Salam..
Ahad yang lepas arwah ayah saya telah meninggal dunia. Dan alhamdulillah semua urusan pengebumian telah diselesaikan. Cuma saya telah dimaklumkan segala modal untuk urusan pengebumian telah didahulukan menggunakan duit tabung kampung. Dan duit sedekah daripada orang ramai dan duit saya telah digunakan untuk membayar semula duit tabung berkenaan. memandangkan hanya saya dan adik saya sahaja yang bekerja dan adik beradik lain masih belajar. Setelah beberapa hari, saya mendapat tahu arwah ayah saya mempunyai hutang kepada beberapa kenalan setelah saya mengemas fail2 ayah saya.dan ayah tidak pernah memaklumkan hal ini kepada ahli keluarga saya yang lain.memang keluarga saya bukan keluarga yang senang dan mungkin arwah ayah saya taknak family saya susah hati. saya tahu ayah saya banyak berkorban untuk family saya.tapi saya akui untuk bayar semula memang saya tidak mampu sebab gaji saya tidaklah seberapa.jadi saya nak tanya, dekat mana agensi2 yang saya boleh mohon khairat kematian untuk saya gunakan bagi melangsaikan semua hutang2 ayah saya. sebab saya tahu roh orang berhutang tidak akan tenang selagi hutang tidak diselesaikan. jadi mungkin dengan bantuan khairat kematian sedikit sebanyak dapat membantu saya.doakan urusan saya dipermudahkan. kalau ada sesiapa yang tahu boleh share dengan saya.
Terima kasih semua.
– Anak abah