Kisah Aku dan Kawan Baik

Assalamualaikum semua. Aku cuma nak share pengalaman aku dengan seorang kawan lama. Aku harap ada iktibar dan pengajaran dari cerita kami. Dulu kami rapat jugak la.. kenal masa sem 2 di IPTA. Pada aku kalau kita nak orang doakan yang baik baik untuk kita kita pun patut buat yang sama kan betul tak?

Ok macam ni kisahnya.. kawan aku ni dah lama betul lost contact dengan aku. 8 tahun lepas kami bertemu balik melalui fb. Masa tu aku dalam pantang. Nak tahu tak soalan pertama yang dia soal aku bila bersapa tu? BEST TAK BERANAK? Aku dengan lurus bendulnya jawab best la dah kita baru dapat anak kan?

Rupanya jawapan aku tidak menepati skema jawapan dia… Dia boleh beritahu aku yang aku bukan lah sakit ‘real beranak’ sebab operate yerrrrr… Dia pun masa tu dah bersalin anak pertama secara normal dan aku pulak ceaser (emergency). Plasenta previa. Nikmat bersalin tu tak ada dia cakap dan lagi tak rasa original. Siap beritahu aku suami dia ada sebelah sepanjang dia lahirkan anak pertama dia dalam LB tu.

Aku pun tak minta lahirkan anak aku ceaser… Malam sebelum aku beranak tu rasa sakit perut jugak tapi sebab due aku lagi sebulan aku rasa ok lagi boleh tahan. Tak ada lah sakit yang teruk. Sebab tak ada pengalaman beranak lagi kan. Aku buat tak tahu lagi la.. Paksa tidur awal sebab esok nak kerja lagi, berapa hari lagi nak cuti panjang sebab cuti raya Qurban.

Dalam pukul 2 pagi macam tu aku bangun rasa nak buang air kecil sangat tapi rasa tak larat nak bangun. Pergi bilik air buang air tu ‘selambak’ darah yang keluar . Menjerit aku panggil suami. Kalut kalut siap pergi hospital. Doctor beritahu aku kena operate sebab uri dekat bawah anak aku kat atas. Ya Alllah sepanjang aku check up buku pink kat kk setiap bulan tiada sebarang masalah pun ni macam mana pula ni kan.. Doa je la selamat.

Masuk LB aku dengar azan subuh masa tu.. T_T T_T . Alhamdulillah anak selamat dan sihat membesar sekarang. Rezeki anak kedua dan ketiga aku lahir secara normal dan sepanjang dalam LB ank kedua dan ketiga ni suami aku sama sama masuk LB. Aku pun tak terfikir dia boleh ikut sekali masuk kan. Dia pun membebel sama masa nak teran tu nak bagi semangat. Hahahaha.

Alhamdulillah dipermudahkan la untuk kedua & ketiga ni. Makin membesar dan banyak akal masing masing. Doakan anak anak aku dan anak anak korang semua pun sihat selalu dan berjaya jadi orang berguna bila besar nanti . Berjaya di dunia dan akhirat. Aminnnn

Setiap orang rezeki tu tak sama. Wang, kesihatan anak anak,keluarga yang bahagia atau apa sahaja la. Syukuri nikmat yang Allah bagi dan jangan sesekali nak meriak dan rasa tak cukup apa yang Allah beri.

Berbalik pada cerita kawan aku tadi. Kitaorang sebenarnya nak jumpa tu boleh sangat sekitar kl je kitaorang dok.. Tapi tiap kali nak ajak jumpa banyak alasan. So faham faham la mungkin sibuk sangat. Ke takut nak jumpa aku sebab “kaki online bisnes” sejak jd full time housewife. Mana tahu kan takut aku paksa beli barang kan. Hahahahaha. Gurau jaa.

Aku jumpa kawan kawan tak pernah paksa beli barang aku jual pun. Rezeki Allah bagi. Buat apa paksa orang. Dapat jumpa kawan pun da cukup seronok buat apa nak rosak mood diaorang. Sebenarnya dia ni anak dua tak silap aku. Aku de ternampak sekali dia post kat fb yang dia beranak kali kedua ceaser dan masa tu boleh pulak beritahu yang seksanya beranak ceaser.

So jangan perkecilkan dia yang beranak ikut tingkap masa tu. Allah beri dia nikmat yang dia beritahu aku dulu beranak tak real. Aku tak pernah pun doakan yang tak elok untuk dia. Dan sampai sekarang kalau kami bersapa dia akan cakap anak aku dah 3 ehh sejak dari 2 tahun lepas.

Syukur Allah beri anak anak yang lahir sihat, normal dan tidak di uji dengan penyakit kritikal. Mungkin ujian aku kat lain, semoga aku boleh laluinya dengan tabah dan mampu handle dugaan tu. Semoga Allah permudahkan urusan aku sekeluarga dan untuk korang jugak.

Dia pernah cerita dia ada fibroid, keguguran beberapa kali. Pada aku tu ujian untuk dia. Masa gugur tu dia ada mengadu pada aku yang orang cakap pada dia tu balasan untuk dia bermulut longkang. Aku terkedu. Masa tu boleh beri kata kata positif je. Rezeki dari Allah. Kalau mulut dia tak busuk macam longkang pun bukan rezeki gugur jugak kan.

Btw masa awal dia contact aku tu sebenarnya dia minta no hp sepupu aku sebenarnya.. no aku tak minta pun… Bini orang beb kejadah apa mintak no hp sepupu aku tu?

Lupa nak cerita. Sepupu aku tu koje best, ENGINEER (gov). Dulu kitaorang rapat & salah 1 sebab kitaorang jadi tak rapat dia la puncanya. Dia gatal keluar dating lepas tu balik cerita sepupu aku ambil kesempatan kat dia. Padahal dia yang beria nak berkenalan nak ajak sepupu aku tu keluar.

Aku tak tau nak percaya sapa. Aku kenal sepupu aku dari kecik dan dia pulak masa tu tido sebelah katil aku baru berapa bulan. Disebabkan kes tu sampai sekarang aku tak bertegur sepupu aku tu sebab aku marah sangat ambil kesempatan kat kawan “baik” aku tu.

Tu je la aku nak share.. Terima kasih.

– Zue (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *