Khamis malam Jumaat: Lelaki dan Hantu….. – 10:12 PM

Khamis malam Jumaat: Lelaki dan Hantu…..

Memang tidak dinafikan dalam qur'an ada menyebut tentang kewujudan makhluk halus dalam dunia fana yang kita huni ini. Pelbagai filem, dokumentari, video yang bertemakan genre seram banyak memaparkan jenis-jenis hantu. Ada hantu Melayu, hantu Mat Saleh, hantu Jepun, hantu Cina, hantu Thai dll.

Sebagai contoh, hantu Jepun biasalah yang kita tengok macam dalam cerita Ju-On dll. Hantu dorang aku suspek ramai diabetes kaki kudung, sebab tu suka merangkak. Hantu Cina mesti sinonim dengan hantu yg lompat2 akan tangan macam waktu berbaris kemudian akan berhenti bila kita tampal kertas jampi. Hantu Thai, perghhhh banyak yang cun2. Mae Nak la, Nang Nak la, Phi Pop dll kalau cucuk paku hantu boleh berubah jadi cun, jangan kena dekat hantu pondan sudahlah sbb Thailand kan. Hantu Mat Saleh, banyak bantu geli2 je. Tak seram.

Paling Win hantu Malaysia dengan Indon. Lebih kurang sama. Mungkin sebab orang Malaysia pon ramai asal keturunan dari Indon sbb tu bila mati jadi hantu pon lebih kurang sama je jenis dia. Ada hantu pocong, langsuir, pontianak, hantu tetek (yg ni aku pelik), hantu sefie, hantu bonceng, dan pebagai lagi jenis hantu tak masuk akal rekaan rakyat Malaysia dan Indon ni.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu…aku terdengar la roommate aku kata dia rasa lain macam. Dia rasa macam ada "benda" dalam bilik kitorang tu. Siap ada terbau benda pelik bagai. Aku pun diam dan senyum. Beria menjadi pendengar yang kononnya setia. Aku bukan nak cakap apalah kan. Yang cakap ni, luaran je nampak tough. Tapi jenis gentul, penakut hantu macam bro takde eggs you know. Tengok movie seram pun bagi macam2 alasan. Kata tak minat la, cerita kompleks susah nak hadam dan mcm2 lg.

Bagusnya dia ni, dia baca qur'an. Tapi entah. Takut dengan hantu. Aku ingat, lagi banyak kau baca ayat2 suci, lagi kental hati kau. Ke aku salah? Pada pandangan akulah kan,macam mana lah hantu tak suka dekat kau? Taknak kacau kau? Compartment kau tu nauzubillahi minzalik. Macam tongkang pecah. Taktahulah ambo nak kecek supo mano. Silap haribulan, hantu berkenan nak jadikan kau suami dia sebab dia rasa selesa dekat tempat yang kotor and berbau. Macam compartment kau tu. Mungkin kau boleh cuba berubah jadi pembersih. Rupa dan attitude jauh benar bezanya. Sister yg tak kenal kau mungkin puji kau hensem, wangi bla bla. Kalaulah dorang tahu yg kau kerap pergi kelas tak mandi pagi apa reaksi dorang? Kalau aku perempuan, aku lagi takut nak dekat dengan lelaki pengotor macam ni dari hantu.

– akubukansuperman

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *