Kisah Aku Jana Side Income

Hai pembaca sekalian… Aku Shelly, dan bekerjaya agak stabil.

Namun, aku bukanlah seorang wanita yang suka duduk goyang kaki. Otak aku ligat memikirkan bagaimana untuk menambahkan pendapatan dan meningkatkan simpanan dalam bank.

Aku tinggal di kawasan yang agak strategik, iaitu 15 minit sahaja ke pusat bandar dan 5 minit ke tol highway. Taman perumahan aku ini pun berhampiran jalan utama.

So, aku pun terfikir untuk membuat bisnes Guest House. Setelah berbincang dengan suami, kami pun melaksanakan misi kami.

Aku menyewa sebuah rumah 2 tingkat dengan hanya RM700 sebulan. Rumah itupun berhampiran dengan kediamanku dan juga berhampiran dengan tempat kerja suamiku. So, mudahlah kami urus Guest House itu.

Rumah itu memiliki 4 bilik tidur, 3 bilik air dan parking kereta yang luas yang boleh muat 4 biji kereta.

Untungkan, aku dapat sewa murah sebab owner nak aku jaga rumah tu.

Sebelum itu, aku maklumkan pada owner untuk buat bisnes dan dia benarkan.

Selepas membuat kira-kira, aku melaburkan sedikit simpanan aku untuk bisnes ini.

Sebenarnya, banyak barang dan perabut, aku ambil di rumah aku ni je. Aku dan suami angkut ke Guest House kami.

Aku hanya beli beberapa barang yang tidak cukup sahaja. Itupun beli melalui shopee, so dapatlah harga murah.

Guest House aku pada mulanya mendapat sambutan. Rata – rata guests memuji Guest House aku kerana bersih dan selesa. Harga pun murah. So, memang balik modal la…

Aku ada regular customers yang akan datang setiap bulan menyewa dalam masa seminggu untuk urusan kerja. So, memang seronoklah ada tambahan income ini.

Tapi, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Ketika aku sibuk dengan kerja hakiki dan juga kerja menguruskan Guest House, rupanya suami bermain kayu tiga di belakangku. Beliau curang dan ada wanita lain.

Apabila aku dapat tahu, tentulah aku mengamuk. Dia tak bersyukur dapat isteri yang bertungkus – lumus membantu menjana pendapatan keluarga.

Dia sedap berfoya – foya dengan perempuan lain, yelah akukan jarang minta duit dia. So, dia fikir dia mampu tambah lagi sorang gamaknya.

Wanita itu pula, dia tengok suami aku senang, ada Guest House, ada bisnes, mulalah datang menyondol suamiku.

Bila kejadian ini berlaku, aku tidak lagi fokus pada bisnes aku. Aku tawar hati dan kemurungan sekejap.

So, aku tutup bisnes dan fokuskan pada kerja hakiki sahaja. Aku sedekahkan barang – barang Guest House kepada yang memerlukan sebab aku kecewa dengan suami aku.

Bisnes Guest House aku tutup sepenuhnya dan pulangkan kembali rumah itu kepada owner. Owner pun sewakan rumah tu dengan harga RM1000 sebulan kepada penyewa baru.

Banyak kali aku cakap kat suami aku yang dia tak bersyukur dapat isteri seperti aku. Suami aku kerja sendiri, dan tiada kwsp. Sebelum ini aku selalu berbincang dengan suami, sampai bila dia nak kerja?

Jadi, kami kena tetapkan berapa had umur untuk berhenti dan cadangan aku adalah umur 55 tahun. Tetapi dia kena pastikan dalam bank kena ada simpanan yang banyak.

Sebab itu aku bantu suamiku untuk tambahkan simpanan dalam akaun dia dengan buat bisnes ini untuk kegunaan di hari tua.

Tapi, susu yang kuberi, tuba yang dibalas.

Selepas suami kantoi, dia akhirnya berpisah dengan kekasihnya. Aku ada minta cerai, tapi suami taknak melepaskan aku. So, aku teruskan arus kehidupan aku ini.

Aku tidak lagi percaya suami seratus peratus. Nak pergi kerja pun, aku minta duit suami. Nak beli apa2, aku minta duit dia. Bila dia pinjam duit aku, aku tuntut semula.

Dulu aku selalu belikan pakaian mahal dan branded untuk dia dan aku ubah imej dia menjadi good looking. Namun, sekarang tidak lagi.

Aku dah malas beli apa2 untuk suami aku. Masak pun aku malas dah. Aku masak seminggu sekali je iaitu pada hari cuti. Lain hari, aku suruh suami order grab guna duit dia.

Ini hukuman dia atas kecurangan yang dilakukan. Aku marah sebab aku dapat tahu dia belikan barang kemas untuk wanita itu dulu!

Aku jenis malas nak expose diri pada rakan- rakan suami aku. Tapi sekarang tidak lagi. Aku selalu munculkan diri dan bersembang dengan rakan – rakan dia.

Ada dikalangan rakan – rakan dia yang nampak meminati aku. Tapi, itulah konsekuensi yang harus suami aku tanggung. Siapa suruh dia curang dahulu? Dia tak nampak kelebihan isteri dia, tetapi orang lain nampak.

Dulu aku ada ramai kawan lelaki sebab aku happy go lucky dengan kawan – kawan. Tapi sejak kahwin, aku mula ubah diri menjadi isteri solehah dan tidak lagi dekat dengan lelaki. Aku putuskan untuk taat kepada suami.

Suami tidak tahu, aku seperti apa masa zaman bujang dulu, tapi tidaklah sampai menjual diri. Suami aku yang pertama ye. Aku pun jenis tertutup dan tidak membuka kisah – kisah aku dahulu. Let gone be by gone.

Selepas suami kantoi curang, aku mula buka cerita aku dulu – dulu kat suami. Suami fikir, isteri dia ni takde yang minat. Satu persatu orang yang ada hati kat aku, aku cerita kat suami. Dan ada yang sampai sekarang masih belum kahwin……….

Tolonglah suami – suami. Hargailah isteri anda. Ya, bila anda hidup dengan dia, anda akan nampak keburukan, kebusukan, dan kejahilan yang masa belum kahwin anda tak nampak.

Tapi, ketahuilah, isteri – isteri pun nampak itu semua pada anda, sebaliknya kami redha dan terima. Kenapa kamu malah mencari yang lain?

Sedangkan sepatutnya itu tugas kamu mengubah yang busuk menjadi wangi, yang gemuk menjadi kurus, yang buruk menjadi cantik.

Kamu tidak menyelesaikan masalah sebaliknya, kamu menambah masalah. Jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah. Rumahtangga yang pada mulanya rukun menjadi suram, gara – gara kamu. Tanggunglah akibatnya…..

– Shelly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Maafkanlah🎶
    Ku takkan kembali🎵
    Mungkin cuma mimpi🎶
    Terjadi dalam lenaku🎵

    Lanjee corus jerr… 😆🤘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *