Keyboard Warrior – 7:24 PM

Keyboard Warrior

Assalamualaikum :)

Isu 'keyboard warrior' bukanlah satu isu baru, lagi-lagi bila zaman kita ni, semua benda di hujung jari. Semua benda kita nak tegur, seolah kita yang tak pernah lepas daripada melakukan kesilapan. Padahalnya, kesilapan kita elok disorok daripada tontonan umum. Biasalah tu kan, kita memang akan rasa kitalah the best one, the perfect one sampai semua yang orang buat semacam kudis di mata kita :) Bagi aku, takde masalah kalau kita nak tegur orang tapi biarlah beralas dan bukan dengan mengaibkan.

Semua orang ada hak dan kebebasan bersuara, tapi berfikirlah sebelum bersuara. Kita akan diuji dengan apa yang kita suarakan. Orang yang kita kutuk tu pun ada hati dan perasaan. Mereka pun ada keluarga. Mungkin kerana tulisan kita ada hati yang sedang terhiris dan ada tangisan yang tak kedengaran. Berhati-hatilah. Takut kalau terjadi pada diri sendiri atau ahli keluarga kita.

Oh, nak gak sentuh pasal latest isu. Jangan kerana kita berpeluang dapat pendidikan tinggi-tinggi kita terus merendahkan orang yang tak mampu. Kita tak pernah tahu apa keadaan mereka waktu itu. Takut nanti Allah tarik kenikmatan kita dalam menuntut ilmu pula :(. SRP tu pun sebahagian daripada ilmu.

By the way, saya bukan macai dan saya tak dibayar pun untuk taip benda gini. Cuma saya takut kita yang terlalu asyik nak mencari kesilapan dan kesalahan orang akan terlupa kita pun boleh diuji dengan benda yang sama. Berikan beliau peluang dan ruang untuk membuktikan diri beliau. Cara bagaimana beliau naik, itu urusan dia dengan Allah. Kalau peluang pun dah bagi, tapi masih lagi tidur, jom jalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Takkanlah kita cuma pandai bersuara dekat laman maya tapi tak reti menjalankan tugas kita.

Kalau kita dah menjalankan tanggungjawab kita, takkan lah orang tu masih lagi memerintah. Let's play our role, young voters :)

Aku macai Allah :)

Aku sayang Malaysia :)

– Hati tisu

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *