khas buat yg dah ‘TAK TERUNA’

Assalamualaikum..salam ramadhan kareem buat semua.semoga ramadhan kali ini menjadi satu permulaan kpd titik keinsafan di dalam diri kita,diri saya sendiri khususnya.

Saya banyak terbaca di dalam page ini tentang gadis2 yg telah hilang dara seawal umur 20an..ya,sy amat simpati kepadamu wahai hawa.moga yg masih dara menghargai dan menjaga mahkota yg satu ini dgn sebaiknya.

Bukan ini isu yang saya cuba sampaikan. Yg sy nak sampaikan adalah, kepada yang kenal lelaki yg tidak teruna dan telah meniduri gadis2 di luar sana,bertanggungjawablah dan berkahwinlah dgn salah seorang dari mereka.cukuplah kamu merosakkan maruahnya,jangan pula merosakkan masa depan dan seluruh hidupnya. Jangan pula setelah bergelumang dgn dosa,yg suci pula menjadi pilihanmu. Maka,yg rosak itu utk siapa? Jika kamu sang tiada teruna memilih yg masih dara sbg isteri,apa kah perasaan si teruna yg berperang saban hari menentang nafsu? Tentu golongan ini lbh layak utk spt yg terbaik selayaknya.

Cukuplah membuat satu dosa dgn merosakkan anak gadis org.bertanggungjawablah utk masa dpnnya yg telah kamu rosakkan.. Buat yg pernah merosakkan dan mempermainkan anak dara org,kamu tak kan terlepas.kamu mungkin mempunyai adik,kakak atau anak perempuan kelak. Jadi,bersedialah utk terima nasib yg sama.atau pn yg plg tidak,kamu juga dr seorang perempuan iaitu ibumu..hidup kamu mmg tdk akan terlepas dr insan yg bergelar PEREMPUAN!

Jika terlepas di sini,di akhirat nanti,kita akan saksikan hari pembalasan. Wahai kaum hawa yg telah ternoda, dunia ini ujian buat mu dan percayalah,pintu taubat itu luas. Jgn cari kebahagiaan di dunia kerana Dunia hanya medan utk mencipta kebahagiaan yang kekal di akhirat sana..

Mari kita sama2 aminkan doa di bulan mulia ini..semoga zuriat2 kita,keturunan2 kita adalah dr kalangan org yg soleh dan beriman kpd Allah.. Semoga kita tidak kalah dengan hawa nafsu dan pujukan syaitan laknatullah..

Sebarkan bahagia

– Gen X

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

42 Comments

  1. “Saya dah taubat dari dosa zina” then cari gadis suci lain untuk dinikahi.

    Walaweyyhhh. Kalau betul² taubat, carilah gadis yang hg dah rosakkan dan kahwini dia. Kalau dia tak baik, hg didiklah dia smpai jadi baik. Bukan pedajal anak orang then tinggal camtu. Then taubat cari gadis solehah sesuci dalam debu. Dia camne? “Lantak dia la. Sapa suruh senang² bagi tubuh kat aku” ..

    Hg takpe la, xde meninggalkan kesan pada laki².. tapi perempuan? Besar effect dia.

    Hg ingat mudah ke perempuan yg hilang kegadisan dia nak hadapi hari² yg mendatang? Diorang sebenar sangat terseksa. Nak hadapi masyarakat. Tambah plak nk memilih suami nanti.

    Kalaulah hg faham apa yg ceq nak smpaikan. Sebesar zarah ada kifarah dia.

  2. pernah kenal sorang manusia, hobi dia bagi rosak anak dara orang. lepas tu bila nak kahwin, perempuan tu bagitau dia dah takda dara. terus dia mintak putus tunang. canang satu kampung yg bekas tunang dia takda dara dah. yg tanggung malu perempuan tu. walhal perempuan tu dah berubah . dah menutup aurat. solat tak tinggal.

  3. Kpda mna2 tlg jgn ssekali lyan sorg mamat ni,nma dia Wanxo Yusry hri 2 sy ada kmen dkat confession Cik Orkid tu,dia ada add sy..sy igtkn dy sja2 la add sy rpanya ada sbb len..dy nk ambk ksempatan pda pmpuan yg pnh t’lnjur n ajk b*****n dgn dy,klu xda dy mtk knalkn mna2 pmpn utk lpaskn nfsu seks dy ja..hti2 ek akak2 or adik2 smua..sy psan sbb sy xmau anda smua snasib dgn sy..

  4. Rmai juga yg tidak teruna.. isu virgin ni sering dipersoalkan bila da tiba waktu nikah..namun.. dua2 bersalah..tetapi 1 pihak je yg tanggung malu..pihak yg durjana itu sewenang2nye merosakkan gadis lain .. tnpe de rse bersalah..

  5. bagi aku ada dara ke takda dara ke semua tu takpenting. apa yang lebih penting adalah diri seseorang pada masa kini bukan pada masa silammnya… kadang-kadang perempuan ni bukan mereka pemurah sangat tapi janji manis lelaki yang memperdayakan mereka.. kpd yang telah menjadi mgsa laki hidung belang ni bertabahlah.. bertaubatlah dan pasti akan ada juga lelaki yang sudi menerima kamu apa adanya… cuma satu nak pesan, kepada perempuan sekalian, berhati-hatilah pada lelaki yang cuba menyentuh tangan kalian, kerana dari anganlah bermulanya sebuah eposid zina yang takberkesudahan. jaga juga pakaian kalian agar menutupi aurat, kerana dari mata bermulanya eposod pemerkosaan.. ingat yer!!!

  6. Aku x paham la.kalau xde teruna ke xde dara ke.dua2 sama je dah x suci dah.yg penting taubat.yg aku x paham knp sesetengah lelaki kalau dah x teruna ni melebih-lebih nk yg kat dara? Hangpa ingat kami yg dara ni nk ke laki yg dah x suci? Even pompuan xde dara pon still sedar diri n sanggup terima mana2 laki yg terima diri dia.yg aku geram ni laki xde teruna pastu nk pandang rendah kat pompuan2 yg ambik teruna korang.mental betol la

  7. Teruna atau tak..dara atau tak..yang Allah pandang agamanya,walaupun ia diragut kesuciannya tanpa rela mahupun rela tetapi atas tipu daya nafsu…selagi mana dia nak sujud mohon taubat pada Allah….hilang dara bukan lagi isu.andai yang tak bertaubat tu..masih berdegil dengan ego,menjadi tunggangan nafsu sendiri..ingatlah..neraka itu,Allah sediakan azab seksa yang amat pedih…mari taubat sebelum terlambat.biar satu dunia memandang hina…jangan Allah yang pandang kita dengan kemurkaanNya..manusia yang suka menjadikan dara atau tak sebagai isu..pada sy..adalah manusia yang tak bersyukur,lupa Allah itu lebih berkuasa.lupa,hidup dia juga Allah yang tentukan.wanita,kalau dia dah takda dara,dia bertaubat dan berubah jadi wnita solehah,dia tak wajib cerita pada tunang atau suami yang dia takda dara dah.dan suami haram tanya pasal kisah silam isterinya.

  8. Allah tak cakap pun dalam quran..ada dara dan teruna je boleh masuk syurga,jadi siapa kita nak kata,orang takda dara tu tak boleh nikah.kan..manusia tak perfect pun..

    • Perempuan yg masiih suci mungkin xleh detect teruna atau x..

      Begitu jugaklah lelaki, kebanyakan lelaki yg masih teruna xtahu pon dara tu camne..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *