Kiamat Dalam Mimpi

Hai dan Assalamualaikum Hawa di confessions, (https://iiumc.com/kiamat/). Hawa ada cerita pasal ‘kiamat’ hari tu.. ehh tapi tak tahulah hawa ni nama ke or just panggilan untuk hawa.. well you know.. perempuan? Di akhir cerita dia suruh share sekali.

Cerita yang aku bakal ceritakan ni adalah cerita peristiwa ‘kiamat’ aku.. yaa macam Hawa juga.. mimpi.. Macam cerita hawa.. orang dalam mimpi aku semua kucar kacir.. tanpa hala tuju.. waktu tu matahari tengah terbit dari barat  Dan waktu tu belum terbenam lagi.. orang semua mulai kucar kacir. Dalam mimpi aku.. aku nangis Allahh kiamat dah.. banyakknya dosa aku ya Allah aku belum bersedia ya Allah.. semua orang cuba berlari.. waktu tu tak ingat pulak my parents dekat mana.

Manusia.. ada yang bawa kereta.. ada yang coba membawa motor.. aku? Time tu aku lari aku bawa kereta aku. Entah kenapa nak lari. Bawa sekali adik lelaki aku time tu.. sampai tengah jalan kereta semua stuck. Aku rasa hopeless gila. Aku lari lagi ikut jalan air (tahulah mimpi memang impossible jd possible tetiba) naik sampan entah nak kemana. Padahal takda hala tuju.

Naik sampan pulak, suddenly sampan tak boleh guna. Aku mulai rasa hopeless gila menangis tak tentu arah. Mana lagi memikirkan amalan aku tak cukup. Waktu dah sebelah petang.. entah kenapa dalam mimpi aku tu.. aku lari gi rumah nenek aku.. dan aku cuba solat ;’) suddenly ada suara bgtahu, ‘buat apa kau solat lagi? Semua dah terlambat’.

Aku meraung lagi. Nangis tak tentu arah. Membayangkan diri masuk neraka.. Allahuuuu  aku cuba jugak solat lagi sambil nangis2.. dengan harapan yang Allah akan nampak usaha aku dan pahala aku bertambah.. sikit pun jadilah.. sebab dalam otak aku ya Allah waktu makin suntuk. Tolong terima…tolong terima  dapat bayangkan tak feeling bila kau tetap juga nak berusaha tapi semuanya sudah sia-sia? Begitulah perasaan aku waktu tu.. and suddenly langit yang biru kat atas aku terbelah.. menampakkan gugusan bintang dari luar atmosfera jatuh ke bumi.

Suddenly.. aku buka mata.. nangis.. mengenangkan mimpi yang seakan ‘real’ tadi. Allahu.. kalau benar terjadi akulah orang paling rugi aku rasakan sebab selama aku diberi nikmat hidup di dunia.. aku tak guna untuk kumpul pahala…

Esok2 aku tanya usatazah apa maksud mimpi kiamat.. dekat kelas. Waktu tu still form 5. Hehehe.. lama dah. Ustazah kata sebenarnya takda juga maksud spesifik sebab kita sendiri tak boleh tafsir mimpi dan jarang juga orang mimpi kiamat ni. Jawapan Ustazah simple “anggaplah kita diberi mimpi pasal kiamat sebab Allah sayang kita dan ingin kita bertaubat dan mengingatiNya” .

Lepas tu aku balik2 mimpi kiamat. Mimpi yang kedua paling aku ingat time tu aku nak solat subuh ngan kakak aku dekat masjid. Tapi aku nak bagitahu korang.. inikan mimpi biasalah tunggang langgang and pelik sikit tetiba kan. Aku ingat lagi aku pergi masjid pakai telekung kelabu. Kakak aku.. hmmm.. lupa.. time dekat masjid.. lupa dah time tu dah solat ke belom. And suddenly bila nak keluar masjid kitaorang semua berteriakan.. Matahari timbul kat barat! Then bermula lah episode manusia semua mulai kucar kacir.. ibu meninggalkan anaknya.. suami meninggalkan isterinya. Semua yang kat masjid tadi lari..

Time tu semua nak selamatkan diri.. sebab bumi macam bergoncang2. Aku dan kakak aku? Menangis menangisssss depan masjid sambil berpelukan. Bukan nangis biasa2.. nangis meraung. Allahuakbar! Allahuakbar! Sanalah automatik akan mengenang nasib diri pahala banyak kumpul ke tidak.. hmmm and suddenly macam biasa aku terbangun. Then aku pandang syiling bilik aku laaaaaama. Allah sayang aku.. sebab tu Allah selalu bagi aku peringatan serupa ini. Then aku nangis lagi. Mimpi seakan real.

Sebenarnya banyak kali aku mimpi seakan kiamat.. tapi itu yang antaranyalah.. yang lain tsunamilah.. apalah.. hmmm.. apapun, next time kalau kita mimpi kiamat.. anggap lah itu sebenarnya peringatan dari Allah untuk kita menambahkan apa yang kurang pada diri kita yang sememangnya banyak kekurangan ini..

Sekian.. just sharing.. dari hamba Allah yang banyak dosa.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *