami mmg xcouple aku sendiri xpernah couple. Suami aku ada la couple dia dulu2 sbb dia bab agama biasa2 sahaja. Cerita nikah kami pula mcmni, abah aku dah tetapkan hantaran 9k. Nego punya nego turun 7k. Dn suami aku ni setuju lah. Kiranya dia mampu lah kan.

So, seterusnya tarikh dah ditetapkan bersama, atas persetujuan abah dn ibu aku n persetujuan suami aku sendiri. Masa pun berlalu, dan hari pernikahan semakin dekat.. Kad jemputan kahwin pun dah dihantar.. Tapi dia tak dapat sediakan pun 7k yg diminta. Takkan nak batalkan perkahwinan? Nak teruskan jugak ke? Jemputan dah hantar. Ibu dn abah aku org besar juga. Ramai kenalan. (Famili ak biasa2 saja.. Xsusah dn xberada).

Aku pula anak bongsu. Kiranya ini wedding terakhir, (Wedding of the year bg mereka). Aku nak hepikan abah dn ibu aku. Dan dan jadi mcmni pulak. 7k je kot. Itupun dia sendiri yg nego dan bersetuju. Ok ok bertenang.. So skrg perkahwinan tetap diteruskan, abah dn ibu yg akan support. Dorg kata xpe, bende nak jdi apa bole buat. Lps kawin byrlah. Aku jdi malu.

Maka berlansunglah perkahwinan. Aku sah jd isteri dia. Tapi kami tak tinggal sebumbung pun, kerana dia msh x mampu. Tmbhn pula aku sendiri blm bekerja, jd xnak lah bebankan n aku sendiri pn kurang yakin dgn kewangan dia. Ok xpe bertenang lagi. Aku set dalam minda aku, kitorg baru lagi. Mslh kewangan terlalu normal bg pasangan yg berumah tangga. Jgn melenting. Maka aku bertenang dulu.

Kemudian hari berganti hari, bulan berganti bulan. Dia masih menganggur. Ada jglah kami berbincang ttg masa dpn dn kewangan. Tapi dia msh mcmtu.. Katanya abg nak jd kaya. Abg nk kerja sendiri, abg xnak terikat dgn kerja kerajaan, abg xsuke dikawal org, abg kalau boleh xnak lah mcm robot kerja masuk pukul 8 dn balik jam 5. Abg nak jd org yg bkn biasa2. Abg nak kaya supaya kita boleh hdp senang dn abg ada masa untuk awak..

Itu kata abg.

Dn aku? Pun terdiam. Mls nak membantah atau argue. Ada juga sesekali aku argue, jawapan masih seperti itu. Pada aku.. Apalah salahnya kerja kerajaan sebentar.. Sambil tu usahakan lah impian dia.. Bkn nya susah sgt.. Atau terikat sgt pun.. Ibu dn abah aku pun dua2 kerja kerajaan.. Xdenya jd robot.. Ok aku tenangkan diri lagi.. Aku faham mmg asa certain org yang xngam keje yg rutin dia sama.. Dikawal org.. So aku posiitifkan diri lg..

Aku tahu dia masih mencuba, bkn dia xberusaha pun. Jadi aku masih bertenang, bersabar dn bg peluang. Setidaknya dia xlibatkan diri join Mlm.. Downline bagai semua tuh.. Atau melabur benda haram ke.. Sbb nak kaya sgt.. Naudzbillahi mindzalik..

Selama tempoh 7 bulan perkahwinan ni.. Dia xpernah lg bg aku nafkah.. Mksd aku bg duit.. K xpe ak bertenang dulu.. Dia blm mampu katanya.. Lgpun aku xbekeperluan sgt buat mase ni, sbb aku tinggal di rumah ibu. Ak kdg cek bank acc dia snyp2.. Mmg 20-50 je. Tapi tu la.. Aku kdg rasa terkilan.. Sbb tu kn tggjwb kan? K takpe dulu.. Aku mmg fhm sgt dn nk bersabar.. Lgpun.. Kata org "Cinta sebenar adalah yg diuji, bukan dgn duit , bukan dengan kesenangan. Cinta sebenar diuji dengan kesusahan."

Bila suami susah masa tu lah isteri kena bantu.. xpayah lah nak jumud sgt dgn fikiran duit mesti suami yg bagi. Kan?

Aku ada bisnes sendiri juga online.. Jual minyak wangi dn tudung.. Tp tlg2 mcm tu je.. Dpt lah 450 sbulan kdg.. Ibu dn abah selalu tanya.. Abg ada bg ke? Pastu aku cakap.. Ye ada.. Padahal xde pun.. Dn ada mase kdg aku yg bankin duit pd abg, dia xminta pun.. Cuma aku hrp bleh ringankan beban dia dn ada kemajuan..

Aku ni.. Xketerlaluan rasanya kalau aku kata aku isteri yg baik.. Dn sentiasa berusaha jadi yg terbaik.. Nak kate cantik.. Mmang tidaklah.. Tp aku bgn malam.. Kahfi.. Waqiah dhuha semua aku buat dgn hrpn rezeki datang insha Allah.. Kdg.. Aku persoalkan.. Kehendak aku yg nakkan llaki from zero tu.. Ak adakalanya menyesal..

Tapi itulah.. Allah nak uji.. Pilihan ko jugak kan.. Ko sendiri yg nak lelaki zero.. Skrg dh dapat.. Allah uji kata kata aku yg nk bersusah sng berhujan pns dgn suami..

Aku cuba positifkan diri dgn tenangkan diri bahawa aku xbole melenting sbb kitorg baru je kawin.. Mmg kena bsabar.. Yes duit takde lagi.. Aku rasa semua ni perlukan masa dn kesabaran.. Tapi ak khuatir ttg limit sabar aku.. Dn aku dua tiga menjak ni ada rasa bengang dgn suami aku.. Hutang 7k dgn ibu dn abah xsettle lg.. Aku malu.. Tapi pn xbole nak push sgt suami aku.. Aku tau betapa susahnya seorg lelaki nk cari duit.. Ye aku phm yg tu.

Skrg ni aku just bertenang.. Sabar.. Pada masa yg sama aku cari duit jugak.. Aku letak mindset org zmn dulu susah boleh je hidup.. Isteri suri rmh.. Suami potong getah.. Hidup je.. Dan aku tahu ramai lg di luar sana lebih teruk ujian dn cabarannya..

Cuma adakalanya aku skrg ni kerap ada rasa sangsi dgn usaha suami aku.. Dn aku khuatir sgt yg aku putus asa dgn dia atau kesabaran aku telah sampai pd limitnya. Skrg aku perlukan nasihat dn kata kata smgt. Dri korg yg mungkin mghadapi situasi yg sama.. 0r pernah melalui nya.. Malah mungkin lebih berpengalaman. Aku nak menjalani kehidpan susah senang bersama. Aku nak kotakan janji tu.. :')

-miss Lc..

– Miss lc

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *