Kewangan masa belajar – 12:38 AM

Kewangan masa belajar – https://iiumc.com/forumv2/

Oklah. Jika before nie aku cite pasal aku slalu repeat paper. La ni aku ni story about kewangan aku masa belajar dulu. Macam aku citer dulu, aku ni budak direct intake yg failed ept and apt. Aku juga warganegara PTPTN yg dapat pinjaman selama 4tahun sahaja. Jadi bila dah kena masuk celpad setahun lebih, sedia maklumlah, tahun akhir aku bakal tiada duit. Itu yg buat aku sangat takut.

Aku datang dari keluarga yg sederhana. Ayah pencen askar, mak pula dah meninggal dunia. Sifat ayah aku pula, gemar buat anak berdikari sebanyak mungkin. Adakala baik, adakala aku rasa ada buruknya. Sememangnya setiap semester akan dapat rm2ribu lebih. Tapi telah ditolak yuran dan yuran hostel maka tinggal lah dalam rm1ribu. Duit itulah jadi duit makan, duit print assignments, duit potostat nota, cases, duit beli buku n akta, duit beli pen n kertas/buku nota, serta duit makan. Tak cukup sebenarnya. Aku bukanlah kategori org yg pandai berbisnes, bukan juga orang yg pandai membuat kerja part-time. Study law pun dah buat aku separuh nyawa nak lulus, apatah lagi untuk bekerja dan bersabung nyawa bekerja. Aku takut, seandainya aku study dan juga bekerja, result aku pasti akan lebih teruk dari sedia ada. Maka aku cuba berjimat.

Aku masih ingat, ada satu semester itu duit PTPTN aku dipotong utk bayar duit pendahuluan ketika mula-mula masuk uia. Yg tinggal pada aku ketika itu hanyalah RM300.00 untuk sepanjang semester. Memang aku ikat perut. Aku hanya makan roti coklat gardenia utk mkn pagi. Kadangkala separuh pagi separuh lagi tengahari. Dan pada waktu petang aku akan order nasi putih dan telur dadar. Separuh makan petang. Separuh lagi makan malam. Banyak semester juga aku begini. Anehnya, aku tak jemu2 makan. Masa ini berat badan aku hanya 38kg.

Aku ada juga minta ayah duit. Tapi ayah hanya akan berikan RM100.00 bagi sebulan. Kadangkala RM200. Dan ayah akan cakap "Jimat duit tu, jangan taw nak berhora ja". Sayu hati ini. Aku bukan jenis yg suka berhibur. Kebanyakan masa aku, dihabiskan dalam bilik. Nak join kelab, aku risau akan guna duit lebih banyak. Mujurlah kadangkala akak aku akan menghulurkan duit. Walaupun tak banyak, cukuplah buat aku makan sesuatu yg lain dan air teh o ais.

Ketika belajar, aku sanggup habiskan duit utk print assignment, beli buku/akta, potostat nota/cases dan akhirnya ikat perut kerana ingin berjimat. Tak sesekali pun aku merungut tak cukup duit pada sesiapa. Malahan jika bulan puasa, sahur aku hanyalah biskut kering. Berbuka pun aku makan nasi putih dgn telur dadar. Rumates aku yg kasihan melihat aku, sebab kami selalu berbuka bersama didlm bilik, mereka pasti tak lokek berkongsi makanan. Namun aku tak mahu lupa diri. Aku hanya ambil kuah atau sedikit sahaja ayam/ikan. Org tawarkan makanan pun dah syukur rahmat. Namun usahlah aku berlebihan. Itu prinsip aku. Untung sgt punya roomates mcm dorg ni.

Masuk tahun akhir, aku dah tak dpt PTPTN. Duit yuran akhirnya aku minta bantuan uia. Alhamdulillah dpt. Tapi atas kesilapan aku, aku provide salinan yuran yg perlu dibayar yg belum fully updated. Akhirnya uia bayar separuh sahaja yuran aku. Dah nak final exam, aku masih tenang dan pergi ke kelas spt biasa. Walaupun aku tahu aku tak bisa lalui final exam. Aku redha je. Akhirnya ada seorang hamba Allah membantu. Alhamdulillah. Rezeki aku. Hingga ke hujung nyawa aku, aku xakan sesekali melupakan jasa baikmu. Namun, pada last semester untuk final year, aku tidak punya wang belanja. Maka ada rakan yg suggest zakat uia. Disini aku dikehendaki sertakan borang dan ada sesi temuduga.

Aku dihujani pelbagai soalan. Antara yg buat aku tersentap, "Kenapa kamu mohon zakat, sedangkan pencen ayah kamu adalah berjumlah rm800 sebulan?" Aku menjawab, "lihatlah berapa orang lagi adik-beradik sy yg masih belajar dan sy juga adalah anak yatim". Si pegawai berkata "bagi duit banyak2 nanti, kamu beli hp baru pula". Aku jwb "tujuan sy memohon krn sy tak mampu utk tampung perbelanjaan sy di uia ini. Sy tak akan mohon jika sy mampu. Dan andai tuan rasa sy tidak layak, usah ditanya lagi soalan-soalan yg bakal buat sy tidak menghormati tuan lagi". Terus pegawai itu diam dan hentikan sesi temuduga. Dan aku berjaya dapat zakat.

Kini, bila gaji yg dapat pun dah selesa, aku tak lupa untuk berikan duit kepada akak. Kepada ayah, apa sahaja yg dikehendakinya aku akn cuba tunaikan. Kepada yg telah bantu aku pada masa aku susah dahulu, insha-Allah, aku doakan Allah membalas jasa baik mereka. Dan aku bertekad akan membantu mereka yg memerlukan juga. Buat yg banyak duit, bantu lah yg memerlukan. Buat yg pegang jawatan, usah keluarkan perkataan yg bisa goreskan hati kami yg kurg berkemampuan ini. Dan buat yg kini sedang study, tak cukup duit, usah give-up. Kuatkan hatimu. Andai aku seorang perempuan yg kecil molek orangnya, mampu kuat dalam harungi result yg sentiasa repeat, masalah wang ketika study dan kini mampu berdikari. Maka anda juga mampu. Dgn izin Allah S.W.T.

– Cik Repeaters

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *