Salam. Thank you kepada admin sebab sudi siarkan confession aku. Selamat Hari Raya jugak kat semua! Firstly aku nak warning awal-awal, kisah aku ni macam bosan sikit. Ye la ramai sangat confess pasal kawen muda ni aku nak cerita la jugak liku-liku hidup aku ni.
Aku Anne, kisah aku bermula setahun lepàs, masa aku umur 23. Aku seorang pelajar kos XX kat sebuah ipta bukan iium, kos pun biasa-biasa aje tak lah gempak mana pun. Aku perempuan biasa-biasa saja, tak gemuk tak kurus maybe chubby sikit tang muka, muka pun takde lah cantik jelita, setakat manis orang Melayu tu ada lah. Sebagai syarat graduasi, kena la buat latihan industri or praktikal kat company or jabatan yang berkaitan dengan kos aku. So aku decide, why not aku balik kat negeri sendiri, duduk dengan mak ayah, berbakti sementara ada masa ni, even tempat aku tu takde elaun pun sepanjang tempoh praktikal. Duit pinjaman masih ada, cukup-cukup makan.
Hari pertama lapor diri, aku jumpa sorang mamat ni, dalam bilik menunggu. Dia pandang aku, aku pandang dia dua-dua awkward sebab dua-dua baru lapor diri, bezanya dia staff aku trainee. Dalam awkward tu pun sempat lagi aku usha dia, takde la handsome pun biasa je dark tall sweet sebab ada lesung pipit. Umur 27, tu pun aku tahu sebab dengar dia borak dengan orang HR. Hahahaha! Tapi dia department lain, aku duk department lain. Okay part ni kita skip kejap sebab aku tak kenal pun dia. just tahu nama je lah.
Alhamdulillah tempat intern aku ni happening, staff baik mesra, boleh kata memang kamcheng lah even aku ni baru masuk. Kehidupan intern berjalan macam biasa. Kadang-kadang keluar buat aktiviti kat luar jumpa client, kadang-kadang mereput dalam office tengok keadaan lah. Sampai lah satu hari ni, senior staff perempuan, Cik Ma tanya aku "Anne ni, dah ada orang ke? Kalau takde, berminat tak kenal si Hadi ni. Sebab dia pun ada tanya jugak pasal Anne." Aku masa tu buat muka blur lah sebab fikir "Siapa pulak Hadi ni? Aku kenal ke?" Lepas tu baru teringat staff baru yang lapor diri sekali. Aku pun jawab aje lah "Mana ada lagi Cik Ma, siapa lah nak kat saya ni, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong" merendah diri kata orang padahal dalam hati dupdapdupdap rasa macam lari 10km atas threadmill haha. Aku pun bukan kenal sangat si Hadi tu. pernah lah borak-borak kejap, keluar buat kerja sekali, event official je lah. Cik Ma pun senyum aje lah tak cakap ape-ape pun. Aku pun buat donno je lah ingatkan dia bergurau.
Hidup macam biasa sampailah minggu terakhir intern. Staff kat pejabat aku rasakan aneh-aneh saja, tiap kali aku lalu kat dorang berkumpul, terus tukar topik pastu senyum-senyum sambil kerling aku. Aku syak dorang mengumpat haha buat rileks je lah. Hari terakhir intern tu, aku balik rumah macam biasa, sampai rumah tengok ramai orang. Aku dah berdrama dalam kepala, ade ape-ape jadi ke? Sampai depan pintu semua pandang aku. Pastu aku nampak Hadi. Yess Hadi ada kat situ, sebelah abah aku. Dah kenapa pulak dia ni ade kat sini? Hatiku berbisik acewahh.. rupanya rombongan meminang aku. Kau boleh bayang tak perasaan tu macam mana? Balik kerja penat2 nak hadap kejutan yang Masyaallah tak terbayang pun nak jadi kat diri sendiri. Aku masa tu diam je. Tak kata taknak, tak kata nak. Abahsuruh bagi masa dua minggu untuk tempoh bertenang aku haha. Umi pun setuju. Abang-abang aku pun okay.
Lepas rombongan balik, aku tanya kenapa? Sedih lah jugak sikit sebab tetiba aje kena bertunang dengan entah sape-sapa. Pastu abah bukak cerita. Hadi ni dah lama contact abah, masa aku tengah2 intern lagi. Mana dia dapat number jangan tanya, aku tak tau. Dia cakap dia berkenan dekat aku, berhajat nak buat jadi isteri. Tapi dia suruh abah umi rahsiakan dulu takut nanti jumpa kat office, awkward pulak. Abah pun dah siasat latar belakang dia, insyaallah budak baik-baik, yang penting ada agama, pelajaran pun okay ada diploma & degree, sebab tu lambat sikit kerja. sebelum kerja ni pun, dah buat macam-macam jenis kerja lain. Memang plan baik punya abah umi ni.
Aku pun slow-slow buat istikharah, doa mintak petunjuk dari Allah. Aku doa yang baik-baik, mintak Allah buka pintu hati aku, mintak Allah tunjuk mana yang terbaik. Dalam doa aku tak putus mintak "Ya Allah, kalau betul si Hadi ni yang terbaik buat aku, keluargaku, agamaku, kalau dia yang terbaik untuk melengkapkan agamaku, kalau dia yang boleh pimpin aku ke syurga, maka Engkau permudahkan lah urusan kami. Engkau bukalah pintu hati kami, Engkau satukan kami dalam satu hubungan yang halal di sisiMu. Jika dia bukan yang terbaik, maka tunjukkanlah jalan yang benar." Dan tempoh dua minggu pun cukup. Entah kenapa tiap kali lepas doa, aku rasa tenang. Aku tak rasa serabut ke pening ke fikirkan pasal benda tu. Ye lah aku baru 23, grad pun belum lagi takkan nak kawen dah? Dan aku bagi kata putus, setuju dengan pinangan ni.
Long story short, lepas tiga bulan bertunang, kami kahwin. Masa bertunang pun kami tak keluar sama, kalau keluar untuk bincang pasal kahwin pun, berteman. mesej dan call ni lagi lah, rasa macam sekali seminggu pun susah. hahah. sebab Hadi tu macam pemalu sikit. Mas kahwin campur wang hantaran abah letak rm3000, dengan kenduri belah perempuan, family aku yang tanggung. Majlis kahwin pun simple takde nak pelamin grand, photographer mahal, makanan pun rewang sendiri. Bukan Hadi tak mampu, cuma abah kata abah nak permudahkan, better simpan duit untuk hidup lepas kahwin nanti.
Lepas kahwin, aku tanya la dia, 'Kenapa pilih saya? Ape yang awak nampak pada saya yang awak rasa special? Saya ni takde lah cantik, biasa sangatlah kalau compare dengan orang lain.." Terus dia jawab, " Saya tengok pada agama, pada hati. Cara awak bergaul dengan orang lagi tua, cara awak bergaul dengan kawan-kawan, cara awak melayan budak-budak. Saya tengok awak saya rasa tenang, walaupun awak jenis kadang-kadang kalut gelabah ayam tak tentu pasal. Lepas tu awak ni walau kurang cantik (okay ni pengakuan kejam!) tapi awak cute. Ingat tak time jamuan yang saya tergelak depan awak, sebenarnya ada cili kat gigi awak. Punya lah kalut awak masa tu." Dan macam-macam lagi lah yang buat aku rasa nak nangis dan malu. Boleh tahan kelakar dia ni. Haha nasib baik dah jadi suami.
Alhamdulillah, Allah kurniakan aku suami yang soleh, penyabar (sebab aku bukan lah seorang yang sabar!), rajin tolong uruskan rumah dan memahami. Tipu lah kalau takde bergaduh tapi tu lah kejap je. Tengok dia ni cepat je rasa sejuk hati hahahha. Cerita yang baik-baik aje lah, yang bergaduh merajuk tu kita simpan sendiri sebab bila fikir balik kelakar pun ada. alhamdulillah dah setahun perkahwinan kami, aku pun dah dapat kerja as executive kat satu company. Dan insyaallah bulan 12 ni akan lahirnya zuriat pertama kami. Doakan yang baik-baik untuk kami ya. Perjalanan masih panjang, dan akan diuji dengan macam-macam dugaan lagi.
So, pengajaran kat sini:
1) Doa. Doa paling penting nak buat ape pun. Doa mintak yang terbaik daripada Allah, sebab Allah maha mengetahui segala sesuatu. Doa agar dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dicukupkan keperluan, ada keberkatan dalam rezeki.
2) Restu ibu bapa. Nak buat ape pun, tanya pendapat dan pandangan mak ayah. Jangan abaikan mereka. Insyaallah mereka tahu apa yang anak mereka perlukan. Dah bertahun mereka jaga kita, dah tahu kemampuan kita macam mana. Kalau yang nak kawen tapi parents tak bagi, ada lah tu yang mereka rasa kita kena polish lagi. Dari segi pengurusan diri, masa, kewangan, kesabaran dll. Tunjukkan yang kita mampu buat, mampu jaga diri.
3) Sentiasa jaga diri dan akhlak kita sebagai perempuan. Pandai2 sesuaikan diri dalam apa2 keadaan, dengan orang tua, kawan2, bdak2, sebab kita tak tahu, kot ada yang memerhati nak cari buat isteri? Haha!
4) Appreciate orang sekeliling! Ni aku quote dari Arlina Banana, yess I love I adore her thoughts very much!
"No matter how independent or successful you are, it would be nice to come home to someone. Someone yang you boleh cerita dekat dia semua benda. Boleh mengomel dekat dia yang harini letih sangat kerja! Boleh cerita yang masa lunch tadi, you pergi toilet, lepas tu ada lipas terbang, then you jerit macam orang gila. Boleh drop hint yang you suka this one handbag dengan harapan dia akan belikan.
I am lucky sebab I have my mom. I also have friends. Mungkin tuhan nak appreciate orang sekeliling dulu sebelum dia munculkan my jodoh.
Jadi kepada lonely girls yang masih single, jangan sedih okay. You still have friends and family. Appreciate them."
5) "Urusan hati tu, janganlah sampai ia menganggu iman. Remember, we meet people for a reason, either as blessing or lesson." – Mato
6) Tak, aku tak paksa korang kahwin awal. Semua tu bergantung pada diri masing-masing. Ada yang nak achieve life goals macam travel, kumpul duit, beli rumah, dsbgnya. Itu bergantung kepada korang. Aku hanya ceritakan kisah hidup aku. Terima kasih sudi baca!
-Anne
– Anne
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
panjangnyee….
Amirah Aisyah